Saturday, June 30, 2012

Hangover Bali (Day 2)

Day 2 - 10 June 2012 - Sunday
Kuta Beach

Bangun pagi, gosok gigi, mandi, solat, siap2. Around 815am, gather kat cafe house hotel untuk breakfast. Beberapa pilihan makanan yang disediakan, tapi tak tau la apa yg aku boleh makan. (in term of halal food). Nasi or Mee mmg dah bukan pilihan aku dan yang lain, sbb sah2 ada ayam kat dalam tue, so pilihan aku scramble egg, pan cake, orange juice and coffee. Ingatkan scramble egg die kosong die, padahal ada ham/chicken/?? tak pasti lah ada dia, so kiteorg rejected je terus. Terpulang atas individu untuk menilainya. 
Breakfast at Bakung Sari Hotel
So lepas breakfast, kami ke lobby hotel untuk menyewa speedo motor (Motosikal). Sewa untuk sehari  (24jam) hanyalah RP50000. Just letak no bilik, dan no lesen malaysia, anda boleh bawak motor di Bali. Hehe. Petrol kat sana RP5000 je kot sebotol (kalau tak silap la). Motor dah settle, apa lagi, jom jalan2 bandar Kuta. 
Speedo Motor
Destinasi pertama kami adalah BSO, Bali Surf Outlet. Berpandukan map kecik yg diberi oleh receptionist hotel, kami redah jalan di Kuta tue. Ada 3 - 4 bijik outlet sepanjang jalan yang kami lalui. Satu-satu singgah, tap satu pon tak beli sbb semua saving untuk hari last. haha.   
Bali Surf Outlet
Dalam Jam 11 pagi, kami plan ke destinasi seterusnya, Atticus Store (tiada di Malaysia). Aku dan amir (satu motor) Faiq dan Gemok (satu motor), memandangkan faiq dah exited untuk ke kedai yang di impikan tu, aku hanya mengikutnya dari belakang. POM! Motor dah goyang, demn, tayar pancit. Faiq dah laju kat hadapan. Hadoi. Aku mencari inisiatif untuk mintak tolong orang kat sana untuk pinjamkan phone untuk telefon brother motor ni, tapi hampa, semua tak nak tolong. Then cari kedai phone berdekatan, beli sim card yg paling murah untuk lepaskan dapat call brother motor dan contact faiq je. Lepas sejam, baru brother motor tu datang dan tukarkan motor baru. Dapat SMS faiq cakap kat kedai Atticus, naeb baik die kasi direction skit2, tapi main redah je lah. Jumpa balik kat kedai Atticus. Demn! Mmg harini berjalan untuk cari kedai2 yg takde kat Malaysia je la. Dah penat pusing2, lepak2 di Starbuck kejap. Compare harga kat sana dan malaysia lebih kurang je. Rasa pon sama. 
Sambil2 pusing jalan2 kat Bandar Kuta, amik kesempatan untuk beli sim card untuk guna kat iphone. Senang nak berhubung dan pakai plan data untuk main Facebook Twitter 4square. Hehe. Agak murah la, RP60000 untuk penggunaan sebulan, dalam RM20+- Malaysia je. Dah penat jalan2, petang tu singgah di Pantai Kuta. Cantik dan bersih, tak macam pantai kat Malaysia Kotor! Petang tu just lepak2, amik2 gambar je. kat sini mmg tempat org surfing, mmg ramai yang surfing. Sayang gile tak dapat nk surfing kat sini, sbb tentative dah penuh. Next time maybe. :). Kalau lepak kat sini, jaga2 dengan makcik-makcik yang jual barang, sebab dia akan paksa kita beli barang sampai kita beli. Contohnya macam si gemok kene. Sorrylah makcik, makcik goda macamana pon, saya tak layan. Makcik tu siap nak offer urut2 kaki la, apa la. At least makcik2 ni usaha untuk cari duit, lagi bagus daripada orang2 yg mintak sedekat kat tepi2 jalan yang belambak kat Malaysia nie. Jam menunjukkan jam 5petang. Planning asal untuk ke Uluwatu untuk melihat matahari terbenam, tapi memandangkan jarak perjalanannya mengambil masa 1jam, dan tak tahu jalan, kami decide untuk balik ke hotel untuk berehat kejap dan sambung berjalan pada malam hari. :P 
Sampai hotel, plan nak mandi  pool kat sana, amir n gemok teruskan dgn plan tu dulu sementara aku ngan faiq pegi BSO balik untuk beli barang. Balik dari BSO baru terjun pool kejap. Lepas siap2 mandi n rehat, siap2 untuk keluar. Amir dah plan dengan member die yg kerja kat sini untuk lepak dan bawak tmpat makan best2.  Then kiteorg gerak ke McD pantai kuta (dah pro dah jalan waktu nie), jumpa Man dan kawan dia kat sini. Just lepak2 jap cerita pasal dunia Telco kat Bali ni, then die bawak ke kedai makan. Dah lupa apa nama kedai tue. (will update soon kalau ingt).  Lepas makan.... to be continue.... 

