Saturday, September 25, 2010

Casing iPhone paling mahal, ada berani?

Mungkinkah ini casing handphone paling mahal...? Kepada peminat iPhone, ada berani cuba ini punye casing...? Difahamkan, iPhone ini dibuat dengan 270 gram emas 22k ,136 berlian F, 53 berlian pada logo  di belakang dan satu berlian 7.1 Karat untuk butang navigasi. Harga? No komen lah!

nokia mahal

nokia terkini

Friday, September 24, 2010

Biggest Burgers in Malaysia. Ada Berani...??

Hello and welcome to Kafe Paprika, the best Western food in Perak.
Home of the BIGGEST BURGERS in Malaysia.
THE EMPIRE BURGER 3KG
3 hour time limit for this big boy! If you eat all the burger in 3 hour time limit, you get it FREE of charge. Plus you will receive a Paprika T-Shirt, a completion certificate and your picture on our website wall of fame. Can YOU do it!
THE SUPER PAPRIKA BURGER 1.5KG
AUSTRALIAN PRIME BEEF, PLUS TRIMMINGS. If you eat all the burger in 1 1/2 hour time limit, you get it FREE of charge. Plus you will receive a Paprika T-Shirt, a completion certificate and your picture on our website wall of fame.

THE PAPRIKA BURGER 1KG
AUSTRALIAN PRIME BEEF, PLUS TRIMMINGS. If you eat all the burger in one hour you will receive a Paprika T-Shirt, a completion certificate and 50% off the price and your picture on our website wall of fame. GOOD LUCK


THE EMPIRE BURGER



Finish the Empire Burger in 3 hours and get it FREE!

THE SUPER PAPRIKA BURGER

The Super Paprika Burger 


1.5kg Burger. Eat in 1.5 hours and get it FREE

THE PAPRIKA BURGER 1KG

The Paprika Burger 1kg 


Eat this juicy burger in less than one hour and get 50% discount

University Technology Petronas, Seri Iskandar 31750 Perak, West Malaysia

Email: kafepaprika@hotmail.com
Tel: 012 373 5020

Thursday, September 23, 2010

Submarine Fiber Optic Cable

Tahukah kita bahawa bumi kita telah dipenuhi dengan cable fiber optic? banyak kegunaan fiber optic ni dalam kehidupan seharian kita. Jika dilihat gambar-gambar dibawah, seluruh dunia menggunakan fiber optic untuk kegunaan tertentu.  Bertambah lagik dengan kemudahan internet dan telecommunication yang ada sekarang, nie semuanya menggunakan fiber optic. Fiber optic digunakan disebabkan kadar penghantaran data adalah lebih mudah dan flexsible dan ianya boleh digunakan dengan data rate yang besar. Data dan information pon lebih cepat dan disalurkan. Untuk teknologi sekarang, fiber optic memang digunakan secara meluas. Mungkin pihak ketenteraan juga menggunakan fiber optic untuk komunikasi tentera, mungkin? selain menggunakan kemudahan satelit yang ada. Kat Malaysia pon sama, TM dengan perkhidmatan UNIFI nye salah satu contoh yang kita boleh tengok. Sekadar untuk berkongsi information yang ada. 

Global Submarine Cable Map around the world by TeleGeography's

Submarine Cable Maps 2008

Dalam Malaysia - mungkin tak didedahkan semuanya




Saturday, September 18, 2010

Cerita Rayaku....

Cerita Rayaku...
Assalamualaikum dan Salam Aidilfitri dari aku untuk semua. Cerita rayaku untuk tahun ini bermula disini. Aku balik ke kampung 2 hari sebelum tibanya hari raya. Terdapat desas desus mengatakan raya pada tahun ini akan jatuh pada hari khamis. Aku hanya menunggu waktu pemunguman raya barulah dapat dipastikan bila hari raya akan jatuh. Btol ke ayat aku neh. haha. 2 hari sebelum raya, semua berkumpul di rumah nenek aku di Besut untuk berbuka puasa ramai2. Dah lama agaknye tak dapat berbuka ramai2 macam nie. Aku berkesempatan la tolong mana yang patut tuk menyediakan sajian berbuka (tolong angkat2 je pon). Tahun nie, untuk raya pertama aku beraya di Kota Bharu, singgah Besut untuk berbuka dan tido semalam je kat sane. Sehari sebelum raya, aku bersama family bergerak ke Kota Bharu, perjalanan oke je, traffic sume clear, sbb aku dari terengganu, bukan dari gua musang, klau gua musang confirm jammed gilo. So sehari sebelum raya tu kiteorg satu family pegi jalan2 ke Billion KB dan KB Mall tuk persiapan akhir raya. Beli barang mana patut. Lepas penat bershopping, pulang ke umah nenek aku kat Kota Bharu (Jalan Kelochor). Hari tu, semua dah berkumpul umah TokWe. Sedara mara yang jauh2 ramai dah sampai. Pada haritu, kiteorg semua bebuka kat rumah Ayah Sir, die buat makan2 bukak puasa skit. Malam tu berkesempatan la main mercun kejap. Hehe.

