Friday, February 05, 2010

Sabah Part 2

Perjalanan cerita Sabah part 2 bermula pada 27 Disember 2009, iaitu bermulanya persiapan terakhir sebelum ke KK. Dari segi fizikalnya, hari terakhir aku pusing2 hostel dan naik turun tangga entah berapa kali pon tak tahu. byk kali jugak la. Dari segi mentalnya hanya melihat komen-komen dari blog-blog yang menceritakan pengalaman ketika ke gunung kinabalu. kali ini aku pula terpanggil untuk menulis blog berkaitan perkara ini. :). Dari segi barang-barang pula, semuanya dah tersedia rapi. hanya tunggu untuk gerak sahaja.

Rom Ali dan Marol yang sudi menghantar
aku pepagi buta di LCCT
  
28 Disember 2009 - 2.00pagi, aku ditemani Shahrom, Kamarul dan ALi utk ke LCCT. Perjalanan hanya mengambil masa 20minit utk ke sana. Setibanya disana, aku menghubungi Safuan utk mengetahui lokasi berkumpul. Semuanya berkumpul di McD Lcct, aku rom marol dan ali mengambil kesempatan utk makan-makan dulu sebelum aku berlepas. borak punye borak time makan, masa macam lmbat je berlalu, kata penganjur flight jam 4pagi, tapi setahu aku mmg flight ke KK tiada jam 4pagi, paling awal hanyalah jam 650pagi. Aku rom marol dan ali ambik peluang tuk pusing2 lcct smbil2 ambik gambar. haha, mmg dah takde keje. Jam 400pagi, dieorg mahu pulang untuk rehat dan memandangkan waktu tu ktorg peserta program dah nk berkumpul tuk kumpulkan semua beg. Thanks korang sanggup antar dan bazirkan waktu tido tuk antar aku g sane. :). Sambil2 kumpulkan barang, aku ambik kesempatan tuk kenal-kenal dengan peserta lain. Tunggu punye tunggu, tiba lah masa tuk check in ke balai berlepas. aku dan yg lain-lain ambik kesempatan untuk tunaikan solat subuh dahulu sebelum berlepas. jam menunjukkan jam 650pagi, tiba lah waktu utk kami tinggalkan KL. 9.00pagi, tiba di Kota Kinabalu International Airport terminal 2. Settlekan urusan masuk ke negeri malaysia timur ni, dan pengurusan barang masing2. Kami dismbut oleh pihak API Tour yang diketuai oleh Mr.Jon, untuk menjadi tour guide kami sepanjang program. Kami menaiki bas untuk ke Warisan Square untuk bersarapan pagi. Setiba disana, dapat la lihat suasana yang agak berbeza semasa di semenanjung. Selepas sarapan, kami ke sebuah kedai outdoor untuk membeli apa2 barang lagi yang belum lengkap. agak terkejut aku ketika itu kerana barang-barang disana amat murah klau nk dibandingkan dengan disemenanjung. aku cuma beli touch light tambahan mana la tahu tak cukup cahaya ke. barang2 lain rasenye semua dah lengkap. peserta-peserta lain banyak jugak la borong barang. 12pm, kami bergerak ke Restoran Sutera Bayu, dalam perjalanan Mr.Jon tu banyak menceritakan sejarah dan bangunan2 yang terdapat di KK la. Dalam perjalanan, aku mencari-cari juga la mana la gunung yang aku bakal daki tu, rupe-rupenya gunung kinabalu mmg jauh lagik dari bandar kk, almost 2hours from kk. setibanya kami di restoran, apa lagik, makan laa... lauk disana cam berbeza skit la dari semenanjung, sedap2. dah tahu semua disponsor, apa lagi, rembat la apa yang ada. hehe. thanks kpt. selesai makan, kami terus ke kundasang, iaitu tempat penginapan bagi malam ini, Zen Garden Resort, Kundasang. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Kawasan ini merupakan kawasan kaki gunung kinabalu. gambaran gunung kinabalu dah tergambar dalam ingatan aku ni, mmg tak sabar la nk tgk depan mata. dalam bas aku ambil peluang tuk menikmati panorama sepanjang perjalanan. last-last mata ni tertutup gak sebab mmg dah penat, tp Mr.Jon tu wat announcement la bila ada moment2 best yang takleh kami lepaskan contohnya ketika melalui Jambatan Tamparuli dan tempat-tempat lain yang menarik. 4.30petang, tiba kami di Zen Garden Resort, resort yang cantik dan suasana nyamannye mmg best abis la. sejuk tu jangan cakap la, mmg sejuk, macam dah kat cameron da. kami diberikan satu bilik untuk 2 org. aku dan safuan ditempatkan satu bilik. bilik agak luas dan selesa. view pown cantik je. sampai je kat bilik mmg taklepaskan peluang tuk tido la. haha. kami siap2, solat dan jam 7malam, semua dikehendaki ke restoran untuk menikmati makan malam. dinner pada malam tu adalah steamboat. mmg melantak la. selesai je makan, aku menikmati suasana nyaman dengan bersaksikan cahaya bulan yang memang menerangi gunung kinabalu tue. terbaeeekklah. itu baru dikaki gunung, tak tahu la klau dah smpai kat puncak nanti. kemudian, aku balik ke bilik untuk kemaskan barang-barang yang perlu dibawa ketika mendaki dan selebihnya tinggalkan dibawah. sambil2 tu tgk citer do re mi kat tv smpai tertido. haha.

