Monday, October 29, 2007

Kecantikan Lelaki Dan Kegagahan Wanita

Anugerah allah ternyata amat indah... jika dihargai dengan sebaiknya..

Bagaimana yang dikatakan lelaki itu "Cantik"... dan bagaimana pulak yang dikatakan wanita itu "Gagah"?? Cuba kita fikirkan ...

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,walaupun setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada walaupun dlm konflik tak berkesudahan
5) Lelaki yang baik sangka dan senantiasa memikir utk kebaikan.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa..jauh sekali mengeluh berkali2..

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Dan keseluruhan kecantikan itu ada pada Nabi Muhammad dan ianya adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW :"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71 Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

Semoga ianya dapat memberikan sedikit panduan :-D.

Macam-macam topic…

Assalamualikum semua, udah lama juga rasenye x update ini blog. Agak malas tuk menaip lately. Hehe. Knape topic post kali ni macam-macam topic? Disebabkan lama x update la macam2 yg nk diceritakan tuk kali ini. Tuk post ni, dier ader sub-topic camtu la. Hehe. Okela, nk mulakan topic pertama dah nie. J

Erti Sebuah Aidilfitri

Raya, raya, raya… sekarang ni mungkin kita semua dalam mood raya lagi kan. Bagiku maksud aidilfitri tu sendiri terletak pada diri umat islam masing2 la kan. Aidilfitri ni bukan hanya bermaksud sebuah kemenangan untuk umat islam yg dah berjaya memunaikan tanggungjawab sebagai seorg umat islam dengan berpuasa dan melakukan ibadat2 yang telah disunatkan di bulan ramadhan, tapi bagiku aidilfitri lebih dari segala-galanya. Inilah masa untuk kita menginsafi diri kita juga, untuk mengenangkan org yang dah tiada. Ini juga masa untuk kita semua memohon ampun dan maaf dari semua org, yang ada bersengketa tue, berbaik2lah. Yang dah buat salah silap tue, mintak la maaf ngan semua. Yang belum memaafkan org tue, maafkanlah, sedangkan Nabi Muhammad maafkan umatnya, inikan kita, hanya manusia biasa. Raya tahun ni, aku beraya di Besut, rumah nenek sebelah mamaku. Raya ke dua di kota bharu plak umah nenek sebelah abahku. Aku berkesempatan untuk menziarahi kubur arwah ayah ki dan tok ayah. Al-fatihah. Banyak rumah jugak la sempat aku dan family berkunjung tahun ini. Perut pown penuh la time nie. Kat kota bharu, buat kali pertama dapat beraya ngan kenkawan dari mmu. Hazwan, Shakir, ngan Sha. Hehe. Seronok gak la raya kali ni, walaupun ramai jugak saudara mara aku yang tak balik. Duit raya? Hmmm.. Duit raya ku kali ini tak la semeriah dulu, dah besar kan. Raya tahun ni jugak kali pertama dapat kasik duit raya kat adik2. hehe. Di kesempatan ini, aku nk ucapkan selamat hari raya aidilfitri sekali lagik kat semua… post sebelum ni dah ucap, tap ink ucap lagik. Hehe. Maaf zahir dan batin yerk.


New Staff…

Setelah hamper 3bulan tidak mempunyai handphone sendiri, alhamdulillah aku miliki jua phone idaman aku SE W850i. Hehe. Really thanks to my dad bcoz bought me this phone. Iam really appreciate it. Goodbye Motorola V3x… entah mana la phone aku tue. Mungkin aku dpt agak siapa yang ambil/curi phone aku tue, tp biarkan je la, aku takmau tuduh sesiapa, itu Cuma andaian aku sendiri setelah mengkaji dan menggunakan beberapa formula untuk mengesan phone tersebut. Hehe. Sekarang, biarlah antara die dengan Allah. Untuk phone baru ini, aku akan jaganya sebaik mungkin. Inilah phone ke dua pemberian abah aku, dan phone ke lima aku. 3315 > 3100 > 3230 > V3x > W850i. phone pertama aku, 3315, aku dah jual kepada kwn aku semasa di teknik, Arwah Azizul Rahim. Phone ke 2, 3100 masih lagi sehat hingga ke hari ini. 3230, hadiah pertama abah aku sbb dpt keputusan yg baek semasa 1st sem diploma, phone yang agak byk masalah. Abah aku dah jual phone tu. Huhu. Phone ke 4… tak usah diceritakan lagik, Hilang. Now, iam using SE W850i. Sangat berpuas hati dengan function yg ade. Hehe. Pertama kali menggunakan Sony Ericsson, ternyata tiada hang seperti Nokia.

Degree…

Syukur alhamdulillah, result diploma to degree already out. Tanggal 5Nov ni, aku akan melangkah satu lagik level dalam pelajaranku. Bachelor Electronic Engineering Majoring in Microwave and communication is my choice. My new id number is 1071119447. Sama cam diploma, nama aku berada dibwh nama fazlee, dan diatas nama faiq. Huhuhu. Id pun lebey kurang je. Untuk degree, aku harap semuanya berjalan lancar sama seperti diploma. Walaupun aku taw degree tu agak susah kalau nk dibandingkan dgn diploma, aku akan buat sebaek mungkin untuk mencapai cita-citaku. Hehe. Insyallah.

Kerje…

Beberapa hari lepas, aku mendapat panggilan telefon dari sebuah company. Silvero Media. Terkejut jugak aku tetiba die call. Dieorg memerlukan seorg pekerja, dan dieorg decided nk amik aku berkerja di company mereka. En.khairul menjemput aku ke company itu untuk melihat suasana kerja kat situ. Bagi aku oke la klau kerja kat situ, company tu tak la besar sgt, tp oke la. Siap dier dah sediakan tempat tuk aku lagi. Tapi, memandangkan masa tu dah lewat untuk aku bekerja kat situ, aku memilih untuk smbung blaja terlebih dahulu. Klau diikutkan memang la pelung kat depan mata, tp peluang degree pu kat depan mata gak skrg nie. Huhu. Takpe lah, aku percaya, kalau ada rezeki, tak kemana pun. Jika aku diberi 2 bulan lagi sebelum smbung degree, mungkin aku dah bekerja dengan company tersebut. Hehehe.

Blog…

Semakin hari, minatku untuk berkarya di blog semakin berpudar. Hanya setakat berminat untuk membaca blog2 rakan2 blogger yang laen sahaja. Entah la kenapa, bagiku, berblog hanayalah luahan hati seseorg blogger dialam maya menceritakan peristiwa yang berlaku dialam reality. Selepas ini, mungkin aku akan bertukar kepada wordpress pula. Account dah ader, Cuma belum berkesempatan untuk menggunakannya sahaja. Untuk blog yang selalu aku kunjungi semestinya blog2 yang tersenarai di Link Blogger di sebelah. Tetapi fav blog aku of course la blog khai www.khai.scukz.com. Byk info yang aku dpt dari pembacaan di blog dier. Sgt menarik. Hehe. Keep up a good work khai!! Kali ni, blog aku bertukar banner lagi, sekarang masih dlm mood Upin & Ipin dan Program Angkasawan, so banner aku pun bertukar mengikut citarasa dan peredaran zaman, cewah…

stakat ini sahaja saya berkarya kali ini... see u next time...

Tuesday, October 09, 2007

Kad Raya




assalamualaikum semua... untuk tahun ini, aku tak sempat untuk mengepos kad raya, sorry bebyk, disebabkan ke-busy-an kerja yang tak menentu. so aku gunakan kemudahan internet sahaja. thanks kepada org2 yang sent kad raya kat aku... mekasih bebyk...