Hari Raya!!
Allahhuakhbar! Allahhuakhbar! Allahhuakhbar! Takbir bergema. Macam biasa la bangun awal, bersarapan dan bersiap ke masjid untuk dirikan solat sunat aidilfitri. Nak dipendekkan cerita, pagi raya tu kecoh dulu la kat umah TokWe dengan ragam2 semua anak cucu cicit TokWe bergambar. Perjalanan raya pertama berjalan seperti biasa, 5-6 buah rumah jugak la berjaya di serbu untuk raya pertama. Aku makan macam biasa je raya pertama ni, kebanyakan rumah datang minum air dan kuih2 je. Duit raya? dah besar kot, tapi still dapat walaupun takde la banyak sgt. Raya ke dua bermula dengan tenang. 2-3 rumah disebelah pagi. Kemudian disambung ke 4-5 buah rumah lagi. Waktu ni, perot aku dah mula meragam, Mula2 ingatkan sakit perot macam biasa, tapi cirit birit. Haha. Entah apa yang aku makan. Petang tu aku dan keluarga akan pulang ke Besut untuk beraya di sana pula. Ingatkan sakit perot yang biasa2 je, sampai je rumah nenek aku. Aku ke toilet lagik. Masa tu badan dah rasa suam2 kuku. Lepas mandi, badan aku menggigil semacam. Ckp kat mama yang aku tak bape sehat, terus amik bantal dan selimut, terus tido. Tak pernah2 aku menggigil camtu kot. Malam tu 2-3 kali jugak kot g toilet. Raya ke 3, pagi bermula dengan suram sbb badan lemah dan lembik semacam, breakfast pon tak lalu makan. Waktu nak pegi beraya, abah aku bawak ke klinik area Jerteh dlo. Aku disahkan kene Food Poisoning. Hari tu aku pegi beraya rumah saudara mara dengan mencari toilet je. Huhuhu. Segan kot. Cerita raya ke empat plak bermula aku bangun awal pagi dengan keadaan muntah2. Serius, lembik aku haritu. Raya ke 5 dan ke 6 pun masih dalam keadaan sakit perot. Hurrrmmm.... Dah balik rumah kat terengganu pon aku masih tak berapa oke. Raya ke 6 aku dah naek bas balik ke cyberjaya memandangkan raya ke 8 adalah hari terakhir aku praktikal.

Kesimpulan Raya 2010.
Happy dapat berkumpul dengan Family dan Saudara mara.
Derita dengan kesakitan yang dihadapi.
Sedih tak dapat merasa makanan raya. :(


Thursday, September 09, 2010

Post Pre-Raya

Alhamdulillah, hari ini dah 29hari kita semua menjalani ibadah puasa, tinggal satu hari mungkin, atau harini hari terakhir dah kita berpuasa. Terpulang pada penengokan anak bulan pada petang nie. Untuk post kali ni, aku nak bercerita serba sedikit suasana ramadhan, shopping raya dan sambutan hari raya yang bakal aku sambut.

