 |
| Waktu ingin memulakan perjalanan |
30 Disember 2009 - Bermulalah hari yang dinanti-nantikan. Bangun jam 12.00tghmalam. Segala persiapan dah pun dibuat sebelum tidur tadi. Cuma dari segi pakaian, aku lengkapkan diri aku dengan 4 helai tshirt dan satu sweater, 2 helai seluar track, 2 helai sock, 2 pasang glove dan skaft utk kepala. Aku takde bawak sweater yang agak tebal membuatkan aku memakai 4helai tshirt. haha. 12.30tghmlm, kami mula supper untuk menambahkan tenaga sebelum pendakian fasa ke dua bermula. Makanan terdiri daripada roti bakar dan air nescafe panas. Apa yang dijanjikan dengan tour guide adalah kami mesti siap dan mula bergerak jam 1.30pagi. jam 130pagi tu mmg kami semua dah siap, cuma tour guide kami tak muncul2. smpai la jam 1.50pagi, baru dieorg datang. Alasannya adalah "Biasa la, janji melayu". Ada dikalangan peserta yang agak senior umurnya agak sensatif dalam isu ini. Kita letakkan masalah itu ditepi dahulu. Kami memulakan pendakian kami dengan bacaan doa untuk mempermudahkan segala urusan pendakian kami. Jam 2.00pagi, bermula lah pendakian kami. Cuaca ketika itu boleh dikatakan agak sejuk, mungkin kurang dari 10 darjah celcius. Pada permulaan, track agak biasa dan landai, ada disediakan tangga di permulaan pendakian pada fasa ke 2. kelihatan tangga2 itu baru sahaja dibina. Pendakian agak perlahan disebabkan cuaca terlalu sejuk, badan tak dapat nk control cuaca menyebabkan perjalanan agak terhenti-henti. SEJUK WOOO. Aku meneruskan langkah bersama-sama kumpulan di bahagian pertengahan bersama-sama Nurul, Zul, Arab dan lain2. Kumpulan kami tidak terlalu cepat, dan tidak terlalu lmbat, kami menunggu antara satu sama lain. Dalam keadaan sekarang, bagi aku teamwork amatlah penting dan kata-kata semangat antara kumpulan. Kami dikehendaki untuk memanjat batu batuan dengan menggunakan tali. Pada peringkat tu, kekuatan diperlukan. Langkah demi langkah aku susuri bersama team aku, tibalah kami di pondok terakhir sebelum tiba dipuncak gunung kinabalu iaitu Pondok Sayat Sayat. Pada waktu itu, jam baru menunjukkan jam 330pagi. Kata tour guide kami tue, pendaki2 dikehendaki smpai sebelum jam 5pagi, klau tidak pintu pondok itu akan ditutup. Kami berehat seketika disitu, makan2, minum2. Kumpulan kami tiba agak awal di pondok tu. Pemandangan disitu agak sayup2 je, tapi yang cantik waktu tu dapat tengok team-team lain yang sedang menuju ke atas dengan suluhan head lamp masing2. dah nampak macam askar tengah beratur ramai2 masuk hutan je. Kesejukan kat kawasan tu mmg takleh nk gambarkan la. Setelah menikmati rehat untuk seketika, kami meneruskan perjalanan, perjalanan kali ini amat memeritkan kerana angin mula bertiup, pendakian kami dibantu dengan tali2 yang menyusuri perjalanan kami untuk tiba di puncak. Nak dijadikan cerita, ketika rehat pada satu tempat tu, aku telelap untuk seketika. masa tu aku duduk jauh skit dari kumpulan aku hingga dieorg tak sedar aku ada disitu dan aku ditinggalkan oleh dieorg. Aku sedar2 je, aku dah tak nmpak dieorg. haha, padan muka! Dengan cuaca yang masih gelap, cuma cahaya dari bulan dan head lamp je membantu aku untuk menyinari perjalanan waktu tue. waktu tu aku jalan sorang2, bersama-sama aku hanyalah team-team dari luar negara waktu tu. itu tak menjadi penghalang untuk aku. aku teruskan perjalanan. Tiba di signboard terakhir sebelum tiba dipuncak gunung, iaitu 1km terakhir. aku teruskan perjalanan, lama kelamaan aku jumpa balik team aku. haha. puncak gunung kinabalu dah pun berada didepan mata, cuma aku perlu daki batu batuan kat situ untuk smpai ke puncak. sinaran matahari baru nk keluar waktu tu. aku masih lagi on time, tak terlalu awal, tak