Wednesday, August 29, 2007

Bas Bandar



Wow, itulah ekpresi pertama kali aku melihat bas bandar. Bas ini aku dpt saksikannya pada raptai perbarisan semperna hari kemerdekaan tadi 29ogos2007. Bas yg mempunyai identiti dan ciri kebudayaan negeri terengganu deperkenalkan kpd org ramai akan menjadi tarikan pelancong semperna Tahun Melwat Terengganu 2008. Bas ni akan beroperasi bermula 28 ogos dari jan 6pagi hingga 10mlm.Tempat2 yg akan dijelajahi oleh bas ini antaranya Masjid Tengku Tengah Zaharah di Kuala Ibai, Pusat Kraftangan di Chendering, Pasar Besar Kedai Payang, Bukit Puteri, Istana Maziah dan Muzium Negeri serta beberapa lagi tempat menarik di sekitar Kuala Terengganu. Bas ini berharga 430ribu sebuah dan telah dibina oleh Sumi Engineering Sdn Bhd. Menggunakan tenaga mahir seranai 20 org untuk menyiapkan bas tersebut. Jangka masa pembuatannya selama 3 bulan. Dua bas ini dinamakan Kenyir dan Redang sempena nama dua pusat pelancongan terkenal di Terengganu. Aper yg best mengenai bas ni kata Menurut Menteri Besar Terengganu, Bas Bandar akan memberi perkhidmatan secara PERCUMA untuk 3 hingga 6 bulan pertama. Aku tak sabar nk naek bas nie. hehe. aku berbanggan menjadi rakyat Terengganu.

credits for : http://www.terengganu.gov.my

Sunday, August 26, 2007

new handphone??

Salam..... handphone owh handphone... mana la pegi motorola v3x kesygan aku. siapakah empunya tuannyer skrg nie. kalo aku tau saper amik, mmg kene r budak tue!! tp kalo tak jumper, Allah sahaja yg mampu membalasnya. skrg aku ada la angan2 tuk beli phone laen, memandagkan dah takder hp skrg, just guna 3310 jerk, itu pown byk masalah. tp buat masa skrg nie oke la sbb x byk org nk contact, but soon?? hmmm... skrg angan2 nk pkai 3 fav phone yg aku raser ok. tp tak mampu lagik nak beli. haha. juz simpan duit sikit2 dlo. abah ada ckp nk belikan phone baru. hehe. wait n see laa bile. hohoh. skrg aku berangan nak pakai Nokia N70 ME or Nokia 5300 or SE W850i. hehe... Tp kalo aku dapat 5300 pown aku da puas hati. asalkan dpt dengar mp3, camera cam oke tak per r. tp kalo dpt n70 or w850i lagik best, sbb 3G. ehhe. memandangkan aku akan beralih kepada celcom tak lama lagik, sbb tu raser cam nk pakai 3G phone. hehehe. keyh... stakt nie jer aku mampu karang tuk kali ni... adioz... (semua di atas adalah angan2 dan impaian sahaja moga2 jadi kenyataan)

Saturday, August 25, 2007

5 things found in my bag
bag? rindu plak nk pakai beg pegi kelas. haha. skrg pakai beg yg kecik jer almaklumlah bukannya nk isi buku or notes pown skrg nie.

  1. scoot & house keys.
  2. CD's - Windows XP, software, Office, Windows Vista, etc
  3. Screwdriver.
  4. Kigston Pendriver 1G.
  5. External Hardisk 80G.

5 things found in my wallet

  1. MyCard.
  2. MMU SmartCard
  3. Lesen.
  4. ATM Card - CIMB & Bank Simpanan Nasional
  5. Wallet? Got Money la...

5 favorite things in my room

  1. Twinhead Laptop
  2. Katil
  3. Almari
  4. Board yg ada byk gambar2.
  5. Meja.

5 things im currently into

  1. Finish my industrial Training (30 august)
  2. Waiting for YTM Result (diz month-august)
  3. Finish my Report & Slide for training (da nak siap kot)
  4. MERDEKA!!!
  5. Nak pegi MElaka!!! & KL!!! 20 Sept. (Insyallah)

5 people im going to tag

  1. Kamu yang sedang baca blog ini.
  2. People that read this blog.
  3. Mung hok bace blog ning.
  4. Demo hok kelih ngan bace blog neh.
  5. Sesaper jerk (actually dont knoe who i want to tag)

