Showing posts with label memoriable. Show all posts
Showing posts with label memoriable. Show all posts

Friday, November 09, 2012

Short trip Sarawak Day 3

Day 3

Kami semua bangun awal harini, antara hari bersejarah bagi saudara Jair Redzuan dan Saudari Azmyla Jawawi. Semua sanak saudara beliau dah bersiap awal dari kami. Majlis akan diadakan di Dewan Majlis Islam, Kuching Sarawak pada jam 10 pagi. Kami bersiap, bersarapan dan terus pacu kereta untuk ke Dewan. Sampai sahaja kat dewan, sanak saudara mereka macam dah ramai juga yang sampai. Melangkah masuk ke dewan, aku agak terkesima melihat kecantikan hiasan dewan dan pelamin. Memang superb. "Aku kawin nnti macam ni ke?" Anggaran tetamu yang datang dalam 1000 orang kot. sebab tak silap ada dalam 100 meja dan 1 meja 10pax. Memang ramai tetamu yang datang.

Pelamin - Dari table kiteorg.
Dalam jam 11pagi, majlis dimulakan dengan ketibaan pengantin yang diselangi dengan persembahan pencak silat. Kemudian pengantin masuk ke dewan diiringi ayahanda dan ibunda tercinta ke pelamin sambil dialunkan lagu yang syahdu oleh penyayi. Aku pula yang rasa excited dan berdebar. Haha. Majlis dimulakan dengan emcee berucap, kemudian acara-acara yang biasa kita semua lihat dimajlis persandingan iaitu menepung tawar oleh ahli keluarga terdekat. Apa yang menarik perhatian aku adalah video pernikahan beliau seminggu lepas dan upacara xxxx (aku tak ingt apa dorang panggil), tapi macam games suap2 pulut/nasi paling cepat antara sama2 pengantin.

Hanafi, Narul, Luqman, Amir, capture by Zaki
Masa yang ditunggu sudah tiba, iaitu waktu makan. Memang makannya sangat superb. Khas dari  Patimah Mail Enterprise (PME), katering keluarga Jair Redzuan sendiri. Nasi hujan panas dengan lauk-lauknya sangat sedap. Tumbs Up!. Nampaknya semua dah kenyang dan majlis hampir tamat. Selepas pemunguman oleh emcee memberitahu yang majlis tamat dan pengantin sila ke pintu utama dewan, dalam 5minit, aku tengok semua tetamu dah beratur pergi ke arah pengantin untuk bersalaman. Wah, semua dah takde kat table melainkan ahli keluarga terdekat dan kami. Haha. Mungkin itu satu tradisi masyarakat disana. Selesai upacara itu, macam biasa, sesi fotogtafi bersama keluarga dan teman2. Kami pun tak melepaskan peluang ini la.


Bersama pengantin
Selesai sahaja majlis persandingan itu, kami decide untuk ke Bandaraya Kuching lagi untuk sesi jalan-jalan yang terakhir. Misi kami kali ini adalah mencari Laksa Sarawak, Mee Kolok, makanan-makanan rare dan sedikit cendrahati untuk dibuat balik. So, destinasi kami yang pertama adalah kawasan waterfront untuk mencari cendrahati. Tak banyak bende pon beli, sebab masa first time datang dulu dah byk beli, plus dah berabis untuk kek lapis pon banyak jugak. Apa yang aku cari kat sini adalah Gambir Sarawak. Haha. Bukan untuk aku, tp untuk officemate yang sudah mendirikan rumah tangga. Dapat la jugak serba sedikit mengenai gambir selepas brother yang jual tu cerita khasiat2 die, bukan sahaja untuk digunakan bagi menguatkan tenaga batin untuk lelaki, tpi juga untuk kesihatan. 