terlalu lewat. aku tiba dipuncak gunung kinabalu jam 6.00pagi. dari 30 peserta yang mendaki, hanya 18 peserta yang tiba dipuncak. wah, bangga yang teramat. tak sangka jugak la aku dpat tiba di puncak 4.095kilometer tue. perasaan mmg takleh nk gambarkan waktu tue, syukur alhamdulillah. cuaca waktu tu adalah 5 darjah celcius. nasib baik waktu tu cuaca elok, dapat tgk matahari terbit atas puncak tertinggi kat asia tenggara. aku mendaftarkan diri aku pada ketua guide ktorg utk mengesahkan aku tiba di puncak, masih ada team kami yang belum tiba waktu itu. hehe. saat saat ni mmg aku takkan lupakan dalam hidup aku. kepenatan tadi semua hilang smpai kat puncak. aku ambil handphone kemudian call la ibunda tercinta, coverage clear je kat sane. Nak call kawan2, battery dah low plak time tue, cuma dpt sms je la waktu tue. aku menikmati keindahan cipataan tuhan kat atas puncak gunung kinabalu dalam 10-15minit je, sebab tak tahan dengan sejuk dan perlu banyakkan bergerak untuk elakkan cramp dan cepat letih. setiap panorama indah aku abadikan dalam gambar2 yang dpat ditangkap. Waktu untuk turun, aku ikut tour guide dan beberapa peserta yang lain. sesiapa yang nak mencuba aktiviti via ferrata dikehendaki tiba di pondok sayat2 sebelum jam 8pagi. aku fikir2kan,aku nak menghabiskan masa dipuncak
 |
Bersama dengan Tour Guide untuk
mengesahkan dah sampai puncak |
gunung lebih lama dari memaksa diri untuk tiba di pondok sayat2 lebih awal. ingatkan turun lagi senang, tapi susah. dalam perjalanan turun, team kami agak main2 rasenye, byk behenti, borak2. kami tiba kembali di laban rata jam 10pagi sama waktunya dengan team yang join via ferrata tue. tiba je di laban rata, kami disajikan dengan sarapan pagi. kami dikehendaki bersiap2 dan berkemas untuk turun ke timpohon gate pula. lepas je makan, aku ambil masa untuk tidur seketika. 11.30pagi semua dikehendaki turun, ke timpohon gate. aku dan beberapa orang yang lain tuun agak lmbat untuk selesaikan beberapa urusan dan sesi fotographi bersama banner program. Ramai yang tak bergambar sebab dieorg turun lebih awal. Kami mula bertolak turun jam 12.00tghari. Aku mengambil masa 3jam 45minit untuk tiba di timpohon gate. Sungguh memenatkan, tapi ianya amatlah berbaloi. Kepenatan itu satu kepuasan untukku. Aku bukanlah orang yang terakhir sampai, sesudah tiba ti timpohon gate, aku perlu persiapkan diri dan kemaskan diri. Mandi serba sikit, lunch kemudian ambik masa untuk meinikmati keindahan di taman negara kinabalu untuk kali terakhir sambil menunggu rakan2 lain tiba. Jam 6 petang, kami berangkat ke Kota Kinabalu. Perjalanan mengambil masa hampir 2jam. Sepanjang perjalanan, kabus tebal meliputi persekitaran. Hajat dihati takmo tido dalam bas, last2, tido jugak. haha. Terjaga je sampai di Kota Kinabalu. Lokasi seterusnya adalah Restoran Kampung Nelayan. Kami disajikan hidangan
 |
| Makanan yang disajikan di Restoran Nelayan |
yang enak2 dan persembahan2 kebudayaan yang menarik. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Shangri-La Hotel untuk bermalam. Macam biasa, aku ditempatkan satu bilik dengan Safuan. Bilik yang best dan view Kota Kinabalu. Terbaeklah. Seleas check in, kemas barang, bersiap dan solat, aku safuan dan nurul amik peluang untuk berjalan sekitar bandar kota kinabalu. terdapat pasar malam sekitar pasar filipine. kami berjalan kaki untuk ke sana. sengal2 kaki dah mula terasa. haha. tapi tak kesah la, asalkan boleh jalan2 pusing KK. Seperti yang dihebah2kan oleh nisyam, aku mesti makan sayap ayam. aku pon cari la sayap ayam. ok la rase die, lain cam kat semenanjung. kami berangkat pulang ke hotel jam 12tghmalam untuk menikmati rehat yang secukupnya.
