Monday, August 30, 2010

Disebalik Secangkir Kasih 2

Assalamualaikum...

Banner Secangkir Kasih 2
Pada Sabtu lepas 28/8/2010 bersamaan 18 Ramadhan 2010, Sekretariat Rakan Muda Multimedia University telah mengadakan sebuah program bersama anak-anak yatim. Program ini bertujuan untuk mendekati dan menceriakan anak-anak ini pada bulan ramadhan dan juga berbuka/berterawih dan beramah mesra dengan mereka. Aku tidak ketinggalan untuk mengikuti program ini. Untuk pengetahun semua, program ini adalah kesinambungan bagi Secangkir Kasih 1 yang telah diadakan pada tahun lepas. Untuk program kali ini, Rumah Amal Kasih Bestari, Kg Melayu Subang.
Taklimat dari penjaga rumah

Seramai 44 orang mahasiswa dan mahasiswi telah mengikuti program ini. Kami berangkat dari MMU ke rumah amal tersebut pada jam 4ptg dan smpai jam 5 petang. Setibanya kami disana, kami disambut oleh tuan rumah dengan sedikit ucapan. Kemudian disusuli dengan solat asar berjemaah. Selepas solat asar dijalankan, program bersama anak-anak yatim dimulakan dengan suai kenal kemudian bermaian beberapa permainan yang dapat mencuri hati anak-anak kecil ini. Terlihat gelagat riang mereka. Apabila menyebut anak2 yatim, aku akan tersentuh apabila terkenangkan kepayahan hidup dan perjalanan hidup mereka. tiada ayah, dan mungkin tiada ibu. ada juga anak2 ini dari golongan fakir miskin. Hanya sedikit masa dan ruang yang aku berikan untuk mereka. 

Apa yang cuba disampaikan oleh adik ini...?
Permainan sedang dijalankan
Ini kumpulan kami...

Terdetik dihati ni untuk membantu mereka apabila sudah berjaya nanti. Apabila permainan tamat, sesi memberi sumbangan dan ucapan oleh director program, cik shaniza telah dijayakan dengan sempurnaya. Diharap sedikit sumbangan yang diberikan oleh pihak kami sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak ini bagi meneruskan kehidupan mereka. Program diteruskan dengan berbuka puasa (kuih muih, kurma dan air), solat maghrib berjemaah dan kemudian makan-makan (nasi tomato yang sgt sedap). Kalau nk cakap bab makan untuk program kali ini, agak mewah dan agak byk kuantitinya. Memang superb dan sgt berpuas hati dengan makanan yang ditempah. Selepas menikmati hidangan, kami meneruskan program dengan solat isyak dan terawih berjemaah. Selesai sahaja solat terawih, moreh (bubur lambuk, coctail dan etc) pula disediakan. Kami menghabiskan masa berbual dan bergelak ketawa bersama rakan2 dan anak2 yatim yang ada. Pada malam itu, program tamat pada jam 11malam. Sebelum pualng, sempat bersalaman dengan anak-anak yatim disana. Diharap program sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang. :) Wassalam.

Solat Berjemaah
Mendegar arahan dari penganjur
Adik yang baju orange tu pernah join Secangkir Kasih 1
di Puchong tahun lepas.
Semua yang menjayakan Secangkir Kasih 2 :)

Saturday, August 28, 2010

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita.
Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ‘ kan ? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.
Beware (berhati2) apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” .
Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya.. ~

Thursday, August 26, 2010

Secangkir Kasih 2

Assalamualaikum wbt muslimin & muslimah, 



In honour of Ramadhan, Sekretariat Rakan Muda is organizing Secangkir Kasih 2 -a trip event to an orphanage. This will be your chance to experience breaking fast with the orphans &to enjoy lots of activites planned! Don't miss this opportunity to mingle with the children! We will also perform Terawikh prayers together. 



The event details are as follow:




Date : 28th of August 2010 / 18 Ramadhan 1431 Hijrah
Time : 4.00 pm - 11.00 pm
Venue : Rumah Amal Kasih Bestari, Kg. Melayu Subang 
Fees : RM 10 for SRM members, and RM 15 for non-members
(include foods and donation for the orphans) 


If you are interested to join us, please do hurry to register yourself with your Full name and Id.

