Rasanya, untuk trip kali ni, ini adalah tiket flight yang paling murah aku dapat, iaitu RM35 returned! Returned weyyy. Hahaha. Means kalau nk divide pegi dan balik, it cost rm17.50 only. So cheap maaa. Hehee. Thanks airasia!. Alah tiket dah beli Nov 2011, mesti la murah.
Trip kali ni bukan la trip suka-suka hati, tp untuk meraikan perkahwinan sahabat baik aku, Jair Redzuan dan Azmyla Jawawi. Alhamdulillah majlis angkat nikah dan reseption sebelah perempuan dah selesai last week. Minggu ni disebalah lelaki pula.
So, memandangkan task kerja harini tak berapa banyak, aku mintak keizinan untuk balik awal. Dieorg dengan spottingnya bg green light. By 3pm aku dah pulang ke rumah bersiap solat dan packing. 5pm bertolak dari rumah ke mmu cyberjaya terlebih dahulu sbb nak gerak dengan luqman. Sampai je cyber, luqman cakap yang si shazwan tak dapat naik flight pagi td (flight die ke srwk pagi) sbb tak lepas security. Sebabnya??? Mata die merah. Hayooo. Apa bleh buat kan. Nak dipendekkan cerita, shazwan hantar aku dan luqman ke airport. Eh, lupa nak cakap yg trip kali ni dianggotai oleh aku luqman amir dan hanafi.
Sampai lcct jam 8pm, tunggu amir kejap dan terus ke balai berlepas. Snap2 gambar jap sambil menunggu, sampai 830pm duduk rilek2. Nasib baik aku alert dengan announcement, dah panggilan terakhir rupanya utk ke KCH, AK5220. Terus bergegas!!! Nasib tak tertinggal. Haha.
Masuk flight, seat aku 29B, bapak belakang gile, dah la tengah, redha sahaja. Aku paling xsuka duduk tengah. Perjalanan ke Kuching mengambil masa 1jam 45minit. Kat blakang aku, ada pulak dua orang gadis yg buat drama jejak kasih, all the way dalam flight borak je, dah la dalam dialek sarawak, aku dpt tangkap skit2 pa apa die borak. Bukak ipod, terus layan lagu dari dengan drama tak berbayar dorang. Sambil2 tu selak2 3sixty, dan buka halaman kegemaran aku, "travelog", kali ni trip ke Combodia. Bila la nak pegi sana. Cam menarik gak.
Flight tiba di Kuching International Airport pada jam 10.45pm, itupun selepas daratan ke dua, daratan pertama x menjadi, buat kasi cuak je pilot nie, dah nak turun naik balik. Setibanya di airport, napi dan atook dah tunggu. So terus ke rumah atook. Cantek woo rumah die. Datang haritu rumah ni tak siap lg. hehe. Dah smpai sini, perut lapar plak kan, apa lg makan la. Kakak die sediakan nasi ayam utk juadah malam kami. Sambil2 tu, ada bberapa org tgh buat persiapan pelamin utk majlis malam esok. Lepak2 sat, dan terus berehat utk plan esok. :)