Mom'S Laksa - Laksa Sarawak

Swee Kang Ais kacang
Destinasi kami seterusnya adalah ke Mom's Laksa, katanya kat sini menyediakan laksa sarawak yang terbaik. Selepas mencubanya, memang terbaik lah rasanya. So Mom's Laksa highly recommended untuk sesiapa yang ingin mencuba laksa sarawak. Kemudian kami mencari kedai ais kepal paling best kat sini, dengan menggunakan perkhidmatan Foursquare untuk mencari lokasi kedai dan kedai-kedai yang best, kami menemui  Swee Kang Ais Kacang. Kami berempat order ais kacang yang pelbagai perisa, untuk pastikan dapat rasa mana yang best kat sini. Bagi aku semua best dan semua unik. Ini tempat pon highly recommended. Peace! Jam menunjukkan jam 4 petang, kawan-kawan yang lain teringin untuk makan Mee Lokok untuk kali terakhirnya, ingatkan kedai yang pertama kiteorg pergi tu masih bukak, Mee Sapi Haji Salleh, tapi dah tutup, terpaksa lah google dan mencari lokasi kedai lain yang menjual mee kolok di foursquare. Sesat dan banyak tempat jugak lah kiteorg pusing, at last jumpa satu kedai, tapi rasa mee kolok tu tak sesedap kat kedai haji salleh tue. So semua macam kempunan dan terus balik ke rumah atook untuk bersiap pulang ke KL malam nie.



Sampai sahaja dirumah, kami bersiap dan berkemas untuk pulang, packing semua barang yang ada dan kemaskan bilik yang diberi sepertimana kami datang dulu. Sebelum balik Kakak si Atook ni serve makanan dulu, apa yang terhidang atas meja adalah mee kolok dan masakan2 lain. Perut dah kenyang, tapi kiteorg bedal jugak. Hehe. Sebelum pulang, singgah ke rumah ayah dan emak atook untuk bersalaman dan berterima kasih atas layanan yang bagus untuk kami. Mak die kirimkan ikan terubuk untuk kami smeua. Kemudian atook hantar kami kat airport. Memandangkan aku agak kelewatan untuk membeli quota untuk baggage, so terpaksa la bayar RM70 untuk 15kg punya barang. Layankan sahaja lah. Dah memang mistake tak beli awal2. Flight kami jam 11malam, dan kami sampai ke LCCT jam 1pagi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Masuk je flight, aku tidur sampai la ke LCTT. Hehe.

Post untuk short trip kat Sarawak ni berakhir kat sini. Eventho trip ni sekejap je, tapi bagi aku ianya sangat bermakna sebab dapat meraikan salah sorang kawan baik aku punya wedding. Plus dapat rehatkan minda dari keserabutan kerja yang ada. Short trip yang menyeronokkan. Harap leaps ni dapat teroka Sarawak lagi untuk mencapai misi teroka Miri dan Bako. Insyallah. Have a nice day, God Bless. :)

Tuesday, July 17, 2012

Hangover Bali (Day 3)





Day 3 - 11th June 2012 - Monday

Barongan Dance

Perjalanan hari ke 3 dimulakan dengan Breakfast. Macam hari sebelumnya, makan di Hotel Bakungsari. Seperti yang dirancang, perjalanan bermula pada jam 8.15pagi terus ke tempat Tarian Barongan. Persembahan bermula pada jam 8.30pagi dan kami tiba di lokasi 10minit lewat. Bayaran dikenakan sebanyak RP100,000 seorang. Tarian Barongan ni boleh dikatakan persembahan wajib tonton la kalau datang ke Bali. Tarian mengambil masa 1jam. Aku agak Blur skit dengan maksud persembahan yang cuba disampaikan walaupun telah diberikan sekeping kertas yang menceritakan chapter by chapter maksud persembahannya. 1jam berlalu bergitu sahaja, dah habis. Ada beberapa babak yang lawak la dalam persembahan ni. Tapi agak terasa rugi sbb tengok persembahan semata-mata, patutnya lepas habis persembahan tu buat la sesi bergambar dengan penonton, rugi tak dpt amik gambar ngan awek2 pelakon tue. Hehe.
Kuih Muih Indonesia
Perjalanan diteruskan lagi ke Yanyan Gold and Silver Smith di daerah Sukawati Bali, perjalanan mengambil masa lebih kurang 30minit dari tempat Tarian Barongan tadi. Dalam perjalanan ke sini, rakan kepada Pak Putu (Driver kami) telah memberi kuih muih. Beberapa kuih yang ada mcm kuih kat Malaysia je. Hehe. Sampai kat tmpt ni, kami disambut oleh gadis2 dan diberikan satu cup air mineral. Kat sini ditunjukkan pembuatan emas dan perak dan menjual rantai gelang cincin dan pelbagai lagi barangan berasaskan emas dan perak. Harga? Cam tak berbaloi je nak beli, kat Malaysia pon ada, dan tak beli pon. Hehe.