Seats are limited to 50 participants ONLY & are served in a first come first serve basis!

For those who are interested to make any charity or to give sincere donations either in cash or in any kind intended such as clothes, toys, books or unused items, do contact us. We appreciate your support. Thank You.

JOM BELI BARANG RAYA@PUTRAJAYA (JUALAN TERUS DARI KILANG)




Gambar sebagai hiasan. :)

Peluang baik kepada mereka yang masih belum melakukan persiapan untuk ‘shopping’ sempena hari raya nanti. Semasa semak email tadi sempat membaca satu email daripada kenalan yang diedarkan melalui Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan ini mengenai aktiviti warehouse sales sepanjang bulan ramadan ni. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Jom Beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang).

Pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa dan mampu menepati citarasa dan keperluan individu.

Antara jenama-jenama produk yang dijual dalam jualan terus dari kilang ni adalah Nike, Adidas, New Balance, Decellini, Arnold Palmer, Van Heusen, Polo Club, Snails, Jeep, Bebe Homes, Colours, Polka Dots, Disney Pooh, Baby looney Tunes, Panasonic, Bill Keith, Camel, Larrie, Crocodile, Nokia, Samsung, Nikon, Sony dan banyak lagi.

Jom Beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang) akan di adakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh            : 25 Ogos hingga 29 Ogos 2010 (Rabu hingga Ahad)
Masa             : 10 pagi hingga 10 malam
Tempat          : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadan)

Sehubungan dengan itu, dalam usaha menjayakan penganjuran acara ini  orang ramai  dijemput untuk berkunjung ke tapak program sepanjang tempoh berlangsungnya acara tersebut..
.
.
.
.
Mode shopping raya sudah datang, apa lagik...? haha. harap-harap sale ni tak mengecewakan macam Megajaya raya Sale kat PICC haritue. :)

Wednesday, August 25, 2010

Fiber Optic Communication for High Speed Broadband Technology

Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera

Fiber Optic Communication for High Speed Broadband Technology”, sebuah program yang akan dianjurkan oleh pihak Iskandar Region Development Authority (IRDA), khas bagi graduan – graduan dari Negeri Johor Darul Takzim. Butiran program adalah seperti berikut:

Penyertaan
Terbuka kepada anak JOHOR sahaja.
Yuran
PERCUMA
Elaun 
RM500.00 / BULAN
Tempoh masa
(1½ Bulan Kelas Teori + 1½ Bulan Praktikal)
Akan bermula  pada
20 September  2010
Lokasi Kelas
Senai (Tawakal Training Centre)
Sijil daripada
Fiber Optic Association (FOA) USA & Universiti Teknologi Malaysia

Lain-lain:
· Tenaga pengajar terdiri daripada indvidu mahir dari dalam industri
· Penginapan/Asrama disediakan
· Praktikal di sekitar  negeri  Johor
· Jaminan Pekerjaan selepas program. (Lebih 80% telah mendapat pekerjaan selepas latihan)
· Daftar sebelum 3 SEPTEMBER 2010.

Kepada sesiapa yang berminat, sila isi borang yang disediakan pada ruang “attachment”. Bagi pelajar Multimedia University yang berminat, borang boleh terus diserahkan kepada Nasrul (Pelatih di Significant Technologies Sdn Bhd) dan menghubungi beliau di 0132009871 atau ikh_one87@yahoo.com. Sila hubungi pihak Significant Technologies Sdn Bhd untuk maklumat lanjut. Terima Kasih.

Klik link ini untuk muat turun borang permohonan :
http://www.4shared.com/document/5mq1wgEG/iklan_IRDA.html
.
.
.
.
Greeting to all,

“Fiber Optic Communication for High Speed Broadband Technology”, one of the program organize by Iskandar Region Development Authority (IRDA). This program is special for all graduates from Negeri Johor Darul Takzim. Details of program:

Participation
Open to graduates from JOHOR only.
Fee
FREE
Allowance
RM 500.00 / MONTH
Time period
(1 ½ Month Class Theory + Practical 1 ½ month)
Will start on
20 September 2010
Class Location
Senai (Tawakal Training Centre)
Certificate from
Fiber Optic Association (FOA), USA & Universiti Teknologi Malaysia 

Others:
· Professional teachers from industrial.
· Accommodation / Hostel provided.
· Practical training around Johor.
· Guarantee after training. (More than 80% were employed after training)
· Register before 3rd September 2010.