31 Disember 2009 - Seawal jam 6 pagi, kami dah pun bersiap kemas, mandi, solat kemudian menikmati sarapan pagi. aku dah pun siap2 barang untuk check out terus sbb lepas je breakfast, kami akan meneruskan ke lokasi seterusnya untuk shopping. hehe. Kami ke Pasar Filipine dan 1Borneo. Banyak jugak la barang yang dibeli. Jam 2pm, kami bergegas ke Airport untuk pulang ke semenanjung. Flight kami pada jam 450ptg. Satu kejadian yang tak dapat aku lupa kat airport kk tu adalah waktu aku hampir2 kehilangan wallet yang dalam tu ada duit, atm, dan dokument2 penting yang lain, naseb baek flight tiket dan ic ada ngan aku. waktu tu aku nak buang air besar, faham2 la klau nk membuang tu kene la bukak sluar semua. aku kluarkan la wallet dan handfon kat luar. tgh2 membuang tue, announcement utk flight dah pown dipanggil. apa lagik, cam gelabah la kejap, pakai2 sluar, aku terlupa pasal wallet, sbb wallet tu aku letak kat atas tempat letak tisu. tinggalkan wallet camtu, then aku kluar cari member2 yang lain. tgh2 beratur tu, aku terperasan wallet aku takde, aku tinggalkan beg, then ke toilet, tgk wallet dah takde. perghhh. perasaan tu dah tak tau nak cakap pe, memang la aku boleh naek flight sbb tiket ngan ic ada ngan aku, tp byk bende2 penting dalam tue. aduh. aku terserempak ngan sorang abg nie, die tgk aku cam mennggelabah semacam je, then die tegor aku die tnye ada hilang wallet ke, aku pon ckp la ye. die cakap wallet aku ada kat pak gaurd yang check in masuk kat tempat berlepas tue. aku pown ke sana la terus. kene lak soal ngan pakgaurd tue, aku tak ckp byk kuarkan ic , terus die kasi wallet tue. pastu bergegas beratur balik kat pintu masuk. fuhh... legaaa... aduii... buat hal btol la time camnie. alhamdulillah semua selamat. Kami tiba di LCCT jam 7malam. Sampai je terus call driver mmu yang akan amik aku nnti, die ckp die dah 30minit tunggu aku. Aku pown terus la g tunggu beg. Beg plak lambat masuk, dalam 30minit jugak la kene tunggu waktu tue. Kesian plak kat pakcik yang amik aku tue. Apa bleh buat kan. Lepas amik beg, ada taklimat peserta untuk kali terakhir, then salam2 ngan semua. Serius, trip ni memang best, walaupun semua yang join ni semua kawan2 baru. Best satu lg sebab semuanye percuma. haha. Aku pon call skali lg pakcik yang amik aku tu, die ckp die akan amik aku btol2 kat entrance masuk. Aku dah terasa cam VIP plak time tue, die datang dengan perdana v6, kluar angkat beg sume. tp takde la aku duk belakang cam vip, cam kurang ajar plak kan. Sampai je MMU dalam kol 8... legaaa... semua dah selesai. Malam tu apa lagi, new year sudah..... Memori naik Gunung Kinabalu ni memang aku takkan lupa sepanjang hidup aku, dan aku dah berazam untuk naik lagi jika diberi peluang. Bagi aku Gng Kinabalu memang cantek yang amat, Allah Maha Besar, die cipta semua yang indah2 kat muka bumi ni.
Selamat menikmati gambar-gambar yang disediakan untuk tatapan anda sekalian.
 |
| Bersama Bendera MMU kebanggaan... Hehe |
 |
| Bersama Nurul |
 |
| Terbaek wok! |
 |
| Lihatlah duniaa... |
 |
| Tempat penginapan kami di Laban Rata |
 |
| Sebelum meninggalkan Laban Rata |
 |
| Selamat tiba di Timpohon Gate |
 |
| Hotel tempat kami menginap |
 |
| Restoran Kampung Nelayan |
 |
| Makan-makan |
 |
| Inilah bukti yang kami dah tawan Gunung Kinabalu |
Wassalam....