Friday, November 09, 2012

Short trip Sarawak Day 3

Day 3

Kami semua bangun awal harini, antara hari bersejarah bagi saudara Jair Redzuan dan Saudari Azmyla Jawawi. Semua sanak saudara beliau dah bersiap awal dari kami. Majlis akan diadakan di Dewan Majlis Islam, Kuching Sarawak pada jam 10 pagi. Kami bersiap, bersarapan dan terus pacu kereta untuk ke Dewan. Sampai sahaja kat dewan, sanak saudara mereka macam dah ramai juga yang sampai. Melangkah masuk ke dewan, aku agak terkesima melihat kecantikan hiasan dewan dan pelamin. Memang superb. "Aku kawin nnti macam ni ke?" Anggaran tetamu yang datang dalam 1000 orang kot. sebab tak silap ada dalam 100 meja dan 1 meja 10pax. Memang ramai tetamu yang datang.

Pelamin - Dari table kiteorg.
Dalam jam 11pagi, majlis dimulakan dengan ketibaan pengantin yang diselangi dengan persembahan pencak silat. Kemudian pengantin masuk ke dewan diiringi ayahanda dan ibunda tercinta ke pelamin sambil dialunkan lagu yang syahdu oleh penyayi. Aku pula yang rasa excited dan berdebar. Haha. Majlis dimulakan dengan emcee berucap, kemudian acara-acara yang biasa kita semua lihat dimajlis persandingan iaitu menepung tawar oleh ahli keluarga terdekat. Apa yang menarik perhatian aku adalah video pernikahan beliau seminggu lepas dan upacara xxxx (aku tak ingt apa dorang panggil), tapi macam games suap2 pulut/nasi paling cepat antara sama2 pengantin.

Hanafi, Narul, Luqman, Amir, capture by Zaki
Masa yang ditunggu sudah tiba, iaitu waktu makan. Memang makannya sangat superb. Khas dari  Patimah Mail Enterprise (PME), katering keluarga Jair Redzuan sendiri. Nasi hujan panas dengan lauk-lauknya sangat sedap. Tumbs Up!. Nampaknya semua dah kenyang dan majlis hampir tamat. Selepas pemunguman oleh emcee memberitahu yang majlis tamat dan pengantin sila ke pintu utama dewan, dalam 5minit, aku tengok semua tetamu dah beratur pergi ke arah pengantin untuk bersalaman. Wah, semua dah takde kat table melainkan ahli keluarga terdekat dan kami. Haha. Mungkin itu satu tradisi masyarakat disana. Selesai upacara itu, macam biasa, sesi fotogtafi bersama keluarga dan teman2. Kami pun tak melepaskan peluang ini la.


Bersama pengantin
Selesai sahaja majlis persandingan itu, kami decide untuk ke Bandaraya Kuching lagi untuk sesi jalan-jalan yang terakhir. Misi kami kali ini adalah mencari Laksa Sarawak, Mee Kolok, makanan-makanan rare dan sedikit cendrahati untuk dibuat balik. So, destinasi kami yang pertama adalah kawasan waterfront untuk mencari cendrahati. Tak banyak bende pon beli, sebab masa first time datang dulu dah byk beli, plus dah berabis untuk kek lapis pon banyak jugak. Apa yang aku cari kat sini adalah Gambir Sarawak. Haha. Bukan untuk aku, tp untuk officemate yang sudah mendirikan rumah tangga. Dapat la jugak serba sedikit mengenai gambir selepas brother yang jual tu cerita khasiat2 die, bukan sahaja untuk digunakan bagi menguatkan tenaga batin untuk lelaki, tpi juga untuk kesihatan. 