For those who are interested, please fill out the form provided in the attachment column. Multimedia University Student can directly sent their form to Wan Nasrul Ikhwan (Trainee from Significant Technologies Sdn Bhd) and contact him at 0132009871 or ikh_one87@yahoo.com. Please contact Significant Technologies Sdn Bhd for more information. Thank you.

Click this link to download application form:
http://www.4shared.com/document/5mq1wgEG/iklan_IRDA.html

Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan

Alhamdulillah, hari ni dah pon masuk hari ke 14 Ramadhan untuk tahun ini. Semalam, semasa perjalanan dari hostel ke surau MMU, aku ada terfikir, tahun ni, dah tahun ke 3 aku berpuasa di bumi Cyberjaya ini. Rasenye macam baru semalam je masuk MMU untuk degree. Cepat gak la masa berlalu. Apa yang aku terfikir adalah kemungkinan tahun ni adalah Ramadhan terakhir aku sebagai seorang student dan terakhir di cyberjaya. Mungkin la. Insyaallah, jika semuanya berjalan lancar, May 2011 aku akan menamatkan pengajian aku dalam bidang kejuruteraan eletronik major microwave dan komunikasi. Perjalanan 3 tahun setengah aku untuk degree dah hampir berakhir, bermacam-macam liku yang aku perlu tempuh untuk menamatkan pengajian ni. Itu semua pengalaman yang takkan aku lupa. Jadi bagi ramadhan kali ni, aku sangat berharap aku dapat laksanakannya dengan sebaik mungkin. Aku juga berharap, aku dapat jadikan ramadhan kali ini antara ramadhan terbaek aku sepanjang aku bergelar mahasiswa di mmu. Itu yang aku harapkan. Kepada rakan-rakan yang memahami aku selama bersahabat dengan aku, terima kasih banyak-banyak. Untuk family tercinta, kalau takde aral melintang, tahun depan ramadhanku di terengganu, insyallah. Aku ni cakap macam aku duk kat overseas je kan, haha. Aku menulis hanyalah untuk meluahkan apa yang aku rasa. Itu sahaja. :P

Friday, August 20, 2010

HARGA BLACKBERRY DI INDONESIA MULAI TURUN. BIMBANG TELEFON ITU DIHARAMKAN KERAJAAN



Bold 9000
HARGA telefon pintar Blackberry di Indonesia dikatakan menurun secara perlahan-lahan sejak awal bulan ini, dipercayai ada kaitan dengan khabar angin kerajaan negara itu sedang di fasa akhir untuk mempertimbangkan  kemungkinan ia diharamkan penggunaanya tidak lama lagi.

Rakan yang berada di negara jiran itu ketika ini mengesahkan,beberapa model tertentu kini murah sehingga RM150, tetapi ia hanya ditawarkan oleh toko jualan tertentu di beberapa bandar besar seperti Jakarta. Sementara kebanyakan pusat jualan lain juga dikatakan menurunkan harga berkenaan di antara RM40 dan RM70.

Sebagai contoh, model Tour 9630 yang dijual biasanya antara Rp3,700,000 kini boleh diperolehi daripada toko tertentu pada harga semurah Rp3, 250,000, manakala   model Bold 9000 pula boleh diperolehi pada harga Rp3,900,000. 

Tour 9630
Trend penurunan harga bagi model telefon pintar ini dijangka menurun secara berterusan sehinggalah kerajaan negara itu membuat pengumuman sama ada mengharamkan atau tidak penggunaannya. 

Menurut rakan berkenaan, kebanyakan rakyat di negara itu percaya kerajaan terpaksa mengambil tempoh yang agak lama untuk menuruti langkah beberapa negara di Asia Barat yang telah mengharamkan penggunaan telefon itu. Bagaimanapun, semakin lama keputusan dibuat, wujud keadaan ketidaktentuan dan ia hanya akan menyebabkan penjual Blackberry bersaing dan akhirnya menurunkan lagi harganya.  

