Saturday, June 30, 2012

Hangover Bali (Day 2)

Day 2 - 10 June 2012 - Sunday
Kuta Beach

Bangun pagi, gosok gigi, mandi, solat, siap2. Around 815am, gather kat cafe house hotel untuk breakfast. Beberapa pilihan makanan yang disediakan, tapi tak tau la apa yg aku boleh makan. (in term of halal food). Nasi or Mee mmg dah bukan pilihan aku dan yang lain, sbb sah2 ada ayam kat dalam tue, so pilihan aku scramble egg, pan cake, orange juice and coffee. Ingatkan scramble egg die kosong die, padahal ada ham/chicken/?? tak pasti lah ada dia, so kiteorg rejected je terus. Terpulang atas individu untuk menilainya. 
Breakfast at Bakung Sari Hotel
So lepas breakfast, kami ke lobby hotel untuk menyewa speedo motor (Motosikal). Sewa untuk sehari  (24jam) hanyalah RP50000. Just letak no bilik, dan no lesen malaysia, anda boleh bawak motor di Bali. Hehe. Petrol kat sana RP5000 je kot sebotol (kalau tak silap la). Motor dah settle, apa lagi, jom jalan2 bandar Kuta. 
Speedo Motor
Destinasi pertama kami adalah BSO, Bali Surf Outlet. Berpandukan map kecik yg diberi oleh receptionist hotel, kami redah jalan di Kuta tue. Ada 3 - 4 bijik outlet sepanjang jalan yang kami lalui. Satu-satu singgah, tap satu pon tak beli sbb semua saving untuk hari last. haha.   
Bali Surf Outlet
Dalam Jam 11 pagi, kami plan ke destinasi seterusnya, Atticus Store (tiada di Malaysia). Aku dan amir (satu motor) Faiq dan Gemok (satu motor), memandangkan faiq dah exited untuk ke kedai yang di impikan tu, aku hanya mengikutnya dari belakang. POM! Motor dah goyang, demn, tayar pancit. Faiq dah laju kat hadapan. Hadoi. Aku mencari inisiatif untuk mintak tolong orang kat sana untuk pinjamkan phone untuk telefon brother motor ni, tapi hampa, semua tak nak tolong. Then cari kedai phone berdekatan, beli sim card yg paling murah untuk lepaskan dapat call brother motor dan contact faiq je. Lepas sejam, baru brother motor tu datang dan tukarkan motor baru. Dapat SMS faiq cakap kat kedai Atticus, naeb baik die kasi direction skit2, tapi main redah je lah. Jumpa balik kat kedai Atticus. Demn! Mmg harini berjalan untuk cari kedai2 yg takde kat Malaysia je la. Dah penat pusing2, lepak2 di Starbuck kejap. Compare harga kat sana dan malaysia lebih kurang je. Rasa pon sama. 
Sambil2 pusing jalan2 kat Bandar Kuta, amik kesempatan untuk beli sim card untuk guna kat iphone. Senang nak berhubung dan pakai plan data untuk main Facebook Twitter 4square. Hehe. Agak murah la, RP60000 untuk penggunaan sebulan, dalam RM20+- Malaysia je. Dah penat jalan2, petang tu singgah di Pantai Kuta. Cantik dan bersih, tak macam pantai kat Malaysia Kotor! Petang tu just lepak2, amik2 gambar je. kat sini mmg tempat org surfing, mmg ramai yang surfing. Sayang gile tak dapat nk surfing kat sini, sbb tentative dah penuh. Next time maybe. :). Kalau lepak kat sini, jaga2 dengan makcik-makcik yang jual barang, sebab dia akan paksa kita beli barang sampai kita beli. Contohnya macam si gemok kene. Sorrylah makcik, makcik goda macamana pon, saya tak layan. Makcik tu siap nak offer urut2 kaki la, apa la. At least makcik2 ni usaha untuk cari duit, lagi bagus daripada orang2 yg mintak sedekat kat tepi2 jalan yang belambak kat Malaysia nie. Jam menunjukkan jam 5petang. Planning asal untuk ke Uluwatu untuk melihat matahari terbenam, tapi memandangkan jarak perjalanannya mengambil masa 1jam, dan tak tahu jalan, kami decide untuk balik ke hotel untuk berehat kejap dan sambung berjalan pada malam hari. :P 
Sampai hotel, plan nak mandi  pool kat sana, amir n gemok teruskan dgn plan tu dulu sementara aku ngan faiq pegi BSO balik untuk beli barang. Balik dari BSO baru terjun pool kejap. Lepas siap2 mandi n rehat, siap2 untuk keluar. Amir dah plan dengan member die yg kerja kat sini untuk lepak dan bawak tmpat makan best2.  Then kiteorg gerak ke McD pantai kuta (dah pro dah jalan waktu nie), jumpa Man dan kawan dia kat sini. Just lepak2 jap cerita pasal dunia Telco kat Bali ni, then die bawak ke kedai makan. Dah lupa apa nama kedai tue. (will update soon kalau ingt).  Lepas makan.... to be continue.... 