Ramadhan 1431H
Ramadhan kali ini mungkin Ramadhan terakhir aku sebgai seorang pelajar dan ramdhan terakhir kat dunia cyberjaya. Insyallah, aku akan menghabiskan sisa-sisa pengajian degree aku pada bulan 5 2011. Doakan yang terbaeklah untuk aku. Tp kalau placement kerje aku di Cyberjaya jugak tue, tak leh buat ape la kan. Untuk ramadhan kali ini, aku cuba untuk meluangkan masa berbuka sebaik mungkin dengan rakan2 aku sume. apa yang aku termampu je la. Klau ada rakan2 aku yang tak sempat aku berbuka dengan die, maaf byk2. Kekangan kerja menjadi satu faktor aku malas nk kluar2 waktu weekdays. Macam aku ckp td, apa yang termampu je aku dpt buat. Untuk bukak puasa kali nie, ada la beberapa buffet ramadhan yang aku pegi contohnya seoul garden dan redbox. walaupon sedikit mahal, tp berbaloi la. menu berbuka yang lain ada pada info sebelah kanan blog nie. haha. Bulan puasa nie, kerja aku sbgai trainee takde la memenatkan sgt, cuma satu hari aritu aku kene pergi ke kuantan dan temerloh. penat duduk dalam kereta dan merempuh jammed. huhu. so far yang lain2 oke la kot sepanjang bulan puasa kali nie. terawih plak aku cuba tuk penuhkan malam2 aku dengan terawih, kalau takde hal, ada je la aku kat surau mmu tue. cuma agak terkilan pada tahun nie, tak berkesempatan tuk solat terawikh kat masjid besi.

Shoopinggg!!
Untuk raya kali ini, aku dibekalkan bebrapa not kertas oleh ayahanda untuk beli baju raya. Kali ni aku meluangkan masa shopping bersama kamarul, luqman, dindong, aziwan dan hasbullah untuk part 1 shopping. kiteorg ke TimeSquare, BB, dan Pavilion. Aku hanya sempat membeli sehelai jeans. Haha. takde idea sgt nk beli ape. Nak dijadikan cerita, waktu kat pavi tue, dalam kol 6 lebih. kiteorg nk g solat kat surau pavi. lepas je solat, aku marol man din ngan ziwan dah kluar dlo. tunggu la si hasbullah tak kluar2 lagik, rupanya kasut nike die hilang. mmg tak perasan langsung bila masa ada orang rembat kasut die tuh. kesian plak. waktu tu dah nk dekat berbuka, aku ngan man pegi reserve tempat tuk berbuka dlo, marol ngan din pegi cari slipar tuk bullah dan aziwan temankan die kat surau. kiteorg dah penat sgt haritu then decide tuk balik terus cyber. plan awal sebenarnya nk ke downtown cheras. Untuk shopping ke 2 plak, aku berkesempatan tuk ke downtown cheras pada esok malamnya (malam merdeka) dengan rom marol ngan man. ada jugak la hasil malam tue, jeans, short ngan belt. dorang pon ada jugak la barang yang dorang borong. Keesokannya plak, aku menemankan rasya shoopping. aku pon shopping jugak la. haha. klau teman pompuan shopping, paham2 la camne yerk, kiteorng ke sunway, OU dan ikano.

Sambutan hari raya!!
Aku dah ambik cuti awal2 lagik dengan company tempat aku internship. 7-15hb aku cuti. klau ikutkan 6hari kesemuanya. trainee paling lama cuti tuk raya. Tak kesah la dorang nak cakap apa, asalkan dapat raya. haha.  So 7hb tu aku balik naek bas pagi. tahun ni takde flight2 cam tahun2 lepas. haha. Pagi tu marol antar aku. Serious amat bosan tahap maxima atas bas tue. Nak tido pon sakit belakang. Tapi nk wat camne. Perjalanan mengambil masa 8 jam. aku smpai jam 5petang bersama ngan abang aku. bas asing2 sbb dari tempat berbeza. smpai je abah datang amik dan terus balik rumah. Hari tu berbuka ringan2 je kat rumah dan lepas maghrib terus ke restoran p-food. mama dah posn buat reservation n order makanan.  banyak jugak la makanan malam tue. aku dah ckp kat mama awal2 waktu balik puasa kat rumah masa awal2 ramadhan aritu yang aku nk belanja makan. so malam tu aku la yang belanja makan. boleh tahan sedap n harga boleh tahan la. Lepas je makan abah bawak kiteorg sume g jalan2. Keesokan harinya, kiteorg balik kampung besut. berbuka disana. Raya kali ni turn di Kota Bharu, sbb tu balik besut dlo. Persiapan raya sudah pon dibuat, so tunggu raya la plak. hehehe.

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin


kepada semua muslimin dan muslimat yang mengenali diri ini. 0-0 yer semuaa... Semoga Eid kali ini memberi seribu satu makna untuk kita semua... :)
e-card raya dari wan nasrul ikhwan

Friday, September 03, 2010

Bahana Kedai Mamak

Artikel ini agak panjang. Tapi bacalah sampai habis sebab diakhir artikel, korang akan rasa apa yang aku rasa.


Sebagaimana semua sedia maklum, saya mempunyai ramai pelanggan. Pagi tadi saya telah berborak mengenai  penyakit-penyakit 60-an bersamanya.