Wednesday, August 22, 2007

Malaysiaku Gemilang

Merdeka, merdeka, merdeka… laungan pada 31 ogos 1957 yang telah dilaungkan oleh tuanku abdul rahman merupakan laungan kemerdekaan untuk Negara kita yg tercinta, Malaysia. Tapi disebalik laungan kemerdekaan itu, apa maksud kemerdekaan untuk diri kita sendiri. Hari ini menunjukkan 22hb ogos 2007, bermakna tinggal 9 hari lagi untuk kita menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 50 atau juga dikenali sebagai jubli emas. Setengah abad Negara kita sudah merdeka, terfikirkan kita apa sumbangan kita kepada Negara kita? Masing-masing ada cara meraka tersendiri. Terpulang kepada individu masing-masing. Merdeka? Apa maksud merdeka untuk diri kita sendiri? Bagi aku sendiri, maksud merdeka sama sahaja dari orang lain, iaitu bebas dari penjajah, kita dapat memerintah di tanah air sendiri, bebas untuk bersuara dan macam-macam lagi. Tapi bagi aku bukan itu sahaja, kita perlu merdekakan diri kita sendiri terlebih dahulu, kemudian kita perlulah memerdekakan keluarga, bangsa dan Negara kita. Semangat patriotik perlu ada dalam setiap makhluk yang berstatus warganegara Malaysia. Apa yang aku dapat bagi tahu kat sini, aku berbangga menjadi rakyat Malaysia. Malaysia dah banyak perubahan kearah pembangunan semenjak kita merdeka. Nama Malaysia di mata dunia bergitu gah sekali. Tapi masih banyak yang perlu diperkukuhkan dalam usaha menjadi Negara maju dari semua aspek, ekonomi, pertanian, pelajaran, dan perbagai lagi termasuklah pemikiran rakyatnya Malaysia sendiri. Mungkin blog aku pada kali ini mungkin agak pelik dari segi penulisan. Untuk kali ini, aku telah menggunakan sepenuhnya bahasa Malaysia, ejaan dan tatabahasa yang betul. Bukan apa, tidak salah aku mengarang menggunakan bahasa ibunda sendiri. Bukan itu sahaja, kita perlu mendaulatkan lagi bahasa Malaysia supaya ianya tidak pupus ditelan bahasa-bahasa lain. Setakat ini sahaja penulisan aku untuk kali ini. Tahniah Malaysia! Selamat ulangtahun Kemerdekaan yang ke 50.

Saturday, August 18, 2007

Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an (pasti korang tersenyum)

(actually bende ni dah lama nk post, bende yg membuatkan aku tersenyum seorg diri ketika membacanya)

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, garban,satria perkasa itam,Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.... Sengih

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang
cawan warna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah... Sengih

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment.
pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.
ni sure korang igt...program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan...kan?

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 40 sen jek kat kantin.

time skolah rendah tu,mesti ade yg pakai jam boy london kn...ala yg boleh tukar2 kaler tu la...time tu klo yang laki rambut belah tepi lg...nak ngorat pn malu2 lagi...klo yg pompuan,ade yg ltak surat bawah meja la,bagi hadiah pembaris la, pemadam la,atau pensil kat bawah meja..

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo, atau Pallas Jazz.. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu... aku pn dah lupa name die...ada yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? mendalah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr... tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee,ring ring, Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.

tak dilupakan, 'Ti Kam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan
apek kat luar skola tuh... lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal....yg tak dapat tu,tunggu yang lbih2 je laa..

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa... permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu
ni. baling2 kapur laa.

hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'. bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...

bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je
Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control. dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...skrang ni klo yang masuk u mesti ade hanfone...apatah kat u skrang ni bdk skolah rendah pn dah pakai hfone...
kite dulu mane ade...dua tiga taun dah msk u baru la dpt beli hanfone...tu pn dah dkat nak abih blajr dah..


hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap
hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile
bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali, bile dah bace posting ni, korang akan teringat kembali zaman budak2 korang mase dulu2.... Sengih Sengih laughing
Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan? kenangan itu indah...... Shabbasss!! Shabbasss!!

Sunday, August 05, 2007

dalam suka, ada yang duka...

Post ini dah dibuat oleh pengarang pada 2nd august lepas, tetapi hari ni 5august baru dpt publish. terdapat sedikit masalah teknikal.. hoho..