Kuta Beach

Makcik2 sedang memaksa2 untuk membeli kraftangan beliau.
XL Axiata, emergency sim card.

Blue Panic - Got Macbeth Shoes here!

Kuta Beach

Kuta Beach


Kuta Beach
Surf Discovery

Speedo Motor ke dua. PINK!

Atticus Store

Supper at KFC Pantai Kuta
TELKOM SEL - Flash Unlimited Usage. RP60000

Ke pantai kuta untuk lepak2 tengok night life kat sana. Lepak kat KFC Kuta, sajian utama KFC kat sana WAJIB ada Nasi. Memang dah trend kat sana kot. Supper kat KFC je lah malam tue. Around 12am, balik ke hotel untuk tidur. Esok perjalanan yang jauh akan menanti kami. Hehe



Sunday, June 24, 2012

Hangover Bali (Day 1)

Day 1 - 9th June 2012 - Saturday

Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Flight kami pada harini pada jam 5.50pm. Aku, Faiq dan Faris (Gemok) bertolak dari Kinrara pada jam 4ptg, sudah agak terlambat sebenarnya, tapi apa boleh buat, aku hanya menumpang mereka. Syukur sbb sampai di LCCT jam 5pm. Amir dah tunggu kat sana. Just nicelah sbb tunggu turn untuk letak bag je, self check in dah buat awal2. Flight kami pada petang sedikit lewat, 620pm camtu kot baru flight gerak. Perjalanan mengambil masa 3jam. So, dalam flight tidur jer lah, sambil2 tu, snap gambar dari luar untuk hilangkan bosan. :) 

900pm, tiba di Denpasar International Airport. Pak Putu, dari Bagus Travel sedang menunggu kami di pintu luar airport. Kami telah mendapatkan perkhidmatan beliau sepanjang 2 hari disana, selebih kami hanya menggunakan perkhidmatan motorsikal disana. Pak Putu membawa kami ke Bangku Sari Hotel. Hotel yang telah kami book seminggu sebelum ke sini dengan menggunakan Agoda.com. Setelah tiba di Hotel, kami selesaikan urusan pendaftaran. FYI, di Bangku Sari Hotel, bilik Superior adalah Bilik Biasa dan Bilik Standard adalah Bilik Luar Biasa. Hahaha. Maksud aku, bilik standard lagi better dari bilik superior. Aku dan amir duduk bilik standard, faiq dan Gemok di bilik superior. Apa boleh buat, orang yang book bilik dah mintak bilik superior, aku ngan amir mengalah je lah, tapi kiteorg plak dapat bilik yang ok. hehe. Masing2 balik ke bilik dan bersiap. Semua dah lapar, dan lepas bersiap, terus mencari kedai makan. Kami dah pun di-suggest-kan oleh Pak Putu untuk makan di satu restoran berdekatan dengan hotel, Nasi Pedas (tak ingt nama kedai). Sampai je kedai tu, masing2 pilih lauk, Macam nasi berlauk kat Malaysia gak la. Nama pon nasi pedas, mmg pedas la. Aku rasa agak costly kot, sbb nasi + ayam + telur + teh botol + aqua = RP25000 = RM8++. Tapi, layankan sahaja, sbb itu je yang ada dan Halal! Kat Bali ni kene memilih skit bab makan, sbb tak ramai muslim kat sini. So pandai2 la yer. Lepas je makan, kami jalan2 kawasan hotel dan ternampak plak gerai murtabak dan terang bulan. Terang Bulan ni sebenarnya Apam Balik, kat sana panggil terang bulan. Ada la diorang beli sikit tuk rasa dan tuk back up makanan malam nie. Sampai je hotel, dapatkan perkhidmatan wifi, untuk online kejap, then balik hotel untuk rehat dan ready untuk perjalanan esok. 

Pasport and Boarding Pass

Sepang Gold Cost

Welcome to Bali!

Quiksilver!

