Wednesday, August 11, 2010

Alfatihah buat Allahyarham Mohd Hazrin

Allahyarham Mohd Hazrin
Entry utk kali ni mungkin sedikit beremosi. 11 Ogos 2010, bersamaan dengan 1 Ramadhan, perginya seorang insan yang bernama Mohd Hazrin ke rahmatullah. pada jam 5.02pagi, selepas selesai bersahur untuk hari pertama bersama rakan-rakan, aku dikejutkan dengan satu pesanan SMS, "Sesiape yg mngenali mohd hazrin. Die tlh mninggal pagi ni. Sama2 kte doa al-fatihah." Aku agak terkejut kejap dan bertanya kepada luqman dan marol yang mohd hazrin ni een la kan... Ya Allah, sesungguhnya engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Engkau telah ambil nyawa seorang rakanku. Lepas tu, marol terus call azy untuk confirmkan. Btol, een dah takde. Azy adalah buah hati kepada allahyarham. Menurut azy, allahyarham terlibat dengan satu kemalangan. Sebuah kenderaan melanggar beliau yang sedang menunggang motosikal. Allah lebih sayangkan beliau, beliau pergi buat selama-lamanya. Aku agak terkejut dengan pemergian beliau, semalam, baru je Allahyarham post wall di status facebook aku, rasenye itulah kali pertama dan kali terakhir die buat camtue. Walaupun aku tidaklah serapat mana dengan arwah, tapi rasenye byk jugak la moment2 bersamanya semasa hayat beliau. Sepanjang aku kenal dengan beliau, beliau seorang yang baik, sopan, peramah. Hayat beliau tak lama, die pergi meninggalkan kita semua pagi tadi. Pemergian beliau membuatkan aku banyak berfikir akan mati. Terutama kepada penunggang motosikal, terlalu terdedah dengan kematian. Aku tak terkecuali hampir dilanggar, hampir terjatuh, jika tidak kecuaian diri sendiri, kecuaian pengguna jalanraya yang lain yang selalu memandang rendah terhadap penunggang motosikal. ingt semua yg bawak moto ni matrempit ke ape, mentaliti rakyat malaysia memang susah nak ubah. Apa-apa pun aku nak ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Hazrin dan buah hati beliau, Azyyati. Semoga tabah menghadapi dugaan dan cabaran Allah Swt. Sama-sama kita sedekahkah Al-fatihah kepda Allahyarham. Wassalam.

1 comment:

f.haziqah said...

Al-Fatihah..