Yanyan Gold and Silver Smith


Yanyan Gold and Silver Smith

Selepas pusing-pusing Yanyan Gold and Silver gallery tue, kami ke Gianyar Sukawati Art Market, dalam 5-10minit dari Yanyan Gold and Silver gallery. Kat sini memang penuh dengan lukisan-lukisan. Kami disambut dengan cara cara untuk melukis sesebuah lukisan. Memang banyak yang menarik, tapi harga2 kat sini pon sangat lah menarik sampai membuatkan aku tak terdaya untuk beli. Hehehe. Lukisan-lukisan kat sini dikategorikan kepada beberapa bahagian, nature, abstract, culture dan macam-macam. Kami pulang dengan tangan kosong... :) Sebelum ke destinasi seterusnya, kami singgah ke salah satu kuil yang berada di kawasan Sukawati. Untuk memasuki kawasan kuil itu, kami dikehendaki memakai kain sarung untuk menghormati agama mereka. Masuk ke sana pun untuk melawat, bukan buat apa2 pun. Niat tu penting. :)

Gianyar Sukawati Art Market

Gianyar Sukawati Art Market








Destinasi seterusnya, Gunung Batur!! Salah satu gunung berapi yang masih aktif yang ada di Bali. Gunung Batur terletak di kawasan Kintamani. Antara benda yang famous kat sini adalah makan di restoran sambil melihat keindahan dan pemandangan Gunung Batur. Pak Putu suggest kami untuk makan di Restoran Panca Yoga Kintamani Bali. Insyallah Halal. Kat sini makan ala buffer, RP70000 per person. Makanan kat sini sedap jugak la. Yang penting datang sini untuk lunch sambil tengok keindahan alam ciptaan Allah. Memang cantik.







Dah kenyang menikmati lunch sambil melihat keindahan alam, perjalanan diteruskan lagi ke Agro Culture Bali And Coffe Luwak - Tegallalang, Bali. Kat sini boleh dikatakan kebun buah-buahan la. Yang special kat sini adalah Kopi Luwak. Kopi Luwak adalah kopi yang telah dimakan oleh sejenis musang, kemudian musang itu akan membuang kopi tersebut melalui tmpt pembuangannya. Ada sesetengah orang cakap kopi ni haram, tapi sepanjang berjalan dan dengar keterangan dari org kat sana, ada baca beberapa fakta yang mengatakan Kopi Luwak ni halal. Tengok dari process pembuatannya pun, ianya meyakinkan kopi ni halal. Selepas mendengar keterangan sorang brother ni, kami dijamu dengan 8 jenis air kopi/coklat/tea yang dibuat disini secara percuma. Tak silap ada kopi, mocha, coklat, halia, limau dan lain2. Dah nama pon kopi luwak special kat sini, rugi la kalau tak try. So dengan segelas kecil (mcm gmbar kat bawah, gelas putih), kami pesan 2 cup kopi luwak untuk mencubanya. Satu cup berharga RP50,000. Rasanya memang kaw-kaw. Katanya memang banyak khasiatnya. Dah minum kopi tadi, kami dibawa ke kedai yang menjual kopi yang diminum tadi. Pusing-pusing kedai tue, mmg mahal la kalau nk beli Kopi Luwak ni, aku bercadang untuk beli kopi biasa je. Brother tadi ada offer untuk cuba minum air mineral, so pegi la kat brother tue, dia amik satu botol dan suruh kami bau, dia cakap air tu sedap. Dengan selamba aku hidu, perghhhhhhhhhhhh, kuat gila, air mineral apa neh, tengok label die, ARAK BALI!!! Thanks lah brother, naseb baik aku tak minum. Air tu adalah Coconut Wine. Gilalah, so jangan terpedaya yer!! Air mineral dikenalai sebagai air aqua di Indonesia. Harap Maklum. Dah2, jom pergi next destinasi.

