Saturday, February 14, 2009
Friday, February 06, 2009
Bila LELAKI jadi DAYUS!!
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-1. Membiarkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4. Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa ’sporting’ yang memahami.
6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7. Membiarkan anak perempuannya memasuki Akademi Fantasia, One In A Million, Mystarz LG dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.
9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)
10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
yg bermaksud:
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Thursday, February 05, 2009
Mengapa Islam selalu dipersalahkan...??
Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya…
…tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?
Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya…
…tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?
Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya…
…tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, “dia mesti dibebaskan!”
Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan…
…tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?
Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat…
…tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?
Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan… tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!
Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi…
…tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,
dia dikenali sebagai seorang pengganas?
Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan…
…tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!
Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar…
…tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?
MENGAPA....?? Siapa yang ada JAWAPAN untuk semua persoalan ini...??
Thursday, January 29, 2009
Thursday, January 22, 2009
Friday, January 09, 2009
People come into your life for a Reason, Season or a Lifetime
When someone is in your life for a REASON...It is usually to meet a need you have expressed. They have come to assist you through a difficulty, to provide you with guidance and support, to aid you physically, emotionally, or spiritually. They may seem like a Godsend and they are! They are there for the reason you need them to be.
Without any wrongdoing on your part, or at an inconvenient time, this person will say or do something to bring the relationship to an end. Sometimes they walk away. Sometimes they act up and force you to take a stand. Sometimes they die. What we must realize is that our need has been met, our desire fulfilled, their work is done. Your need has been answered, and now it is time to move on.
When people come into your life for a SEASON...It is because your turn has come to share, grow, or learn. They bring you an experience of peace or make you laugh. They may teach you something you have never done. They usually give you an unbelievable amount of joy. Believe it! It is real! But, only for a season.
LIFETIME relationships teach you lifetime lessons; things you must build upon in order to have a solid emotional foundation. Your job is to accept the lesson, love the person, and put what you have learned to use in all other relationships and areas of your life. It is said that love is blind but friendship is clairvoyant.