 Uncle M: Tahu tak sekarang ini penyakit-penyakit macam batuk kering (TB), sifilis, hepatitis B & C, kudis, sakit-sakit  kulit, sakit mata merah dah datang balik ke Malaysia.

 Hanief: Saya tak berapa pasti pula.

 Uncle M: Saya ni selalu berkumpul dengan kawan-kawan, ada yang doktor, peguam, NGO sana-sini. Semua profesional. Semua  akan bawa topik isu semasa untuk dikongsi. Salah satunya ialah isu penyakit ni.

 Hanief: Yang saya tahu, penyakit-penyakit tu popular zaman datuk dan nenek saya dulu. Negara kita masa 60-an tak cukup  bersih dan ubat-ubatan lagi.

 Uncle M: Tahu tak mana puncanya?

 Hanief: ...

 Uncle M: Kedai Mamak.

 Hanief: Haha... Kedai Mamak?

 Uncle M: Memang orang gelak berdekah-dekah bila saya cakap kedai Mamak.

 Hanief: Tapi kenapa dengan Mamak?

 Uncle M: Bukankah diorang guna pekerja asing dari India ? Ada yang bawa penyakit TB, paru-paru dan macam-macam lagi.  Lepas itu dia pun potongkan roti canai kau.

 Hanief: Hahahaha...

 Uncle M: Ada kawan saya seorang kena satu penyakit pelik lepas makan di kedai Mamak. Bila jumpa doktor, kata doktor  bukan TB, tapi sakitnya serupa TB, tanda-tandanya seperti TB. Akhirnya, doktor itu sahkan yang virus TB itu dah lalui  proses mutasi. Jadi, ini satu penyakit baru.

 Hanief: Dah pulih ke dia?

 Uncle M: Doktor tak ada ubat lagi. Macam tu juga.

 Hanief: Seram juga dengar ni. Memang pendatang asing ni tak ada pemeriksaan kesihatankan?

 Uncle M: Mana ada. Datang naik kapal terbang pun tak ada. Itu yang naik tongkang? Lagilah!

 Hanief: Baru-baru ni kerajaan nak jadikan Malaysia sebagai pusat transit pelancongan, tak payah guna visa.

 Uncle M: Itu semua mengarut. Konon singgah Malaysia transit lawat sekejap. Tapi penyakit dia? Siapa tahu?

 Hanief: Ada kemungkinan ke dia hilang pergi cari kerja.

 Uncle M: Apa pula tak boleh? Mula-mula datang naik kapal terbang. Lepas tu tak nak naik kapal terbang. Nak duduk cari  kerja pula. Itu yang Indonesia datang naik tongkang. Siapa boleh kawal?

 Hanief: Betul juga. Orang kita sendiri yang undang padah ambil pekerja asing ni. Kedai Mamak memang suka ambil pekerja  asing.

 Uncle M: Tahu pun. Saya dah lama tak makan kedai Mamak. Sebab pekerja asing itu mana ada dapat suntikan Polio, TB, BCG  dan lain-lain. Orang Malaysia ada semua tu. Sekarang saya makan di kedai Melayu saja. Tapi itu pun saya tanya, ada tak  pekerja Indonesia . Kalau ada saya tak makan. Buat apa saya bayar untuk dapat penyakit?

 Hanief: Betul juga tu. Tapi bolehkah kerajaan buat syarat tengok rekod kesihatan. Atau pun beri suntikan?

 Uncle M: Suntikan boleh kita beri. Tapi kosnya siapa nak tanggung? Tahu tak yang datang ke Malaysia ni lebihnya yang  bawa penyakit daripada bawa untung? Katakan negara kita dapat untung RM10 juta setahun. Tapi kita nanti terpaksa  belanja RM100 juta untuk basmi penyakit yang dibawa pendatang asing.

 Hanief: Logik juga ya?

 Uncle M: Nak buat untung ke? Nak kumpul penyakit? Jadi kau fikir-fikirkanlah lepas ni.

 Hanief: Ini kali pertama saya dengar. Kalau dahulu, paling hebat pun cerita Mamak rendam seluar dalam.

 Uncle M: Itu cerita biasa. Konon nak bagi laris dan sebagainya. Tapi penyakit ni boleh terbang melalui udara, air dan  serangga. Ada satu restoran Mamak tu siap gantung kalimah Allah S.W.T dan Muhammad S.A.W. Siap pasang ayat Quran lagi.  Rupa-rupanya India . Ayam ambil dari pembekal Cina tak sembelih pun. Pembekal Melayu mahal. Kemudian sayur, kadar  racun serangga dia tinggi.