Mom'S Laksa - Laksa Sarawak

Swee Kang Ais kacang
Destinasi kami seterusnya adalah ke Mom's Laksa, katanya kat sini menyediakan laksa sarawak yang terbaik. Selepas mencubanya, memang terbaik lah rasanya. So Mom's Laksa highly recommended untuk sesiapa yang ingin mencuba laksa sarawak. Kemudian kami mencari kedai ais kepal paling best kat sini, dengan menggunakan perkhidmatan Foursquare untuk mencari lokasi kedai dan kedai-kedai yang best, kami menemui  Swee Kang Ais Kacang. Kami berempat order ais kacang yang pelbagai perisa, untuk pastikan dapat rasa mana yang best kat sini. Bagi aku semua best dan semua unik. Ini tempat pon highly recommended. Peace! Jam menunjukkan jam 4 petang, kawan-kawan yang lain teringin untuk makan Mee Lokok untuk kali terakhirnya, ingatkan kedai yang pertama kiteorg pergi tu masih bukak, Mee Sapi Haji Salleh, tapi dah tutup, terpaksa lah google dan mencari lokasi kedai lain yang menjual mee kolok di foursquare. Sesat dan banyak tempat jugak lah kiteorg pusing, at last jumpa satu kedai, tapi rasa mee kolok tu tak sesedap kat kedai haji salleh tue. So semua macam kempunan dan terus balik ke rumah atook untuk bersiap pulang ke KL malam nie.



Sampai sahaja dirumah, kami bersiap dan berkemas untuk pulang, packing semua barang yang ada dan kemaskan bilik yang diberi sepertimana kami datang dulu. Sebelum balik Kakak si Atook ni serve makanan dulu, apa yang terhidang atas meja adalah mee kolok dan masakan2 lain. Perut dah kenyang, tapi kiteorg bedal jugak. Hehe. Sebelum pulang, singgah ke rumah ayah dan emak atook untuk bersalaman dan berterima kasih atas layanan yang bagus untuk kami. Mak die kirimkan ikan terubuk untuk kami smeua. Kemudian atook hantar kami kat airport. Memandangkan aku agak kelewatan untuk membeli quota untuk baggage, so terpaksa la bayar RM70 untuk 15kg punya barang. Layankan sahaja lah. Dah memang mistake tak beli awal2. Flight kami jam 11malam, dan kami sampai ke LCCT jam 1pagi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Masuk je flight, aku tidur sampai la ke LCTT. Hehe.

Post untuk short trip kat Sarawak ni berakhir kat sini. Eventho trip ni sekejap je, tapi bagi aku ianya sangat bermakna sebab dapat meraikan salah sorang kawan baik aku punya wedding. Plus dapat rehatkan minda dari keserabutan kerja yang ada. Short trip yang menyeronokkan. Harap leaps ni dapat teroka Sarawak lagi untuk mencapai misi teroka Miri dan Bako. Insyallah. Have a nice day, God Bless. :)

Thursday, November 08, 2012

Shorttrip Sarawak Day 2

Day 2

Buat-buat lupa yang subuh kat sini jam 5pagi, dan kami semua bangun jam 630pg. Haha. Bangun dan bersiap sedia. Atook cakap nk dtg rumah jam 830pg. So kami semua turun ke bawah untuk breakfast, makcik dan kakak atook dah panggil utk breakfast. Sambil breakfast borak2 dengan pakcik dan abg sedara die jer. Breakfast harini ada nasi goreng, mee goreng dan kueh mueh. Yang aku suka adalah tea panas dengan madu. Jarang tea panas org buat pakai madu. Bau die dah mengangkat sanubari aku. Hahaha.

Tu ggu punya tunggu atook tak muncul2. Plan kami nak jalan2 bandar kuching kejap sebelum majlis persandingan malam nie. Atook sampai dalam pukul 10pg sbb byk urusan nk disettlekan. Takpe, kami memahami. Die bawak kiteorg pegi rumah utama die dulu, jumpa parents die dan makcik2 die. Kelihatan makcik2 die tgh busy siapkan goodies bag utk majlis hari sabtu nnt. Kami pun tolong la skit apa yang boleh. Hehehe.