29 Disember 2009 - Cerita hari ini bermula dengan bangun pagi yang amat awal iaitu jam 530pagi, agak liat, sebab udara nyaman die yang fresh tu mmg menusuk kalbu la. bangun je, terus siap2, solat dan last check barang2. kemudian bersarapan di restoran, makanan tuk breakfast sumenya mknan yang tinggi dengan protein dan yang bertenaga. 8.30pagi taklimat dimulakan dan 9.00pagi kami menaiki bas untuk ke Kinabalu Park. Setibanya di di Kinabalu Park, ketua kumpulan kami menguruskan hal-hal pendaftaran pendakian. semua diberikan tag masing-masing. Kami diiringi oleh 5 orang guide untuk guide kami ketika mendaki. gunung kinabalu dah pun didepan mata sekarang. hanya tunggu masa untuk memulakan pendakian. kemudian kami menaiki bas untuk ke timpohan gate, perjalanan mengambil masa 10minit. setibanya disana, kami mengambil gambar kenangan dahulu sebelum memulakan pendakian. taklimat diberi untuk pastikan semua dah pun bersedia. sebelum memulakan pendakian, kami lakukan sedikit regangan otot dan bacaan doa. berjalanan bermula dengan semangat yang membara dan kami dikenedaki melaporkan diri sebelum mula. sepanjang perjalanan mendaki gunung kinabalu, terdapat beberapa check point utk rehat. aku hanya mengambil waktu rehat ketika di pondok2 itu utk memastikan aku tak smpai lewat di laban rata nanti. langkah demi langkah yang aku tempuhi, tenaga pon dah byk hilang. bekalan yang diberi dinikmati bersama rakan-rakan lain, walaupun mood utk makan tiada, tp makan jugak utk berikan sedikit tenaga. cuaca sejuk makin lama makin menyelubungi diri. dari bertshirt sahaja, kemudian memakai sweater hinggalah ke sarung tangan. mmg dah sejuk sgt dah dan awan pown dah makin menebal. panorama indah sepanjang perjalanan mmg takleh dilupakan. makin tinggi dakian, makin cantik panorama. lupa plak nk cakap, sepanjang perjalanan naik aku ditemani oleh nurul dan beberapa rakan lain silih berganti. langkah punya langkah, akhirnya tepat jam 430ptg, aku tiba di laban rata. keseronokan mmg dah dirasai, kepuasan apatah lagi. setibanya di laban rata, aku ke dorm utk kami berehat dan jam 5ptg terus ke restoran laban rata utk menikmati makan malam. set buffet yang disajikan mmg terbaik. dah lapar, semua rembat makan je la. gunung kinabalu makin dekat jaraknya dengan aku. kecantikan die mmg takleh nk gambarkan. seriously. selesai makan, aku ambil peluang tuk ambil gambar dan mms kepada orang tersayang. hehe. kemudian balik ke dorm utk solat dan rehat. mandi? tak mungkin aku lakukan sbb suhu disana pada waktu itu adalah 1o darjah celcius. air bagaikan air batu yang cair tu, camne nk mandi? ambil air sembahyang pon dah terketar2. selesai semua bende, kami diberikan taklimat akhir sebelum memulakan pendakian pada pagi ini. berjalanan kami akan bermuala jam 1.30pagi. kemudian, taklimat berkaitan aktiviti Via Ferrata diberi kepada yang berminat, aku tak lepaskan peluang untuk belajar perkara2 yang diberi tunjk ajar. 10.30malam, time to sleep. ZzZzZ...

No comments: