Day 3 - 11th June 2012 - Monday
Barongan Dance
Perjalanan hari ke 3 dimulakan dengan Breakfast. Macam hari sebelumnya, makan di Hotel Bakungsari. Seperti yang dirancang, perjalanan bermula pada jam 8.15pagi terus ke tempat Tarian Barongan. Persembahan bermula pada jam 8.30pagi dan kami tiba di lokasi 10minit lewat. Bayaran dikenakan sebanyak RP100,000 seorang. Tarian Barongan ni boleh dikatakan persembahan wajib tonton la kalau datang ke Bali. Tarian mengambil masa 1jam. Aku agak Blur skit dengan maksud persembahan yang cuba disampaikan walaupun telah diberikan sekeping kertas yang menceritakan chapter by chapter maksud persembahannya. 1jam berlalu bergitu sahaja, dah habis. Ada beberapa babak yang lawak la dalam persembahan ni. Tapi agak terasa rugi sbb tengok persembahan semata-mata, patutnya lepas habis persembahan tu buat la sesi bergambar dengan penonton, rugi tak dpt amik gambar ngan awek2 pelakon tue. Hehe.
 |
| Kuih Muih Indonesia |
Perjalanan diteruskan lagi ke
Yanyan Gold and Silver Smith di daerah Sukawati Bali, perjalanan mengambil masa lebih kurang 30minit dari tempat Tarian Barongan tadi. Dalam perjalanan ke sini, rakan kepada Pak Putu (Driver kami) telah memberi kuih muih. Beberapa kuih yang ada mcm kuih kat Malaysia je. Hehe. Sampai kat tmpt ni, kami disambut oleh gadis2 dan diberikan satu cup air mineral. Kat sini ditunjukkan pembuatan emas dan perak dan menjual rantai gelang cincin dan pelbagai lagi barangan berasaskan emas dan perak. Harga? Cam tak berbaloi je nak beli, kat Malaysia pon ada, dan tak beli pon. Hehe.
 |
| Yanyan Gold and Silver Smith |
 |
| Yanyan Gold and Silver Smith |
Selepas pusing-pusing Yanyan Gold and Silver gallery tue, kami ke Gianyar Sukawati Art Market, dalam 5-10minit dari Yanyan Gold and Silver gallery. Kat sini memang penuh dengan lukisan-lukisan. Kami disambut dengan cara cara untuk melukis sesebuah lukisan. Memang banyak yang menarik, tapi harga2 kat sini pon sangat lah menarik sampai membuatkan aku tak terdaya untuk beli. Hehehe. Lukisan-lukisan kat sini dikategorikan kepada beberapa bahagian, nature, abstract, culture dan macam-macam. Kami pulang dengan tangan kosong... :) Sebelum ke destinasi seterusnya, kami singgah ke salah satu kuil yang berada di kawasan Sukawati. Untuk memasuki kawasan kuil itu, kami dikehendaki memakai kain sarung untuk menghormati agama mereka. Masuk ke sana pun untuk melawat, bukan buat apa2 pun. Niat tu penting. :)
 |
| Gianyar Sukawati Art Market |
 |
Gianyar Sukawati Art Market
|
Destinasi seterusnya, Gunung Batur!! Salah satu gunung berapi yang masih aktif yang ada di Bali. Gunung Batur terletak di kawasan Kintamani. Antara benda yang famous kat sini adalah makan di restoran sambil melihat keindahan dan pemandangan Gunung Batur. Pak Putu suggest kami untuk makan di Restoran Panca Yoga Kintamani Bali. Insyallah Halal. Kat sini makan ala buffer, RP70000 per person. Makanan kat sini sedap jugak la. Yang penting datang sini untuk lunch sambil tengok keindahan alam ciptaan Allah. Memang cantik.