Dalam pukul 11.30pg, atook bagi keizinan utk kiteorg kluar jalan2 pusing kuching jap. Vios myla diberi pinjam utk ronda2, tq atook n myla. Mintak advice sikit dari atook utk tmpt2 yg wajib pegi sebelum gerak. Ok jommm... Vvvrrrooomm...

Jalan kat kuching agak lengang, so memudahkan perjalanan kami yg first timer drive kat kuching. So first destination kitorg adalah mee sapi haji salleh! Katanya mee sapi or mee kolok terbaeeeeekk kat kuching. Lets try. Dengan bantuan google maps, kami sampai ke destinasi.

Sampai je kat kedai, semua menu dah habis kecuali mee sapi biasa. Hadoi, xbleh nak try yang special skit. So order yang biasa je. Setibanya mee kolok kat atas meja, wajah mee kolok tu nmpak berbeza dengan mee kolok yg pernah aku try dulu, sbb mee die warna putih, x digaul dengan kicap seperti mee kolok lain. Rasa mee kolok ni lain, sangat sedap. Nyum2. Next time kalau dtg kene try yg special nie. Mmg kedai ni wajib dtg la klau dtg kuching.

Dah habis makan, kami jalan2 kat Indian Street. Nothing much here. Just kedai2 yang jual baju2 jer. Then pusing2 kawasan sebelah2 Indian Street tu. waktu tu dah masuk solat jumaat, kami musafir, hehehe. Sambil jalan2 tu ada dengar khutbah jumaat, tp tak nampak masjid or surau kat kawasan tu. Masa jalan2 kat shoplot area tu, ada ternampak masjid bandar kuching yg terletak tengah2 antara shoplot tue. Jakun kejap.

Kemudian, kami ke kampung xxx, kat sini terkenal dengan kek lapis. Mostly kedai kat sana kiteorg masuk dan rasa kek die. Macam-macam nama yang ada pada kek ni, awan nano la, tm net la, ombak rindu, dan lain. Atook just suggest kek lapis makcik die dan mira cake house. Boleh tahan banyak jugak la borong haritu. Selepas dah shopping kek lapis, kami ke airport untuk settlekan urusan pass pelawat hanafi yang hilang, dan sejurus selepas itu pulang ke rumah untuk persiapan malam nie.

Nampaknya dah ramai kat rumah kakak atook tgh siapkan apa yang patut, kami just tolong yang minor work je memandangkan ayah die tak kasi untuk buat kerja berat. Lepas dah siap2, atook mintak tolong utk ambikkan barang kat petronas around bandar kuching. Dgn confident dah tahu jalan ke sana, kami terus ke sana dan pick up barang yang disuruh ambil.

Selepas bersiap, kiteorg tgk kat bawah dah ramai tetamu yang datang. Majlis dianggarkan bermula jam 9mlm, waktu tu kiteorg dah lapar gile. Tengok table pulak dah penuh, takpe la, bagi tetamu yg lain makan dulu, bezanya adat kat sini, semua tetamu akan makan serentak, lain kat semenanjung yang boleh makan dalam masa yang diberi. Pengantin tiba dengan letupan mercun, segak tanpan dan bergaya si atook nie bersama isteri tercinta myla. Majlis malam tu berjalan dengan lancar, memandangkan malam tu games kelantan vs selangor, apa lg layan bola la kejap. Haha.

Jam menunjukkan jam 11mlm, kiteorg pun naik atas la nak tidur, waktu tu tetamu dah ramai yng pulang. Esok, kene bangun awal untuk majlis yg lagi meriah dan besar.

Kek Lapis Sarawak
Mira Cake House

Siap ada baju lagi


Ketibaan Pengantin
Pengantin
Me Sapi
Bersama Jr+Myla

Friday, October 12, 2012

Short trip Sarawak Day 1

Alhamdulillah, seperti yang dirancang, trip ke Sarawak telah tiba masanya. Last week dah mintak permission dengan bos untuk cuti pada 12 Oct 2012. Last monday, my leave form has been approved. Yeaaayy!!.

