Alhamdulillah, hari ni dah pon masuk hari ke 14 Ramadhan untuk tahun ini. Semalam, semasa perjalanan dari hostel ke surau MMU, aku ada terfikir, tahun ni, dah tahun ke 3 aku berpuasa di bumi Cyberjaya ini. Rasenye macam baru semalam je masuk MMU untuk degree. Cepat gak la masa berlalu. Apa yang aku terfikir adalah kemungkinan tahun ni adalah Ramadhan terakhir aku sebagai seorang student dan terakhir di cyberjaya. Mungkin la. Insyaallah, jika semuanya berjalan lancar, May 2011 aku akan menamatkan pengajian aku dalam bidang kejuruteraan eletronik major microwave dan komunikasi. Perjalanan 3 tahun setengah aku untuk degree dah hampir berakhir, bermacam-macam liku yang aku perlu tempuh untuk menamatkan pengajian ni. Itu semua pengalaman yang takkan aku lupa. Jadi bagi ramadhan kali ni, aku sangat berharap aku dapat laksanakannya dengan sebaik mungkin. Aku juga berharap, aku dapat jadikan ramadhan kali ini antara ramadhan terbaek aku sepanjang aku bergelar mahasiswa di mmu. Itu yang aku harapkan. Kepada rakan-rakan yang memahami aku selama bersahabat dengan aku, terima kasih banyak-banyak. Untuk family tercinta, kalau takde aral melintang, tahun depan ramadhanku di terengganu, insyallah. Aku ni cakap macam aku duk kat overseas je kan, haha. Aku menulis hanyalah untuk meluahkan apa yang aku rasa. Itu sahaja. :P
No comments:
Post a Comment