Sementara kerajaan Malaysia masih tergantung dalam membuat keputusan pengharaman atau di sebaliknya, harga telefon itu dilihat tidak banyak berubah. Ia dipercayai ada kaitan keyakinan penjual Blackberry yang Malaysia akan membuat keputusan menang-menang bagi menjaga kepentingan semua pihak yang terbabit.


Nota:
Aku hanya menunggu masa harga BB di Malaysia akan turun. Kalau dah turun, baru aku berani nak angkat. haha.

Petikan diambil dari : 
http://singalautmetro.blogspot.com/

Thursday, August 19, 2010

Internship

Internship = Practical Training = Latihan Industri. Untuk Degree aku, aku telahpun ditempatkan di Significant Technologies untuk menjalanai latihan industri kat sini selama 16 minggu bermula 31May 2010 - 17 Sept 2010. Aku diperkenalkan dengan company ni oleh Hanafi, Sha sebab waktu diploma dlo die dah pon practical kat sini. Aku dengar citer dorang cam best je. Walaupun jaraknya boleh dikira jauh jugak dari Cyberjaya, tapi dah takde placement yang lagi best boleh aku pegi, so inilah tempat yang paling sesuai ngan aku kot. Sebelum menjalani practical kat sini, aku kene dtg untk interview dlo. Tapi waktu interview tu mmg sempoi abis la, simple gile, cam borak2 je. Automatic aku dpt placement kat sini. Aku bgtaw yang aku mintak ke arah calibration, walaupun waktu tu takde la aku faham sgt calibration tu ape. Waktu belajar pon, belajar skit2 je pasal calibration pown. So takpe la kan, at least aku dapat belajar bende baru kat sini. Tik tak tik tak, jam berpusing, aku dah pon berada di minggu ke 12 sekrang. Tinggal lagik 4minggu utk aku habiskan practical kat sini. 

Process Calibration on Progress
Aku ditempatkan di Calibration Department sepertimana yang aku sendiri nak. Calibration Department plak ada beberapa lab, iaitu Optical, Free Space Optical, Electrical dan Radio Frequency. Aku plak ditempatkan di Optical Lab. Aku ditempatkan dibawah penyeliaan En.Amer Masri. Setakat 12minggu dah aku kat sini, mmg byk bende aku belajar kat sini. Best jugak la. Byk equipment dan process fiber optic yang aku belajar. But its more to calibration process. Byk jugak la equipment untuk fiber optic ni yang aku perlu tahu untuk calibrate. Sepanjang 16minggu kat sini, aku dikehendaki siapkan beberapa test yang disediakan. Nama test atau program tu, Expert Development Program. Apa yang ada kat program ni adalah aku kene attend training session ( kat sini aku kene belajar macamana nk calibrate equipment2 optical, buat report untuk equipment, log, dan certificate), teory test ( test ni tengok macam simple, tapi boleh tahan susah jugak terutama part untuk kira Measurement Uncertainties, boleh pening jugak la) dan last skali practical test ( untuk practical test, aku kene siapkan satu setiap equipment dari acceptance of equipemnt from costumer smpai la complete of calibration). untuk ke tiga2 session/test, ia melibatkan 10 equipment optic. Bayangkan 10x3 = 30test/session kene settlekan. Mati wok. Memang tak sempat kot nk siapkan semua. Sebab tak semua equipment selalu dihantar costumer. Aku buat apa yang aku mampu la. Insyallah. Selain dari tu, ada jugak task2 lain yang aku kene buat. Macam2 jugak la, Nice...! 

Inilah tempat aku habiskan masa
di company ni. :)
Apa yang menarik kat company nie, company ni menekankan aspek agama. Semua staff disediakan waktu azan dan tazkirah masing2. Waktu zohor dan asar, semua staff dan training akan diberi masa untuk berjemaah. Selepas solat asar, akan diadakan sesi tazkirah yang akan diberi mengikut giliran. Untuk setiap hari Khamis plak, kami diberi rehat 30minit sahaja iaitu bermula 1200-1230 sebab jam 1230 akan diadakan satu ceramah agama sehingga jam 2.00petang. Selain daripada itu, setiap pagi, kami akan disajikan dengan breakfast yang akan disediakan oleh pihak company. Hehe. Macam2 jenis jugak la untuk berlainan hari. 

