Friday, July 30, 2010

Sabah Part 3

Waktu ingin memulakan perjalanan
30 Disember 2009 - Bermulalah hari yang dinanti-nantikan. Bangun jam 12.00tghmalam. Segala persiapan dah pun dibuat sebelum tidur tadi. Cuma dari segi pakaian, aku lengkapkan diri aku dengan 4 helai tshirt dan satu sweater, 2 helai seluar track, 2 helai sock, 2 pasang glove dan skaft utk kepala. Aku takde bawak sweater yang agak tebal membuatkan aku memakai 4helai tshirt. haha. 12.30tghmlm, kami mula supper untuk menambahkan tenaga sebelum pendakian fasa ke dua bermula. Makanan terdiri daripada roti bakar dan air nescafe panas. Apa yang dijanjikan dengan tour guide adalah kami mesti siap dan mula bergerak jam 1.30pagi. jam 130pagi tu mmg kami semua dah siap, cuma tour guide kami tak muncul2. smpai la jam 1.50pagi, baru dieorg datang. Alasannya adalah "Biasa la, janji melayu". Ada dikalangan peserta yang agak senior umurnya agak sensatif dalam isu ini. Kita letakkan masalah itu ditepi dahulu. Kami memulakan pendakian kami dengan bacaan doa untuk mempermudahkan segala urusan pendakian kami. Jam 2.00pagi, bermula lah pendakian kami. Cuaca ketika itu boleh dikatakan agak sejuk, mungkin kurang dari 10 darjah celcius. Pada permulaan, track agak biasa dan landai, ada disediakan tangga di permulaan pendakian pada fasa ke 2. kelihatan tangga2 itu baru sahaja dibina. Pendakian agak perlahan disebabkan cuaca terlalu sejuk, badan tak dapat nk control cuaca menyebabkan perjalanan agak terhenti-henti. SEJUK WOOO. Aku meneruskan langkah bersama-sama kumpulan di bahagian pertengahan bersama-sama Nurul, Zul, Arab dan lain2. Kumpulan kami tidak terlalu cepat, dan tidak terlalu lmbat, kami menunggu antara satu sama lain. Dalam keadaan sekarang, bagi aku teamwork amatlah penting dan kata-kata semangat antara kumpulan. Kami dikehendaki untuk memanjat batu batuan dengan menggunakan tali. Pada peringkat tu, kekuatan diperlukan. Langkah demi langkah aku susuri bersama team aku, tibalah kami di pondok terakhir sebelum tiba dipuncak gunung kinabalu iaitu Pondok Sayat Sayat. Pada waktu itu, jam baru menunjukkan jam 330pagi. Kata tour guide kami tue, pendaki2 dikehendaki smpai sebelum jam 5pagi, klau tidak pintu pondok itu akan ditutup. Kami berehat seketika disitu, makan2, minum2. Kumpulan kami tiba agak awal di pondok tu. Pemandangan disitu agak sayup2 je, tapi yang cantik waktu tu dapat tengok team-team lain yang sedang menuju ke atas dengan suluhan head lamp masing2. dah nampak macam askar tengah beratur ramai2 masuk hutan je. Kesejukan kat kawasan tu mmg takleh nk gambarkan la. Setelah menikmati rehat untuk seketika, kami meneruskan perjalanan, perjalanan kali ini amat memeritkan kerana angin mula bertiup, pendakian kami dibantu dengan tali2 yang menyusuri perjalanan kami untuk tiba di puncak. Nak dijadikan cerita, ketika rehat pada satu tempat tu, aku telelap untuk seketika. masa tu aku duduk jauh skit dari kumpulan aku hingga dieorg tak sedar aku ada disitu dan aku ditinggalkan oleh dieorg. Aku sedar2 je, aku dah tak nmpak dieorg. haha, padan muka! Dengan cuaca yang masih gelap, cuma cahaya dari bulan dan head lamp je membantu aku untuk menyinari perjalanan waktu tue. waktu tu aku jalan sorang2, bersama-sama aku hanyalah team-team dari luar negara waktu tu. itu tak menjadi penghalang untuk aku. aku teruskan perjalanan. Tiba di signboard terakhir sebelum tiba dipuncak gunung, iaitu 1km terakhir. aku teruskan perjalanan, lama kelamaan aku jumpa balik team aku. haha. puncak gunung kinabalu dah pun berada didepan mata, cuma aku perlu daki batu batuan kat situ untuk smpai ke puncak. sinaran matahari baru nk keluar waktu tu. aku masih lagi on time, tak terlalu awal, tak terlalu lewat. aku tiba dipuncak gunung kinabalu jam 6.00pagi. dari 30 peserta yang mendaki, hanya 18 peserta yang tiba