Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Dah lama jugak aku tak update blog nie. Kali ni aku nk menghabiskan masa aku dengan berblog (kalau ada masa la). 10 Mac 2011 adalah masa yang paling aku tunggu2, iaitu utk menonton Hikayat Merong Mahawangsa (HMM). 3 Hari sebelom tayangan, aku dah beli tiket melalui online. 11 tiket sekaligus beli. Main redah je la, sapa nak amik. Ternyata, tak smpai pon hari tayangan lagik, hall dah pon full. Review pasal filem yang aku nanti2kan nie, tenyata mantap. Tapi apa yg aku expect dari filem nie adalah lebih tinggi dari apa yang aku lihat. Mungkin aku expect 4.99/5bintang, tapi aku rasa 4.5/5 bintang je.
1. Penceritaan
Bagi aku penceritaan die bagus, cuma ada part yang kurang skit, maksud aku bosan. Tapi tu la, ni filem epik atau boleh dikatakan lagi cerita sejarah, so kalo nk expect lebih pon tak boleh la. Penceritaan oke la, tapi aku tak brapa faham skit bab tahyul atau sihir2 nie. Adakah sejarah langkasuka @ garuda berdasarkan amalan sihir? sihir die pulak bukan calang2. Bab tu aku tak berapa tahu sangat, tapi dari sejarah merong mahawangsa tu aku faham la. Hehehe.
2. Graphic
CGI kat malaysia ni walaupon takde la baru sangat dan takde la lama sangat, graphic die boleh dikatakan mantap la untuk filem malaysia. walaupon ada beberapa cacat cela skit, terutama kat sampan2 askar2 garuda yang kene bakar oleh merong dengan pantulan cahaya matahari tue. apa salahnya kalau bakar terus sampan tu, baru nampak real. hehehe. yang lain semuanya mantap!
3. Pelakon
Pemilihan watak2 utama memang terbaek! semuanya kene dengan watak dorang. Stephen rahman mmg pemilihan yang terbaek untuk watang merong. EMBOK! serious umi nazera nampak hot! natural beauty die terserlah. khir rahman pon menjadi. cuma kenapa watak jehan miskin cuma ibarat watak biasa, kalau ada sedikit dialog untuk die mungkin lagi best. Pelakon2 extra - askar2 die agak kurang skit, sebab askar2 ada kurus keding, ada gemok, kalau amik yang badan sedap2 skit baru nampak mantap skit team askar2 tue. hehehehe.
4. Bahasa
Penggunaan Bahasa Inggeris oke la, macam tak terperasan plak ni filem malaysia. hahaha. Penggunaan bahasa melayu die plak puitis sangat, sampai susah nak faham maksud yang cuba disampaikan. Tapi yusry kru dah tukar 17 kali script die kan. so rasanya inilah yang terbaek.
Overall, bagi aku inilah yang dinamakan FILEM! Bukan macam "filem" lain kat malaysia ni yang mengangkat filem mereka sebagai filem, tapi sebenarnya kat tahan TELEMOVIE sahaja. Well DONE KRU! Keep up a good work! Serius mantap! Rugi sape tak tengok!
Sekian. :)