Denpasar Airport

Nasi Pedas
Murtabak. Tengok Minyak dia pakai... haha
Denpasat International Airport

Terang Bulan in the making. :)
Bakung Sari Hotel - Standard Room


Saturday, May 19, 2012

Hangover Bali (intro)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama sangat rasanya aku tak update blog ni. Kali ni aku nak ceritakan sikit la serba sedikit tentang percutian aku dan kawan2 ke Bali. (kwn2 - amir, faiq, faris). Mungkin boleh dijadikan guideline utl sesiapa yang ada plan utk kesana. Percutian ni dirancang dalam masa sebulan je, planning asal kami adalah untuj ke bercuti di Thailand, memandangkan semasa process perancangam tue, tiket airasia ke Bali boleh dikatakan agak affordable utk kami beli, so plan kami pertukar ke Bali. Dengan harga tiket RM289 (tak termasuk baggage dan insurance), kami telahpun membelinya pada awal May dan penerbangan kami pada 9 - 13 June 2012. So perancangan tentative telah dirancang oleh amir. Menanti hari kejadian, sedikit sebanyak perbincangan dan preparation telah dibuat bg menjayakan trip ke Bali ini. Ikuti sambungannya di post mendatang utk details perjalanan kami.

Friday, May 18, 2012

Blogging by using phone

Salam dunia...

Teknologi memudahkan segalanya. Dahulu blogspot hanya digunakan di web pada pc or laptop, skrg dengan menggunakan phone sahaja. Alhamdullilah, dengan sedikit saving yg ada, dapat juga aku memiliki iPhone. Segalanya di hujung jari dengan iPhone. Jika berkesempatan, aku akan curahkan pendapat aku pada blog ini hanya dengan menggunakan iphone. :)

Monday, June 13, 2011

Zoom Sarawak 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sudah lama aku meninggalkan zaman ber-blog nie. Perasaan untuk ber-blog tu ada, cuma kekangan masa dan kemalasan untuk menaip. Tapi untuk kali ni, aku ber-blog untuk tinggalkan kenangan untuk diri sendiri bagi sesuatu program yang bagi aku sukar untuk dilupakan. Zoom Sarawak 2011. Perancangan untuk program ni mmg dah awal dah, tak silap dari July 2010 dan sepatutnya direalisasikan Febuari 2011, tapi disebabkan masalah2 yg tak dpt dielakkan, program terpaksa ditukar kepada May 2011. Kiranya program terakhir SRM sebelum menutup tirai 2010/2011 la. Untuk program ni, aku telah menawarkan diri untuk menjadi Head of Sponsor Division. Reason?? Aku tak pernah pegang biro ni dan aku nak sahut cabaran tu untuk diri sendiri tengok sejauh mana kemampuan aku. Aku bersama-sama hanafi ijat adzeem ezry nadiah dan shaniza menggalas tanggungjawab untuk mencari dana untuk menampung program ini. Alhamdulillah, beberapa company telah berjaya menaja program ini. Semua ni atas bantuan komiti2 sponsor sendiri dan bantuan komiti2 zoom sarawak. Antaranya adalah.

  1. Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (Wang)
  2. Gempak Starz (Goodies)
  3. Karangkraf (Goodies)
  4. Patimah Mail Enterprise (Makanan sepanjang di Kuching)
  5. Wija Trading (Goodies)
  6. 1-Rod - CISB (Wang)
  7. Adabi (Goodies, Hamper, Penyertaan)
  8. SRC (Wang)
  9. STAD (Wang)
  10. ILuvIslam (Promosi)
  11. Individu 1 (Wang)
  12. Individu 2 (Wang)
  13. SRM - Penaja Terbesar.
Alhamdulillah, walaupun tak seperti yang diharapkan, sedikit sebanyak wang dan barangan yang diperoleh berjaya menampung program ini. Selain dari wang yang didapatkan dari program ini dari bahagian sponsor, kami satu team zoom sarawak dah laksanakan jualan selama hampir 2 bulan didalam kawasan hostel iaitu jualan nasi lemak. Banyak jugak hasil keuntungan dari jualan nie. Oh, ada lagi, selain tu ada buat volleyball tournament dan futsal tournament utk jana duit, tapi hasilnya takde la byk sangat, yang penting ada dan dapat melatih student2 untuk menjalankan event. Hehehe.

21 May 2011

Bermulanya episod 1 perjalanan program zoom sarawak. iaitu bermula dengan ice breaking pada pukul 6petang memandangkan ada yang habis exam pada jam 5ptg. So Ice Breaking ni just simple punya icebreaking untuk mengeratkan lagi hubungan antara peserta2. Pada malam tersebut, jam 830malam, sesi  TOT diadakan bagi memastikan setiap orang faham akan tugas dan tanggungjawab masing2 semasa program dijalankan. Bukan itu je, malam tu jugak last preparation dibuat, check list barang, packing dan macam2 lagik.