Rasanya, untuk trip kali ni, ini adalah tiket flight yang paling murah aku dapat, iaitu RM35 returned! Returned weyyy. Hahaha. Means kalau nk divide pegi dan balik, it cost rm17.50 only. So cheap maaa. Hehee. Thanks airasia!. Alah tiket dah beli Nov 2011, mesti la murah.

Trip kali ni bukan la trip suka-suka hati, tp untuk meraikan perkahwinan sahabat baik aku, Jair Redzuan dan Azmyla Jawawi. Alhamdulillah majlis angkat nikah dan reseption sebelah perempuan dah selesai last week. Minggu ni disebalah lelaki pula.

So, memandangkan task kerja harini tak berapa banyak, aku mintak keizinan untuk balik awal. Dieorg dengan spottingnya bg green light. By 3pm aku dah pulang ke rumah bersiap solat dan packing. 5pm bertolak dari rumah ke mmu cyberjaya terlebih dahulu sbb nak gerak dengan luqman. Sampai je cyber, luqman cakap yang si shazwan tak dapat naik flight pagi td (flight die ke srwk pagi) sbb tak lepas security. Sebabnya??? Mata die merah. Hayooo. Apa bleh buat kan. Nak dipendekkan cerita, shazwan hantar aku dan luqman ke airport. Eh, lupa nak cakap yg trip kali ni dianggotai oleh aku luqman amir dan hanafi.

Sampai lcct jam 8pm, tunggu amir kejap dan terus ke balai berlepas. Snap2 gambar jap sambil menunggu, sampai 830pm duduk rilek2. Nasib baik aku alert dengan announcement, dah panggilan terakhir rupanya utk ke KCH, AK5220. Terus bergegas!!! Nasib tak tertinggal. Haha.

Masuk flight, seat aku 29B, bapak belakang gile, dah la tengah, redha sahaja. Aku paling xsuka duduk tengah. Perjalanan ke Kuching mengambil masa 1jam 45minit. Kat blakang aku, ada pulak dua orang gadis yg buat drama jejak kasih, all the way dalam flight borak je, dah la dalam dialek sarawak, aku dpt tangkap skit2 pa apa die borak. Bukak ipod, terus layan lagu dari dengan drama tak berbayar dorang. Sambil2 tu selak2 3sixty, dan buka halaman kegemaran aku, "travelog", kali ni trip ke Combodia. Bila la nak pegi sana. Cam menarik gak.


Flight tiba di Kuching International Airport pada jam 10.45pm, itupun selepas daratan ke dua, daratan pertama x menjadi, buat kasi cuak je pilot nie, dah nak turun naik balik. Setibanya di airport, napi dan atook dah tunggu. So terus ke rumah atook. Cantek woo rumah die. Datang haritu rumah ni tak siap lg. hehe. Dah smpai sini, perut lapar plak kan, apa lg makan la. Kakak die sediakan nasi ayam utk juadah malam kami. Sambil2 tu, ada bberapa org tgh buat persiapan pelamin utk majlis malam esok. Lepak2 sat, dan terus berehat utk plan esok. :)



Tuesday, July 17, 2012

Hangover Bali (Day 3)