Kopi Luwak




Lokasi seterusnya adalah Tegalalang, dalam 30-45minit dari Agro Culture Bali tadi. Tegalalang famous dengan padi teres atau lebih dikenali dengan padi bukit. Ikutkan infrastructure bendang padi tu sangatlah menarik, sbb ianya jarang dilihat di Malaysia. Sayangnya, kalau padi tengah menghijaukan cantik, waktu kiteorg pegi tu baru lepas menuai kot. At least ada experience la tengok padi bukit. Haha.







Dah penat satu hari berjalan, tiba masa untuk ke bilik hotel. Seperti yang dirancang, malam ini kami akan menginap di kawasan Ubud. Ubud ni salah satu pekan di Bali, banyak kedai2, kelab, restoran kat kawasan nie. Dalam jam 5petang, kami tiba di Gayatri Bungalow 2. Tempat ni sangatlah epic! Boleh tengok gambar2 dia, tapi kawasan dia cantik la. Bilik yang kami dapat tu agak besar la, yang tak best sbb takde TV!! Memang bosan lah jugak. Petang tu rehat2 je, walaupun takde la petang sangat, pukul 6ptg pon dah mcm pulul 8mlm kat Malaysia. So kami siap2 untuk cari makanan malam. Apa yang disangka, banyak la restoran untuk kami makan, so kami decide untuk berjalan kami sekitar pekan ubud mencari kedai makan. Berjalan selangkah demi selangkah, dah hampir sejam lebih kami berjalan, tapi satu kedai yang ada logo Halal pon kami tak jumpa, yang ada hanyalah Club dan Restoran2 yang sah2 tak halal. Dah penat check 4square dan google, mmg susah nak cari kedai muslim or halal kat sini. Dah tengok maps, hampir keseluruhan pekan ubud kami dah pusing, sampai la kat depan hotel balik, aku pegi tanya teksi, mana nak makan makanan halal, dia cakap mmg takde kat sini, ada pun jauh skit, kene naik teksi. So layankan saja la naik teksi dia semata-mata nak g makan. Alhamdulillah, ada jugak tempat makan. Kenyanggg..~~














Suasana malam di Ubud

Dah kenyang makan, balik ke hotel. TV takde, apa nak buat?? Just lepak2 kat luar hotel depan pool, sambil tengok2 gambar yang diambil sepanjang kat Bali dan tengok2 maps untuk perjalanan seterusnya pada esok hari. :)

Saturday, June 30, 2012

Hangover Bali (Day 2)

