Assalamualaikum...
 |
| Banner Secangkir Kasih 2 |
Pada Sabtu lepas 28/8/2010 bersamaan 18 Ramadhan 2010, Sekretariat Rakan Muda Multimedia University telah mengadakan sebuah program bersama anak-anak yatim. Program ini bertujuan untuk mendekati dan menceriakan anak-anak ini pada bulan ramadhan dan juga berbuka/berterawih dan beramah mesra dengan mereka. Aku tidak ketinggalan untuk mengikuti program ini. Untuk pengetahun semua, program ini adalah kesinambungan bagi Secangkir Kasih 1 yang telah diadakan pada tahun lepas. Untuk program kali ini, Rumah Amal Kasih Bestari, Kg Melayu Subang.
 |
| Taklimat dari penjaga rumah |
Seramai 44 orang mahasiswa dan mahasiswi telah mengikuti program ini. Kami berangkat dari MMU ke rumah amal tersebut pada jam 4ptg dan smpai jam 5 petang. Setibanya kami disana, kami disambut oleh tuan rumah dengan sedikit ucapan. Kemudian disusuli dengan solat asar berjemaah. Selepas solat asar dijalankan, program bersama anak-anak yatim dimulakan dengan suai kenal kemudian bermaian beberapa permainan yang dapat mencuri hati anak-anak kecil ini. Terlihat gelagat riang mereka. Apabila menyebut anak2 yatim, aku akan tersentuh apabila terkenangkan kepayahan hidup dan perjalanan hidup mereka. tiada ayah, dan mungkin tiada ibu. ada juga anak2 ini dari golongan fakir miskin. Hanya sedikit masa dan ruang yang aku berikan untuk mereka.
 |
| Apa yang cuba disampaikan oleh adik ini...? |
 |
| Permainan sedang dijalankan |
 |
| Ini kumpulan kami... |
Terdetik dihati ni untuk membantu mereka apabila sudah berjaya nanti. Apabila permainan tamat, sesi memberi sumbangan dan ucapan oleh director program, cik shaniza telah dijayakan dengan sempurnaya. Diharap sedikit sumbangan yang diberikan oleh pihak kami sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak ini bagi meneruskan kehidupan mereka. Program diteruskan dengan berbuka puasa (kuih muih, kurma dan air), solat maghrib berjemaah dan kemudian makan-makan (nasi tomato yang sgt sedap). Kalau nk cakap bab makan untuk program kali ini, agak mewah dan agak byk kuantitinya. Memang superb dan sgt berpuas hati dengan makanan yang ditempah. Selepas menikmati hidangan, kami meneruskan program dengan solat isyak dan terawih berjemaah. Selesai sahaja solat terawih, moreh (bubur lambuk, coctail dan etc) pula disediakan. Kami menghabiskan masa berbual dan bergelak ketawa bersama rakan2 dan anak2 yatim yang ada. Pada malam itu, program tamat pada jam 11malam. Sebelum pualng, sempat bersalaman dengan anak-anak yatim disana. Diharap program sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang. :) Wassalam.
 |
| Solat Berjemaah |
 |
| Mendegar arahan dari penganjur |
 |
Adik yang baju orange tu pernah join Secangkir Kasih 1
di Puchong tahun lepas. |
 |
| Semua yang menjayakan Secangkir Kasih 2 :) |
No comments:
Post a Comment