Hye guyz… today already 2nd august 2007… its means, 28day left to finish my industrial training program… maybe a little bit sad and maybe happy… dunno how to describe. Hohoho. Sedey sbb nk tnggalkan keje yg aku raserkan dan best skrg, little bit fun for me. Mula2 keje mmg raser cam susah skit nak adapt kat tmpt keje, tp dah lama2, aku raser sronok. Normal la tue. So, now I need to finish up my final report. Maybe around 70% already done, I try to finish up my report as soon as possible. X mo buat keje last minute dah. After finish my report, wanna concentrate for slide show and presentation. Sepanjang practical nie, I had learned a lot. That’s all about practical. Neway, hari ni aku dapat tunaikan hajat aku sendirik. Kalau korang tgk kat list of my dream kat sebelah, ada aku letakkan jam tangan kan… hari ni dengan berbekalkan beberapa ratus ringgit, hajat aku kesampaian juga, walaupon jenis jam yg aku berkenan laen. Hehe. Tapi tak kisahlah, asalkan aku puas hati dengan aper yg aku dah beli. Simple, tp cambest. Harga tak la mahal pown, byk duit je byk. Haha. beli apery g termampu sudah la. Hari ni kat office mmg byk keje, dengan kehadiran 60 pc Dell yg baru smpai tak cukup tangan tuk buat, tp aku ngan staff kat dynasty tu pegi merayap mencari lagik pc2 rosak kat tganu nie. mmg tak cukup tangan la. Aku ingtkan dah tak sempat aku nk beli jam tu td, sebab aku dah smpai office pown pukul 1.20petang, tp aku tak kisah r tak lunch hari nie, asalkan dpt beli jam yg aku nk. Haha. belek punyer belek kat kedai jam tue, aku berkenan la ngan jam nie, aku dah tak tgk kat jam laen dah. Cincai2, mintak tawar2 aku pown suruh uncle tu bungkus jam tue. Neway, aku beli jam Casio Edifice, uncle tu kata new arrival. Entah, asalkan oke, aku beli r. function cm biasa jerk, tp ada memory yg boley simpan phone number. Oke dah. Tutup pasal jam tue. Skrg citer bende lain plak. Lepas lunch aku kluar pusing2 bandar lagik, sbb ada company ada problem pasal pc. Abis settle keje sumer dalam kol 4.15ptg camtue r. aku pown belek2 r pc Dell yg baru sampai tu. Cambest jerk. Design baru, warna hitam, agak cantik r. lepas je solat asar, lebey kurang pukul 5.10 ptg cmtu aku pown bersama2 beg yg mengisi harta2 kerja aku pown berangkat pulang. Menuju ke Skuter Karisma 125 merah dengan rasa happy sebab nk balik. Pastu aku sarungkan helmet ke kepala. Start je engine moto tue, aku pown perlahan2 menunggang skuter tu dengan harapan nk beli goreng pisang nk wat balik kat family. Lepas je dari roundabout Ladang, aku perlahan2 lagik bwk skuter, tiba-tiba…. KEDEBABOOOOM… PREEEEEEEPPPPPPP!!!!!!! Aku tekan hon skuter dengan kuat. Panik tuk seketika. Aku dah dilanggar oleh sebuah kereta proton saga earoback dengan nombor pendaftaran TM2526. Kreta tu langgar aku dari tepi(kiri). Aku telah diheret seketika oleh kereta tu tuk seketika hingga menempuh divider jalan. Kaki aku bergesel kat divider tu, dalam 10meter gak r bergesel. Naseb baek pakai kasut. Dan tetiba kaki aku terlanggar batu bata yg buat cam pasu bunga tue… entah aper nama dier. Hingga batu tu pecah. Haha. kuat tol kaki aku. Naseb baek la aku dapat control skuter aku ngan baek, kalo aku jatuh kat situ, takder dah aku nak menaip keyboard ni tuk tulis blog. Jalan jame tuk seketika. Pastu abg yg bawak kreta tu suruh aku slow2 pegi ketepi. Lepas cakap2 skit, dier mgaku dier yg salah langgar aku, mmg pown. Huhu… abg tu cakap dier tak tgk kanan before dier masuk lorong aku. Then, I call my father to tell him about this. dalam 10minit camtu, abah dtg kat aku tgk keadaan sumer n settle ngan abg tue. Stuker aku camana? Body dier jer r kene tukar yg laen, tp certain part jerk. Bukan sumer. Aku?? Hooho… kaki kiri aku agak raser sengal2, sbb kene hentakan kreta tue, then kaki kanan lak calar2 n bengkak2 kat kawasan buku lali. Biasanya org cakap mula2 kene mmg rase sengal2 n kebas jer, 2 3 hari baru raser sakit, aku tak tau r camana nie. tunggu esok dlo, kalau teruk, kene g klinik r. nk berjalan skrg ni agak sakit r. huhu.. lepas settle ngan abg tue, abah ajak dier pegi kedai moto, abg tu sanggup bayar sumer kerugian. Tp kan, kreta abg tu agak teruk jugak kene, body dier ader kemik skit dan tayar dier pecah terus. Naseb baek la abg tu baek. Abah aku tnyer r uncle kat kedai moto tu, total sumer skali dalam seratus jer. So skrg, skuter tu ada kat bangkel. Sabtu ni baru boley amik kalau ada barang dier r…thanks to abah... huhuh… faiq baru jer call tadi, tnyer pasal plan lepas training. Hohoho.. k r… dah panjang lebar aku menaip nie. I will update this blog later… adios amigos…