22 May 2011

Aku Luqman Shahrom dah mula berkampung di bilik SRM seawal 4petang selepas check out hostel. Malam tu ramai yang berkampung dibilik SRM memandangkan semua dah kene move out dari hostel. Petang tu, aku napi amir faris adzeem aidil amik kesempatan untuk ke alamanda untuk mencari sedikit makanan utk dimakan malam ni. Yang pompuan ditempatkan dirumah sir hazimin. Geng2 laki duk main PES je, ada yang amik kesempatan untuk buat preparation, timbang beg, dan ada yang tido je malam tue. Yer le esok tu pagi2 dah nak gerak. Sambung hari seterusnyaa.....

23 May 2011

Hari yang ditunggu hampir 8bulan sudah tiba. Jam 230pagi semua dah dikejutkan untuk mandi dan bersiap untuk ke KLIA. Ada yang mandi kat bilik SRM, ada yang mandi kat stadium. 230pagi tue. hahaha. Jam 330pagi, taklimat akhir disampaikan oleh shahrom. Sarapan seawal jam 3pagi disediakan untuk mengalas perut sebelum ke KLIA. Barang dah tersedia, bas dah tersedia, dimulakan dengan doa oleh ezry, kami bertolak ke KLIA jam 430pagi. Jam 5 pagi tiba di KLIA, trip pertama adalah jam 710pagi dan trip ke 2 jam 1140pagi. Aku in-charge untuk trip pertama, utk check in tix dan bag, ambil masa dalam 20-30minit jugak la, ye la 280kg punya barang nak dibawak masuk. itu baru trip pertama. hahaha. Selepas check in, semua ke surau untuk solat subuh dan kemudian masing2 bawa diri untuk mencari sesuap makanan untuk breakfast. Aku dan yang lain ke KFC pagi tu, tengah2 makan, biasa la, ezry buat lawak nak masuk degree die. Hahaha. Jam menunjukkan 640pagi, masa untuk boarding. Rasanya dah just nice gerak 640, padahal dah lambat, siap ada yang tertinggal handphone la. Hayaaaa, macam kat Sabah dulu jugak.

Dalam anggaran jam 845pagi, kami tiba di Kuching International Airport. Terasa amat excited pulak. Haha. Macam biasa, aku tak suka naik flight sebab aku susah nak hilangkan kebengangang kat telinga neh, sebelom touch down la waktu aku paling benci sebab sakit telinga macam nak jerit satu flight kasi semua org dengar. Hahahaha. Tapi biasa la, buat2 cool sudah. Setiba di airport, jumpa pulak geng2 ngabas borneo dari SRM Melaka. Ada jugak borak2 tanya flow program dorang macamana.

Malang tak berbau, lepas je keluar dari bahagian imegrasion tue, masing2 collect bag, ada 2 bag dari trip pertama ni missing. Kelam kabut la aku amal luqman dan yang lain2 nak settlekan. Terpaksa koyakkan semua tag yang ada untuk check no mana yang missing. Nasib baik dapat settlekan, itupun take time jugak la. Satu bag orang lain TER amik, dan satu bag lagi boleh pulak TER pegi ke Sabah. Sambil2 menunggu trip ke dua sampai, ada yang ke McD, lepak2, main laptop, tido dan lain2 lagi. Memandangkan syaza ada nak pakai suratkhabar, aku rom ngan napi follow atok utk cari suratkhabar. Boleh la jalan2 kejap pusing bandar kuching. Alang2 tu, dapat jugak pekene Laksa Sarawak dan Mee Kolok besebelahan dengan Wija Trading (salah satu sponsor zoom). Bagi aku, laksa sarawak mmg best, mee kolok kurang skit. Hehehe. Singgah rumah atook jap untuk solat dan amik makanan untuk lunch dan terus ke airport memandangkan trip ke 2 dah nak smapi. Bas UNIMAS pon dah sampai, budak2 trip ke 2 pon dah sampai, so next destination adalah ke Muzium Sarawak untuk ushar2 apa yang ada dan untuk lunch kat sana. Lepas ke Muzium, plannya nak ke waterfront, tapi cancel sebab hujan dan terus balik ke UNIMAS untuk check in rumah. Not bad la rumah@hostel, kalau MMU nye hostel camtu mmg best la. Peserta lelaki ada 3 rumah, dan pompuan ada 2 rumah dan satu hall khas untuk makan. Aku satu bilik dengan shahrom dan rumah tu hanafi sirhazimin ezry syafiq erol ali. Yang lain2 kat rumah lain la. :P. Jam menunjukkan jam 6petang, waktu tu aku da janji dengan pihak adabi untuk dorang kasi hamper dan goodies bag kat hostel unimas tue. Orang lain duk syok tidur, aku duk menunggu, last2, malam jugak dorang sampai. 20 Hamper dan 100 goodies bag pihak adabi bagi untuk zoom sarawak.