 |
|
 |
|
 |
|
 |
|
 |
|
Dah kenyang menikmati lunch sambil melihat keindahan alam, perjalanan diteruskan lagi ke Agro Culture Bali And Coffe Luwak - Tegallalang, Bali. Kat sini boleh dikatakan kebun buah-buahan la. Yang special kat sini adalah Kopi Luwak. Kopi Luwak adalah kopi yang telah dimakan oleh sejenis musang, kemudian musang itu akan membuang kopi tersebut melalui tmpt pembuangannya. Ada sesetengah orang cakap kopi ni haram, tapi sepanjang berjalan dan dengar keterangan dari org kat sana, ada baca beberapa fakta yang mengatakan Kopi Luwak ni halal. Tengok dari process pembuatannya pun, ianya meyakinkan kopi ni halal. Selepas mendengar keterangan sorang brother ni, kami dijamu dengan 8 jenis air kopi/coklat/tea yang dibuat disini secara percuma. Tak silap ada kopi, mocha, coklat, halia, limau dan lain2. Dah nama pon kopi luwak special kat sini, rugi la kalau tak try. So dengan segelas kecil (mcm gmbar kat bawah, gelas putih), kami pesan 2 cup kopi luwak untuk mencubanya. Satu cup berharga RP50,000. Rasanya memang kaw-kaw. Katanya memang banyak khasiatnya. Dah minum kopi tadi, kami dibawa ke kedai yang menjual kopi yang diminum tadi. Pusing-pusing kedai tue, mmg mahal la kalau nk beli Kopi Luwak ni, aku bercadang untuk beli kopi biasa je. Brother tadi ada offer untuk cuba minum air mineral, so pegi la kat brother tue, dia amik satu botol dan suruh kami bau, dia cakap air tu sedap. Dengan selamba aku hidu, perghhhhhhhhhhhh, kuat gila, air mineral apa neh, tengok label die, ARAK BALI!!! Thanks lah brother, naseb baik aku tak minum. Air tu adalah Coconut Wine. Gilalah, so jangan terpedaya yer!! Air mineral dikenalai sebagai air aqua di Indonesia. Harap Maklum. Dah2, jom pergi next destinasi.
 |
| Kopi Luwak |
Lokasi seterusnya adalah Tegalalang, dalam 30-45minit dari Agro Culture Bali tadi. Tegalalang famous dengan padi teres atau lebih dikenali dengan padi bukit. Ikutkan infrastructure bendang padi tu sangatlah menarik, sbb ianya jarang dilihat di Malaysia. Sayangnya, kalau padi tengah menghijaukan cantik, waktu kiteorg pegi tu baru lepas menuai kot. At least ada experience la tengok padi bukit. Haha.
 |
|
 |
|
 |
|
Dah penat satu hari berjalan, tiba masa untuk ke bilik hotel. Seperti yang dirancang, malam ini kami akan menginap di kawasan Ubud. Ubud ni salah satu pekan di Bali, banyak kedai2, kelab, restoran kat kawasan nie. Dalam jam 5petang, kami tiba di Gayatri Bungalow 2. Tempat ni sangatlah epic! Boleh tengok gambar2 dia, tapi kawasan dia cantik la. Bilik yang kami dapat tu agak besar la, yang tak best sbb takde TV!! Memang bosan lah jugak. Petang tu rehat2 je, walaupun takde la petang sangat, pukul 6ptg pon dah mcm pulul 8mlm kat Malaysia. So kami siap2 untuk cari makanan malam. Apa yang disangka, banyak la restoran untuk kami makan, so kami decide untuk berjalan kami sekitar pekan ubud mencari kedai makan. Berjalan selangkah demi selangkah, dah hampir sejam lebih kami berjalan, tapi satu kedai yang ada logo Halal pon kami tak jumpa, yang ada hanyalah Club dan Restoran2 yang sah2 tak halal. Dah penat check 4square dan google, mmg susah nak cari kedai muslim or halal kat sini. Dah tengok maps, hampir keseluruhan pekan ubud kami dah pusing, sampai la kat depan hotel balik, aku pegi tanya teksi, mana nak makan makanan halal, dia cakap mmg takde kat sini, ada pun jauh skit, kene naik teksi. So layankan saja la naik teksi dia semata-mata nak g makan. Alhamdulillah, ada jugak tempat makan. Kenyanggg..~~
 |
|
 |
|
 |
|
 |
|
 |
|
 |
|
 |
| Suasana malam di Ubud |
Dah kenyang makan, balik ke hotel. TV takde, apa nak buat?? Just lepak2 kat luar hotel depan pool, sambil tengok2 gambar yang diambil sepanjang kat Bali dan tengok2 maps untuk perjalanan seterusnya pada esok hari. :)