![]() |
| Cerita Rayaku... |
Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri dari aku untuk semua. Cerita rayaku untuk tahun ini bermula disini. Aku balik ke kampung 2 hari sebelum tibanya hari raya. Terdapat desas desus mengatakan raya pada tahun ini akan jatuh pada hari khamis. Aku hanya menunggu waktu pemunguman raya barulah dapat dipastikan bila hari raya akan jatuh. Btol ke ayat aku neh. haha. 2 hari sebelum raya, semua berkumpul di rumah nenek aku di Besut untuk berbuka puasa ramai2. Dah lama agaknye tak dapat berbuka ramai2 macam nie. Aku berkesempatan la tolong mana yang patut tuk menyediakan sajian berbuka (tolong angkat2 je pon). Tahun nie, untuk raya pertama aku beraya di Kota Bharu, singgah Besut untuk berbuka dan tido semalam je kat sane. Sehari sebelum raya, aku bersama family bergerak ke Kota Bharu, perjalanan oke je, traffic sume clear, sbb aku dari terengganu, bukan dari gua musang, klau gua musang confirm jammed gilo. So sehari sebelum raya tu kiteorg satu family pegi jalan2 ke Billion KB dan KB Mall tuk persiapan akhir raya. Beli barang mana patut. Lepas penat bershopping, pulang ke umah nenek aku kat Kota Bharu (Jalan Kelochor). Hari tu, semua dah berkumpul umah TokWe. Sedara mara yang jauh2 ramai dah sampai. Pada haritu, kiteorg semua bebuka kat rumah Ayah Sir, die buat makan2 bukak puasa skit. Malam tu berkesempatan la main mercun kejap. Hehe.
Hari Raya!!
Allahhuakhbar! Allahhuakhbar! Allahhuakhbar! Takbir bergema. Macam biasa la bangun awal, bersarapan dan bersiap ke masjid untuk dirikan solat sunat aidilfitri. Nak dipendekkan cerita, pagi raya tu kecoh dulu la kat umah TokWe dengan ragam2 semua anak cucu cicit TokWe bergambar. Perjalanan raya pertama berjalan seperti biasa, 5-6 buah rumah jugak la berjaya di serbu untuk raya pertama. Aku makan macam biasa je raya pertama ni, kebanyakan rumah datang minum air dan kuih2 je. Duit raya? dah besar kot, tapi still dapat walaupun takde la banyak sgt. Raya ke dua bermula dengan tenang. 2-3 rumah disebelah pagi. Kemudian disambung ke 4-5 buah rumah lagi. Waktu ni, perot aku dah mula meragam, Mula2 ingatkan sakit perot macam biasa, tapi cirit birit. Haha. Entah apa yang aku makan. Petang tu aku dan keluarga akan pulang ke Besut untuk beraya di sana pula. Ingatkan sakit perot yang biasa2 je, sampai je rumah nenek aku. Aku ke toilet lagik. Masa tu badan dah rasa suam2 kuku. Lepas mandi, badan aku menggigil semacam. Ckp kat mama yang aku tak bape sehat, terus amik bantal dan selimut, terus tido. Tak pernah2 aku menggigil camtu kot. Malam tu 2-3 kali jugak kot g toilet. Raya ke 3, pagi bermula dengan suram sbb badan lemah dan lembik semacam, breakfast pon tak lalu makan. Waktu nak pegi beraya, abah aku bawak ke klinik area Jerteh dlo. Aku disahkan kene Food Poisoning. Hari tu aku pegi beraya rumah saudara mara dengan mencari toilet je. Huhuhu. Segan kot. Cerita raya ke empat plak bermula aku bangun awal pagi dengan keadaan muntah2. Serius, lembik aku haritu. Raya ke 5 dan ke 6 pun masih dalam keadaan sakit perot. Hurrrmmm.... Dah balik rumah kat terengganu pon aku masih tak berapa oke. Raya ke 6 aku dah naek bas balik ke cyberjaya memandangkan raya ke 8 adalah hari terakhir aku praktikal.
Kesimpulan Raya 2010.
Happy dapat berkumpul dengan Family dan Saudara mara.
Derita dengan kesakitan yang dihadapi.
Sedih tak dapat merasa makanan raya. :(

No comments:
Post a Comment