So far, aku seronok menjalani practical kat sini. Staff2 pon oke, trainee oke. semua oke la. cuma allowance skit sgt. haha. Supervisor dari MMU pon dah datang week 10 aritu. So aku dah lega jugak la. Dah la Supervisor MMU aku tu Dr.Mardeni, mmg sempoi abis la. Sekarang, aku nak sambung buat calibration barang, saje update blog kejap untuk isi masa lapang. Adios Amigos. Wassalam.

Wednesday, August 11, 2010

Alfatihah buat Allahyarham Mohd Hazrin

Allahyarham Mohd Hazrin
Entry utk kali ni mungkin sedikit beremosi. 11 Ogos 2010, bersamaan dengan 1 Ramadhan, perginya seorang insan yang bernama Mohd Hazrin ke rahmatullah. pada jam 5.02pagi, selepas selesai bersahur untuk hari pertama bersama rakan-rakan, aku dikejutkan dengan satu pesanan SMS, "Sesiape yg mngenali mohd hazrin. Die tlh mninggal pagi ni. Sama2 kte doa al-fatihah." Aku agak terkejut kejap dan bertanya kepada luqman dan marol yang mohd hazrin ni een la kan... Ya Allah, sesungguhnya engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Engkau telah ambil nyawa seorang rakanku. Lepas tu, marol terus call azy untuk confirmkan. Btol, een dah takde. Azy adalah buah hati kepada allahyarham. Menurut azy, allahyarham terlibat dengan satu kemalangan. Sebuah kenderaan melanggar beliau yang sedang menunggang motosikal. Allah lebih sayangkan beliau, beliau pergi buat selama-lamanya. Aku agak terkejut dengan pemergian beliau, semalam, baru je Allahyarham post wall di status facebook aku, rasenye itulah kali pertama dan kali terakhir die buat camtue. Walaupun aku tidaklah serapat mana dengan arwah, tapi rasenye byk jugak la moment2 bersamanya semasa hayat beliau. Sepanjang aku kenal dengan beliau, beliau seorang yang baik, sopan, peramah. Hayat beliau tak lama, die pergi meninggalkan kita semua pagi tadi. Pemergian beliau membuatkan aku banyak berfikir akan mati. Terutama kepada penunggang motosikal, terlalu terdedah dengan kematian. Aku tak terkecuali hampir dilanggar, hampir terjatuh, jika tidak kecuaian diri sendiri, kecuaian pengguna jalanraya yang lain yang selalu memandang rendah terhadap penunggang motosikal. ingt semua yg bawak moto ni matrempit ke ape, mentaliti rakyat malaysia memang susah nak ubah. Apa-apa pun aku nak ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Hazrin dan buah hati beliau, Azyyati. Semoga tabah menghadapi dugaan dan cabaran Allah Swt. Sama-sama kita sedekahkah Al-fatihah kepda Allahyarham. Wassalam.

Monday, August 09, 2010

When nature comes... Broga Hills....

Ramainya manusia
Sebelum pendakian bermula
Weekend lepas, SRM Cyberjaya berjaya menganjurkan satu trip iaitu SRM D'Broga yang melibatkan 15 buah kereta konvoy ke Bukit Broga Semenyih Selangor dengan satu tujuan mendaki bukit tersebut. Kisah bermula jam 4.00pagi, kami semua dikejutkan dengan panggilan telefon oleh tuan director bagi memastikan semua peserta2 konvoy dah pon bangun dan get ready untuk bergerak ke sana. Setelah selesai taklimat dan bacaan doa, kami diberikan sekotak air minuman, sebotol air mineral, roti dan pisang untuk bekalan perjalanan. Perjalanan bermula jam 5 pagi, sebelum itu kami singgah di Masjid Kajang untuk menunaikan solat subuh. Perjalanan diteruskan selepas solat dan tiba di kaki bukit broga jam 630pagi. Ramai gile orang waktu tue. Pagi tu hujan gak lebat jugak la, membantutkan sedikit perjalanan kami. Pendakian bermula jam 7pagi dan kami tiba jam 8pagi dipuncak pertama, Sebenarnya bukan amik masa yang lama pun nak naek, tapi disebabkan ramai sangat orang, perjalanan agak sangkut2. Terdapat 4 puncak kesemua skali. Satu pemandangan yang indah la kat atas tu, cam oversea ada jugak. Nice la.. Aku ngan geng2 lain menghabiskan masa lama jugak la atas tu, amik2 gambar sume, lepak2. Aku ngan geng2 lain gerak turun dalam kol 9 camtu kot, dan smpai bawah dalam kol 10. Lagi best kalau g sane weekdays la kot, sbb tak ramai orang. waktu pegi ni crowded sgt, cam g bazar ramadhan putrajaya je. haha. Lepas turun, kiiteorg sume g breakfast area kajang, pastu semua pulang ke destinasi masing2. Conclusion utk program kali ni, memang best, dapat chill2 ngan kawan2 setelah smggu penat bekerja. haha. 