Day 3 - 11th June 2012 - Monday

Barongan Dance

Perjalanan hari ke 3 dimulakan dengan Breakfast. Macam hari sebelumnya, makan di Hotel Bakungsari. Seperti yang dirancang, perjalanan bermula pada jam 8.15pagi terus ke tempat Tarian Barongan. Persembahan bermula pada jam 8.30pagi dan kami tiba di lokasi 10minit lewat. Bayaran dikenakan sebanyak RP100,000 seorang. Tarian Barongan ni boleh dikatakan persembahan wajib tonton la kalau datang ke Bali. Tarian mengambil masa 1jam. Aku agak Blur skit dengan maksud persembahan yang cuba disampaikan walaupun telah diberikan sekeping kertas yang menceritakan chapter by chapter maksud persembahannya. 1jam berlalu bergitu sahaja, dah habis. Ada beberapa babak yang lawak la dalam persembahan ni. Tapi agak terasa rugi sbb tengok persembahan semata-mata, patutnya lepas habis persembahan tu buat la sesi bergambar dengan penonton, rugi tak dpt amik gambar ngan awek2 pelakon tue. Hehe.
Kuih Muih Indonesia
Perjalanan diteruskan lagi ke Yanyan Gold and Silver Smith di daerah Sukawati Bali, perjalanan mengambil masa lebih kurang 30minit dari tempat Tarian Barongan tadi. Dalam perjalanan ke sini, rakan kepada Pak Putu (Driver kami) telah memberi kuih muih. Beberapa kuih yang ada mcm kuih kat Malaysia je. Hehe. Sampai kat tmpt ni, kami disambut oleh gadis2 dan diberikan satu cup air mineral. Kat sini ditunjukkan pembuatan emas dan perak dan menjual rantai gelang cincin dan pelbagai lagi barangan berasaskan emas dan perak. Harga? Cam tak berbaloi je nak beli, kat Malaysia pon ada, dan tak beli pon. Hehe.

Yanyan Gold and Silver Smith


Yanyan Gold and Silver Smith

Selepas pusing-pusing Yanyan Gold and Silver gallery tue, kami ke Gianyar Sukawati Art Market, dalam 5-10minit dari Yanyan Gold and Silver gallery. Kat sini memang penuh dengan lukisan-lukisan. Kami disambut dengan cara cara untuk melukis sesebuah lukisan. Memang banyak yang menarik, tapi harga2 kat sini pon sangat lah menarik sampai membuatkan aku tak terdaya untuk beli. Hehehe. Lukisan-lukisan kat sini dikategorikan kepada beberapa bahagian, nature, abstract, culture dan macam-macam. Kami pulang dengan tangan kosong... :) Sebelum ke destinasi seterusnya, kami singgah ke salah satu kuil yang berada di kawasan Sukawati. Untuk memasuki kawasan kuil itu, kami dikehendaki memakai kain sarung untuk menghormati agama mereka. Masuk ke sana pun untuk melawat, bukan buat apa2 pun. Niat tu penting. :)

Gianyar Sukawati Art Market

Gianyar Sukawati Art Market








Destinasi seterusnya, Gunung Batur!! Salah satu gunung berapi yang masih aktif yang ada di Bali. Gunung Batur terletak di kawasan Kintamani. Antara benda yang famous kat sini adalah makan di restoran sambil melihat keindahan dan pemandangan Gunung Batur. Pak Putu suggest kami untuk makan di Restoran Panca Yoga Kintamani Bali. Insyallah Halal. Kat sini makan ala buffer, RP70000 per person. Makanan kat sini sedap jugak la. Yang penting datang sini untuk lunch sambil tengok keindahan alam ciptaan Allah. Memang cantik.