Kuta Beach

Makcik2 sedang memaksa2 untuk membeli kraftangan beliau.
XL Axiata, emergency sim card.

Blue Panic - Got Macbeth Shoes here!

Kuta Beach

Kuta Beach


Kuta Beach
Surf Discovery

Speedo Motor ke dua. PINK!

Atticus Store

Supper at KFC Pantai Kuta
TELKOM SEL - Flash Unlimited Usage. RP60000

Ke pantai kuta untuk lepak2 tengok night life kat sana. Lepak kat KFC Kuta, sajian utama KFC kat sana WAJIB ada Nasi. Memang dah trend kat sana kot. Supper kat KFC je lah malam tue. Around 12am, balik ke hotel untuk tidur. Esok perjalanan yang jauh akan menanti kami. Hehe



Sunday, June 24, 2012

Hangover Bali (Day 1)

Day 1 - 9th June 2012 - Saturday

Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Flight kami pada harini pada jam 5.50pm. Aku, Faiq dan Faris (Gemok) bertolak dari Kinrara pada jam 4ptg, sudah agak terlambat sebenarnya, tapi apa boleh buat, aku hanya menumpang mereka. Syukur sbb sampai di LCCT jam 5pm. Amir dah tunggu kat sana. Just nicelah sbb tunggu turn untuk letak bag je, self check in dah buat awal2. Flight kami pada petang sedikit lewat, 620pm camtu kot baru flight gerak. Perjalanan mengambil masa 3jam. So, dalam flight tidur jer lah, sambil2 tu, snap gambar dari luar untuk hilangkan bosan. :) 

900pm, tiba di Denpasar International Airport. Pak Putu, dari Bagus Travel sedang menunggu kami di pintu luar airport. Kami telah mendapatkan perkhidmatan beliau sepanjang 2 hari disana, selebih kami hanya menggunakan perkhidmatan motorsikal disana. Pak Putu membawa kami ke Bangku Sari Hotel. Hotel yang telah kami book seminggu sebelum ke sini dengan menggunakan Agoda.com. Setelah tiba di Hotel, kami selesaikan urusan pendaftaran. FYI, di Bangku Sari Hotel, bilik Superior adalah Bilik Biasa dan Bilik Standard adalah Bilik Luar Biasa. Hahaha. Maksud aku, bilik standard lagi better dari bilik superior. Aku dan amir duduk bilik standard, faiq dan Gemok di bilik superior. Apa boleh buat, orang yang book bilik dah mintak bilik superior, aku ngan amir mengalah je lah, tapi kiteorg plak dapat bilik yang ok. hehe. Masing2 balik ke bilik dan bersiap. Semua dah lapar, dan lepas bersiap, terus mencari kedai makan. Kami dah pun di-suggest-kan oleh Pak Putu untuk makan di satu restoran berdekatan dengan hotel, Nasi Pedas (tak ingt nama kedai). Sampai je kedai tu, masing2 pilih lauk, Macam nasi berlauk kat Malaysia gak la. Nama pon nasi pedas, mmg pedas la. Aku rasa agak costly kot, sbb nasi + ayam + telur + teh botol + aqua = RP25000 = RM8++. Tapi, layankan sahaja, sbb itu je yang ada dan Halal! Kat Bali ni kene memilih skit bab makan, sbb tak ramai muslim kat sini. So pandai2 la yer. Lepas je makan, kami jalan2 kawasan hotel dan ternampak plak gerai murtabak dan terang bulan. Terang Bulan ni sebenarnya Apam Balik, kat sana panggil terang bulan. Ada la diorang beli sikit tuk rasa dan tuk back up makanan malam nie. Sampai je hotel, dapatkan perkhidmatan wifi, untuk online kejap, then balik hotel untuk rehat dan ready untuk perjalanan esok. 

Pasport and Boarding Pass

Sepang Gold Cost

Welcome to Bali!

Quiksilver!

Denpasar Airport

Nasi Pedas
Murtabak. Tengok Minyak dia pakai... haha
Denpasat International Airport

Terang Bulan in the making. :)
Bakung Sari Hotel - Standard Room