:)
Puncak Pertama
Pemandangan sekitar Broga Hill
Sebahagian rombongan
Kesemua peserta yang bejaya menamatkan misi takluki Broga Hill.

Wednesday, August 04, 2010

Florist (Convofest)

Bermula 29 July lepas, aku berkesempatan untuk join team Florist bagi Convofest pada tahun nie. Dua tahun lepas aku pernah join Pesta Konvo waktu aku sendiri konvo untuk diploma. Setelah diajak oleh Huda, aku pon bersetuju untuk join florist ni. Ni satu pengalaman baru untuk aku sebab tak pernah join florist sebelum nie. Konvo pada tahun ni bermula 31 July - 2  August. Memang penat yang amat la, mula kerja 630 pagi, balik pukul 4-5petang, then sambung kol 9mlm smpai 3-4 pagi. Tapi bagi aku ni satu pengalaman yang amat bermakna untuk aku, aku enjoy dengan team2 florist. terima kasih chap, huda, man, dan semua komiti florist atas usaha keras korang sume. enjoy kerja ngan korang. Selain dari menjual2 bunga, aku berkesempatan untuk melihat rakan2 sebaya aku yang convo. insyallah, convocation kali ke 12 milik aku.... itu yang aku sgt2 harapkan. Happy Graduation Day friends....

Florist Committee

Tuesday, August 03, 2010

KepalaDua kepada Compaq

Twinhead Efio 123A
Bermulalah cerita apabila 5 tahun lepas, ayahandaku menghadiahkan sebuah laptop kepadaku. amatlah gembira hari ini kerana memiliki laptop sendiri. Student MMU ni macam dah diwajibkan dengan mempunyai laptop sendiri. Mana taknya, semua notes, bulletin dan info semua digunakan secara online. Selepas setahun menggunakan laptop berjenama KepalaDua (Twinhead), laptop itu mengalami masalah, mungkin sebab penggunaan yang kerap dan processor yang digunakan adalah AMD, fan dan OS die tak berapa stable. Akibat itu, laptop aku cepat panas dan suka2hati mati dengan sendiri apabila menggunakan application yang byk menggunakan ram. Ikutkan hati memang sayang gile kat laptop tue. 5 tahun bersama akhirnya aku mengadu pada ibuku untuk tukar laptop lain. Memandangkan aku akan berhadapan dengan Final year Project pada sem hadapan, (faham2 la FYP akan byk guna computer untuk buat2 keje dan pakai software yang macam2) ibunda dan ayahandaku bersetuju untuk aku beli laptop baru. Pada 16hb Julai yang lepas, aku telah pulang ke kg halaman untuk membeli laptop baru, memandangkan waktu itu ada PIKOM PC Fair,so ibunda dan ayahanda suruh   pulang   dan beli di sini. Pada   17hb   tu  aku   bersama   kedua
Compaq CQ42
ibubapaku telah pusing2 dan mencari laptop terbaik untuk aku gunakan dimasa hadapan. Byk jugak la pilihan. Tp pilihan dihati adalah CQ42. Sebelum tu kene la tgk Spec die elok2, compare mana yang oke, mana yang tak. Aku ni takde la kaki gamers ke ape ke, so aku akan pilih yang biasa2 je, asalkan processor bagus, HDD besar skit, ada grafic card and sound card, cukup la tue. Selepas nego dan servey beberapa kedai, akhirnya aku angkat CQ42. Dpt 15 jenis accessories. Haha. Sekarang aku da boleh gunakan laptop dengan senang hati. Terima Kasih Mama Abah!