 |
| Ramainya manusia |
 |
| Sebelum pendakian bermula |
Weekend lepas, SRM Cyberjaya berjaya menganjurkan satu trip iaitu SRM D'Broga yang melibatkan 15 buah kereta konvoy ke Bukit Broga Semenyih Selangor dengan satu tujuan mendaki bukit tersebut. Kisah bermula jam 4.00pagi, kami semua dikejutkan dengan panggilan telefon oleh tuan director bagi memastikan semua peserta2 konvoy dah pon bangun dan get ready untuk bergerak ke sana. Setelah selesai taklimat dan bacaan doa, kami diberikan sekotak air minuman, sebotol air mineral, roti dan pisang untuk bekalan perjalanan. Perjalanan bermula jam 5 pagi, sebelum itu kami singgah di Masjid Kajang untuk menunaikan solat subuh. Perjalanan diteruskan selepas solat dan tiba di kaki bukit broga jam 630pagi. Ramai gile orang waktu tue. Pagi tu hujan gak lebat jugak la, membantutkan sedikit perjalanan kami. Pendakian bermula jam 7pagi dan kami tiba jam 8pagi dipuncak pertama, Sebenarnya bukan amik masa yang lama pun nak naek, tapi disebabkan ramai sangat orang, perjalanan agak sangkut2. Terdapat 4 puncak kesemua skali. Satu pemandangan yang indah la kat atas tu, cam oversea ada jugak. Nice la.. Aku ngan geng2 lain menghabiskan masa lama jugak la atas tu, amik2 gambar sume, lepak2. Aku ngan geng2 lain gerak turun dalam kol 9 camtu kot, dan smpai bawah dalam kol 10. Lagi best kalau g sane weekdays la kot, sbb tak ramai orang. waktu pegi ni crowded sgt, cam g bazar ramadhan putrajaya je. haha. Lepas turun, kiiteorg sume g breakfast area kajang, pastu semua pulang ke destinasi masing2. Conclusion utk program kali ni, memang best, dapat chill2 ngan kawan2 setelah smggu penat bekerja. haha.
 |
| :) |
 |
| Puncak Pertama |
 |
| Pemandangan sekitar Broga Hill |
 |
| Sebahagian rombongan |
 |
| Kesemua peserta yang bejaya menamatkan misi takluki Broga Hill. |
No comments:
Post a Comment