Malam tue, buffet makan malam disediakan oleh Patimah Mail Enterprise. Sedap2. Hehehe. Lepas makan makan, ada sikit discussion yang akan dibuat untuk memastikan program di SK Maludam berjalan lancar. Malam tu aku dah weng dah atau dalam bahasa yang lebih sopan, kepala aku dah pening tahap maksimum dah. Harini dah all out, byk tenaga dah pakai. Plan nak tidur awal, tapi lambat jugak sbb kene packing bag utk esok, aku ngan rom plan utk share bag je, senang sikit. Lepas packing, terus ZzZzZzZzZzZz... pagi tu dah kene get ready seawal 4.30pagi sebab bas akan bergerak jam 5pagi.

24 May 2011

To Be Continue...

Monday, March 14, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Dah lama jugak aku tak update blog nie. Kali ni aku nk menghabiskan masa aku dengan berblog (kalau ada masa la). 10 Mac 2011 adalah masa yang paling aku tunggu2, iaitu utk menonton Hikayat Merong Mahawangsa (HMM). 3 Hari sebelom tayangan, aku dah beli tiket melalui online. 11 tiket sekaligus beli. Main redah je la, sapa nak amik. Ternyata, tak smpai pon hari tayangan lagik, hall dah pon full. Review pasal filem yang aku nanti2kan nie, tenyata mantap. Tapi apa yg aku expect dari filem nie adalah lebih tinggi dari apa yang aku lihat. Mungkin aku expect 4.99/5bintang, tapi aku rasa 4.5/5 bintang je.

1. Penceritaan
Bagi aku penceritaan die bagus, cuma ada part yang kurang skit, maksud aku bosan. Tapi tu la, ni filem epik atau boleh dikatakan lagi cerita sejarah, so kalo nk expect lebih pon tak boleh la. Penceritaan oke la, tapi aku tak brapa faham skit bab tahyul atau sihir2 nie. Adakah sejarah langkasuka @ garuda berdasarkan amalan sihir? sihir die pulak bukan calang2. Bab tu aku tak berapa tahu sangat, tapi dari sejarah merong mahawangsa tu aku faham la. Hehehe.

2. Graphic
CGI kat malaysia ni walaupon takde la baru sangat dan takde la lama sangat, graphic die boleh dikatakan mantap la untuk filem malaysia. walaupon ada beberapa cacat cela skit, terutama kat sampan2 askar2 garuda yang kene bakar oleh merong dengan pantulan cahaya matahari tue. apa salahnya kalau bakar terus sampan tu, baru nampak real. hehehe. yang lain semuanya mantap!

3. Pelakon
Pemilihan watak2 utama memang terbaek! semuanya kene dengan watak dorang. Stephen rahman mmg pemilihan yang terbaek untuk watang merong. EMBOK! serious umi nazera nampak hot! natural beauty die terserlah. khir rahman pon menjadi. cuma kenapa watak jehan miskin cuma ibarat watak biasa, kalau ada sedikit dialog untuk die mungkin lagi best. Pelakon2 extra - askar2 die agak kurang skit, sebab askar2 ada kurus keding, ada gemok, kalau amik yang badan sedap2 skit baru nampak mantap skit team askar2 tue. hehehehe.

4. Bahasa
Penggunaan Bahasa Inggeris oke la, macam tak terperasan plak ni filem malaysia. hahaha. Penggunaan bahasa melayu die plak puitis sangat, sampai susah nak faham maksud yang cuba disampaikan. Tapi yusry kru dah tukar 17 kali script die kan. so rasanya inilah yang terbaek.

Overall, bagi aku inilah yang dinamakan FILEM! Bukan macam "filem" lain kat malaysia ni yang mengangkat filem mereka sebagai filem, tapi sebenarnya kat tahan TELEMOVIE sahaja. Well DONE KRU! Keep up a good work! Serius mantap! Rugi sape tak tengok!

Sekian. :)