Day 2 - 10 June 2012 - Sunday
Kuta Beach

Bangun pagi, gosok gigi, mandi, solat, siap2. Around 815am, gather kat cafe house hotel untuk breakfast. Beberapa pilihan makanan yang disediakan, tapi tak tau la apa yg aku boleh makan. (in term of halal food). Nasi or Mee mmg dah bukan pilihan aku dan yang lain, sbb sah2 ada ayam kat dalam tue, so pilihan aku scramble egg, pan cake, orange juice and coffee. Ingatkan scramble egg die kosong die, padahal ada ham/chicken/?? tak pasti lah ada dia, so kiteorg rejected je terus. Terpulang atas individu untuk menilainya. 
Breakfast at Bakung Sari Hotel
So lepas breakfast, kami ke lobby hotel untuk menyewa speedo motor (Motosikal). Sewa untuk sehari  (24jam) hanyalah RP50000. Just letak no bilik, dan no lesen malaysia, anda boleh bawak motor di Bali. Hehe. Petrol kat sana RP5000 je kot sebotol (kalau tak silap la). Motor dah settle, apa lagi, jom jalan2 bandar Kuta. 
Speedo Motor
Destinasi pertama kami adalah BSO, Bali Surf Outlet. Berpandukan map kecik yg diberi oleh receptionist hotel, kami redah jalan di Kuta tue. Ada 3 - 4 bijik outlet sepanjang jalan yang kami lalui. Satu-satu singgah, tap satu pon tak beli sbb semua saving untuk hari last. haha.   
Bali Surf Outlet
Dalam Jam 11 pagi, kami plan ke destinasi seterusnya, Atticus Store (tiada di Malaysia). Aku dan amir (satu motor) Faiq dan Gemok (satu motor), memandangkan faiq dah exited untuk ke kedai yang di impikan tu, aku hanya mengikutnya dari belakang. POM! Motor dah goyang, demn, tayar pancit. Faiq dah laju kat hadapan. Hadoi. Aku mencari inisiatif untuk mintak tolong orang kat sana untuk pinjamkan phone untuk telefon brother motor ni, tapi hampa, semua tak nak tolong. Then cari kedai phone berdekatan, beli sim card yg paling murah untuk lepaskan dapat call brother motor dan contact faiq je. Lepas sejam, baru brother motor tu datang dan tukarkan motor baru. Dapat SMS faiq cakap kat kedai Atticus, naeb baik die kasi direction skit2, tapi main redah je lah. Jumpa balik kat kedai Atticus. Demn! Mmg harini berjalan untuk cari kedai2 yg takde kat Malaysia je la. Dah penat pusing2, lepak2 di Starbuck kejap. Compare harga kat sana dan malaysia lebih kurang je. Rasa pon sama. 
Sambil2 pusing jalan2 kat Bandar Kuta, amik kesempatan untuk beli sim card untuk guna kat iphone. Senang nak berhubung dan pakai plan data untuk main Facebook Twitter 4square. Hehe. Agak murah la, RP60000 untuk penggunaan sebulan, dalam RM20+- Malaysia je. Dah penat jalan2, petang tu singgah di Pantai Kuta. Cantik dan bersih, tak macam pantai kat Malaysia Kotor! Petang tu just lepak2, amik2 gambar je. kat sini mmg tempat org surfing, mmg ramai yang surfing. Sayang gile tak dapat nk surfing kat sini, sbb tentative dah penuh. Next time maybe. :). Kalau lepak kat sini, jaga2 dengan makcik-makcik yang jual barang, sebab dia akan paksa kita beli barang sampai kita beli. Contohnya macam si gemok kene. Sorrylah makcik, makcik goda macamana pon, saya tak layan. Makcik tu siap nak offer urut2 kaki la, apa la. At least makcik2 ni usaha untuk cari duit, lagi bagus daripada orang2 yg mintak sedekat kat tepi2 jalan yang belambak kat Malaysia nie. Jam menunjukkan jam 5petang. Planning asal untuk ke Uluwatu untuk melihat matahari terbenam, tapi memandangkan jarak perjalanannya mengambil masa 1jam, dan tak tahu jalan, kami decide untuk balik ke hotel untuk berehat kejap dan sambung berjalan pada malam hari. :P 
Sampai hotel, plan nak mandi  pool kat sana, amir n gemok teruskan dgn plan tu dulu sementara aku ngan faiq pegi BSO balik untuk beli barang. Balik dari BSO baru terjun pool kejap. Lepas siap2 mandi n rehat, siap2 untuk keluar. Amir dah plan dengan member die yg kerja kat sini untuk lepak dan bawak tmpat makan best2.  Then kiteorg gerak ke McD pantai kuta (dah pro dah jalan waktu nie), jumpa Man dan kawan dia kat sini. Just lepak2 jap cerita pasal dunia Telco kat Bali ni, then die bawak ke kedai makan. Dah lupa apa nama kedai tue. (will update soon kalau ingt).  Lepas makan.... to be continue.... 

Kuta Beach

Makcik2 sedang memaksa2 untuk membeli kraftangan beliau.
XL Axiata, emergency sim card.

Blue Panic - Got Macbeth Shoes here!

Kuta Beach

Kuta Beach


Kuta Beach
Surf Discovery

Speedo Motor ke dua. PINK!

Atticus Store

Supper at KFC Pantai Kuta
TELKOM SEL - Flash Unlimited Usage. RP60000

Ke pantai kuta untuk lepak2 tengok night life kat sana. Lepak kat KFC Kuta, sajian utama KFC kat sana WAJIB ada Nasi. Memang dah trend kat sana kot. Supper kat KFC je lah malam tue. Around 12am, balik ke hotel untuk tidur. Esok perjalanan yang jauh akan menanti kami. Hehe