Day 1 - 9th June 2012 - Saturday
Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Flight kami pada harini pada jam 5.50pm. Aku, Faiq dan Faris (Gemok) bertolak dari Kinrara pada jam 4ptg, sudah agak terlambat sebenarnya, tapi apa boleh buat, aku hanya menumpang mereka. Syukur sbb sampai di LCCT jam 5pm. Amir dah tunggu kat sana. Just nicelah sbb tunggu turn untuk letak bag je, self check in dah buat awal2. Flight kami pada petang sedikit lewat, 620pm camtu kot baru flight gerak. Perjalanan mengambil masa 3jam. So, dalam flight tidur jer lah, sambil2 tu, snap gambar dari luar untuk hilangkan bosan. :)
900pm, tiba di Denpasar International Airport. Pak Putu, dari Bagus Travel sedang menunggu kami di pintu luar airport. Kami telah mendapatkan perkhidmatan beliau sepanjang 2 hari disana, selebih kami hanya menggunakan perkhidmatan motorsikal disana. Pak Putu membawa kami ke Bangku Sari Hotel. Hotel yang telah kami book seminggu sebelum ke sini dengan menggunakan Agoda.com. Setelah tiba di Hotel, kami selesaikan urusan pendaftaran. FYI, di Bangku Sari Hotel, bilik Superior adalah Bilik Biasa dan Bilik Standard adalah Bilik Luar Biasa. Hahaha. Maksud aku, bilik standard lagi better dari bilik superior. Aku dan amir duduk bilik standard, faiq dan Gemok di bilik superior. Apa boleh buat, orang yang book bilik dah mintak bilik superior, aku ngan amir mengalah je lah, tapi kiteorg plak dapat bilik yang ok. hehe. Masing2 balik ke bilik dan bersiap. Semua dah lapar, dan lepas bersiap, terus mencari kedai makan. Kami dah pun di-suggest-kan oleh Pak Putu untuk makan di satu restoran berdekatan dengan hotel, Nasi Pedas (tak ingt nama kedai). Sampai je kedai tu, masing2 pilih lauk, Macam nasi berlauk kat Malaysia gak la. Nama pon nasi pedas, mmg pedas la. Aku rasa agak costly kot, sbb nasi + ayam + telur + teh botol + aqua = RP25000 = RM8++. Tapi, layankan sahaja, sbb itu je yang ada dan Halal! Kat Bali ni kene memilih skit bab makan, sbb tak ramai muslim kat sini. So pandai2 la yer. Lepas je makan, kami jalan2 kawasan hotel dan ternampak plak gerai murtabak dan terang bulan. Terang Bulan ni sebenarnya Apam Balik, kat sana panggil terang bulan. Ada la diorang beli sikit tuk rasa dan tuk back up makanan malam nie. Sampai je hotel, dapatkan perkhidmatan wifi, untuk online kejap, then balik hotel untuk rehat dan ready untuk perjalanan esok.
 |
| Pasport and Boarding Pass |
 |
| Sepang Gold Cost |
 |
| Welcome to Bali! |
 |
| Quiksilver! |
 |
| Denpasar Airport |
 |
| Nasi Pedas |
 |
| Murtabak. Tengok Minyak dia pakai... haha |
 |
| Denpasat International Airport |
 |
| Terang Bulan in the making. :) |
 |
| Bakung Sari Hotel - Standard Room |
No comments:
Post a Comment