 Hanief: Itu saya pernah dengar. Orang Bangladesh buat pendapatan sampingan dengan tanam sayur tepi pusat pelupusan  sampah. Lepas itu jual di pasar.

 Uncle M: Air pun boleh menyebabkan kematian juga. Sebab air kita ada klorin. Klorin ni boleh buat kita mati. Bagi  arnab ke ikan, pasti boleh mati. Kalau manusia mungkin pening-pening saja. Kemudian telan Panadol. Panadol ni dia tipu  otak kita saja. Sakit masih ada, tapi tak rasa.

 Hanief: Painkiller ke?

 Uncle M: Yalah! Sebab itu tak rasa sakit lepas makan. Semua instant. Itu kalau tak silap dalam teh tarik tu, dia  campur sikit serbuk daun ketum. Itu yang lepas minum tu rasa pandang kejap jauh, kejap dekat. Ramai orang suka teh  tarik.

 Hanief: Biar betul! Rasa macam Malaysia ni dah diprojekkan untuk terima satu peperangan dalam bentuk bawaan penyakit.  Macam warga Red Indian di Amerika dulu.

 Uncle M: Itulah. Ada pelbagai andaian. Kita ramai yang suka makan di kedai Mamak. Sebab? Sama-sama Islam. Kau  fikir-fikirlah sendiri.

 Hanief: Kenapa dalam berita tak ada laporan pun?

 Uncle M: Kawan saya doktor pakar di Hospital Selayang. Kata dia, kerajaan terpaksa rahsiakan. Dia tak nak orang  Malaysia panik. Bayangkan berapa juta pekerja asing ada di Malaysia ?

 Hanief: Betul juga. Restoran Mamak pun berlambak dalam Lembah Klang.  Liana meninggal dunia akibat batuk kering  ...akibat penyakit batuk kering di rumah keluarganya di Taman Pangkalan Barat Mewah, Pasir Puteh di sini semalam.  from Kosmo! - Jan 28, 2010 2:59 AM

 Amaran tibi  ...jangkitan penyakit batuk kering atau tibi sekitar Lembah Klang semakin membimbangkan apabila meningkat daripada  1,253 kes pada 2007 kepada 1,387 kes sepanjang 2008 dengan tujuh kematian.  from Harian Metro - Apr 4, 2009 10:28 AM

 Ketua Biro Utusan Perlis meninggal dunia  ...akibat penyakit batuk kering (Tibi).  from Utusan Online - Jan 8, 2009 10:23 AM

 Hasil kajian INFORMM diiktiraf  ...taun dan batuk kering.  from Harian Metro - Jun 10, 2008 11:46 AM

 Kelonggaran eksport kera ditarik balik elak wabak  ...batuk kering (TB) dan hepatitis.  from Berita Harian - Feb 2, 2008 10:27 AM

 Bekas polis derita sakit  ...akibat penyakit batuk kering dihidapinya sejak enam tahun lalu menyebabkan kerosakan paru-paru.  from Berita Harian - Jan 24, 2008 9:49 AM

 Tiga peratus warga asing bawa penyakit  ...batuk kering, sifilis dan Hepatitis B serta C, setiap tahun.  from Berita Harian - Dec 3, 2007 1:11 AM

 Tiga peratus warga asing bawa penyakit  ...sifilis dan Hepatitis B serta C, setiap tahun.  from Berita Harian - Dec 3, 2007 1:11 AM

 4,000 pendatang bawa sifilis  ...kelamin jenis sifilis apabila diperiksa semula dalam saringan kesihatan selepas sebulan berada di negara ini,  sepanjang tahun lalu.  from Harian Metro - Nov 14, 2007 9:40 AM

 2,571 mati dalam penjara, pusat tahanan  ...depoh tahanan pendatang tanpa izin, meninggal dunia akibat pelbagai penyakit sejak 1999 sehingga tahun lalu.  from Berita Harian - Mar 24, 2009 9:04 AM

 Pendatang hidap HIV dihantar pulang  ...menghidap pelbagai penyakit kronik termasuk HIV selepas menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik tiba di negara ini.  from Harian Metro - Nov 23, 2007 10:01 AM

 Renung-renungkan…. 


Credit to : Khai Oh! Media