Dah kenyang menikmati lunch sambil melihat keindahan alam, perjalanan diteruskan lagi ke Agro Culture Bali And Coffe Luwak - Tegallalang, Bali. Kat sini boleh dikatakan kebun buah-buahan la. Yang special kat sini adalah Kopi Luwak. Kopi Luwak adalah kopi yang telah dimakan oleh sejenis musang, kemudian musang itu akan membuang kopi tersebut melalui tmpt pembuangannya. Ada sesetengah orang cakap kopi ni haram, tapi sepanjang berjalan dan dengar keterangan dari org kat sana, ada baca beberapa fakta yang mengatakan Kopi Luwak ni halal. Tengok dari process pembuatannya pun, ianya meyakinkan kopi ni halal. Selepas mendengar keterangan sorang brother ni, kami dijamu dengan 8 jenis air kopi/coklat/tea yang dibuat disini secara percuma. Tak silap ada kopi, mocha, coklat, halia, limau dan lain2. Dah nama pon kopi luwak special kat sini, rugi la kalau tak try. So dengan segelas kecil (mcm gmbar kat bawah, gelas putih), kami pesan 2 cup kopi luwak untuk mencubanya. Satu cup berharga RP50,000. Rasanya memang kaw-kaw. Katanya memang banyak khasiatnya. Dah minum kopi tadi, kami dibawa ke kedai yang menjual kopi yang diminum tadi. Pusing-pusing kedai tue, mmg mahal la kalau nk beli Kopi Luwak ni, aku bercadang untuk beli kopi biasa je. Brother tadi ada offer untuk cuba minum air mineral, so pegi la kat brother tue, dia amik satu botol dan suruh kami bau, dia cakap air tu sedap. Dengan selamba aku hidu, perghhhhhhhhhhhh, kuat gila, air mineral apa neh, tengok label die, ARAK BALI!!! Thanks lah brother, naseb baik aku tak minum. Air tu adalah Coconut Wine. Gilalah, so jangan terpedaya yer!! Air mineral dikenalai sebagai air aqua di Indonesia. Harap Maklum. Dah2, jom pergi next destinasi.

Kopi Luwak




Lokasi seterusnya adalah Tegalalang, dalam 30-45minit dari Agro Culture Bali tadi. Tegalalang famous dengan padi teres atau lebih dikenali dengan padi bukit. Ikutkan infrastructure bendang padi tu sangatlah menarik, sbb ianya jarang dilihat di Malaysia. Sayangnya, kalau padi tengah menghijaukan cantik, waktu kiteorg pegi tu baru lepas menuai kot. At least ada experience la tengok padi bukit. Haha.







Dah penat satu hari berjalan, tiba masa untuk ke bilik hotel. Seperti yang dirancang, malam ini kami akan menginap di kawasan Ubud. Ubud ni salah satu pekan di Bali, banyak kedai2, kelab, restoran kat kawasan nie. Dalam jam 5petang, kami tiba di Gayatri Bungalow 2. Tempat ni sangatlah epic! Boleh tengok gambar2 dia, tapi kawasan dia cantik la. Bilik yang kami dapat tu agak besar la, yang tak best sbb takde TV!! Memang bosan lah jugak. Petang tu rehat2 je, walaupun takde la petang sangat, pukul 6ptg pon dah mcm pulul 8mlm kat Malaysia. So kami siap2 untuk cari makanan malam. Apa yang disangka, banyak la restoran untuk kami makan, so kami decide untuk berjalan kami sekitar pekan ubud mencari kedai makan. Berjalan selangkah demi selangkah, dah hampir sejam lebih kami berjalan, tapi satu kedai yang ada logo Halal pon kami tak jumpa, yang ada hanyalah Club dan Restoran2 yang sah2 tak halal. Dah penat check 4square dan google, mmg susah nak cari kedai muslim or halal kat sini. Dah tengok maps, hampir keseluruhan pekan ubud kami dah pusing, sampai la kat depan hotel balik, aku pegi tanya teksi, mana nak makan makanan halal, dia cakap mmg takde kat sini, ada pun jauh skit, kene naik teksi. So layankan saja la naik teksi dia semata-mata nak g makan. Alhamdulillah, ada jugak tempat makan. Kenyanggg..~~














Suasana malam di Ubud

Dah kenyang makan, balik ke hotel. TV takde, apa nak buat?? Just lepak2 kat luar hotel depan pool, sambil tengok2 gambar yang diambil sepanjang kat Bali dan tengok2 maps untuk perjalanan seterusnya pada esok hari. :)