dipuncak. wah, bangga yang teramat. tak sangka jugak la aku dpat tiba di puncak 4.095kilometer tue. perasaan mmg takleh nk gambarkan waktu tue, syukur alhamdulillah. cuaca waktu tu adalah 5 darjah celcius. nasib baik waktu tu cuaca elok, dapat tgk matahari terbit atas puncak tertinggi kat asia tenggara. aku mendaftarkan diri aku pada ketua guide ktorg utk mengesahkan aku tiba di puncak, masih ada team kami yang belum tiba waktu itu. hehe. saat saat ni mmg aku takkan lupakan dalam hidup aku. kepenatan tadi semua hilang smpai kat puncak. aku ambil handphone kemudian call la ibunda tercinta, coverage clear je kat sane. Nak call kawan2, battery dah low plak time tue, cuma dpt sms je la waktu tue. aku menikmati keindahan cipataan tuhan kat atas puncak gunung kinabalu dalam 10-15minit je, sebab tak tahan dengan sejuk dan perlu banyakkan bergerak untuk elakkan cramp dan cepat letih. setiap panorama indah aku abadikan dalam gambar2 yang dpat ditangkap. Waktu untuk turun, aku ikut tour guide dan beberapa peserta yang lain. sesiapa yang nak mencuba aktiviti via ferrata dikehendaki tiba di pondok sayat2 sebelum jam 8pagi.  aku fikir2kan,aku nak menghabiskan masa   dipuncak
Bersama dengan Tour Guide untuk
mengesahkan dah sampai puncak
gunung lebih lama dari memaksa diri untuk tiba di pondok sayat2 lebih awal. ingatkan turun lagi senang, tapi susah. dalam perjalanan turun, team kami agak main2 rasenye, byk behenti, borak2. kami tiba kembali di laban rata jam 10pagi sama waktunya dengan team yang join via ferrata tue. tiba je di laban rata, kami disajikan dengan sarapan pagi. kami dikehendaki bersiap2 dan berkemas untuk turun ke timpohon gate pula. lepas je makan, aku ambil masa untuk tidur seketika. 11.30pagi semua dikehendaki turun, ke timpohon gate. aku dan beberapa orang yang lain tuun agak lmbat untuk selesaikan beberapa urusan dan sesi fotographi bersama banner program. Ramai yang tak bergambar sebab dieorg turun lebih awal. Kami mula bertolak turun jam 12.00tghari. Aku mengambil masa 3jam 45minit untuk tiba di timpohon gate. Sungguh memenatkan, tapi ianya amatlah berbaloi. Kepenatan itu satu kepuasan untukku. Aku bukanlah orang yang terakhir sampai, sesudah tiba ti timpohon gate, aku perlu persiapkan diri dan kemaskan diri. Mandi serba sikit, lunch kemudian ambik masa untuk meinikmati keindahan di taman negara kinabalu untuk kali terakhir sambil menunggu rakan2 lain tiba. Jam 6 petang, kami berangkat ke Kota Kinabalu. Perjalanan mengambil masa hampir 2jam. Sepanjang perjalanan, kabus tebal meliputi persekitaran. Hajat dihati takmo tido dalam bas, last2, tido jugak. haha. Terjaga je sampai di Kota Kinabalu. Lokasi seterusnya adalah Restoran Kampung Nelayan. Kami disajikan hidangan  
Makanan yang disajikan di Restoran Nelayan
yang enak2 dan persembahan2 kebudayaan yang menarik. Kemudian, kami meneruskan perjalanan ke Shangri-La Hotel untuk bermalam. Macam biasa, aku ditempatkan satu bilik dengan Safuan. Bilik yang best dan view Kota Kinabalu. Terbaeklah. Seleas check in, kemas barang, bersiap dan solat, aku safuan dan nurul amik peluang untuk berjalan sekitar bandar kota kinabalu. terdapat pasar malam sekitar pasar filipine. kami berjalan kaki untuk ke sana. sengal2 kaki dah mula terasa. haha. tapi tak kesah la, asalkan boleh jalan2 pusing KK. Seperti yang dihebah2kan oleh nisyam, aku mesti makan sayap ayam. aku pon cari la sayap ayam. ok la rase die, lain cam kat semenanjung. kami berangkat pulang ke hotel jam 12tghmalam untuk menikmati rehat yang secukupnya.


31 Disember 2009 - Seawal jam 6 pagi, kami dah pun bersiap kemas, mandi, solat kemudian menikmati sarapan pagi. aku dah pun siap2 barang untuk check out terus sbb lepas je breakfast, kami akan meneruskan ke lokasi seterusnya untuk shopping. hehe. Kami ke Pasar Filipine dan 1Borneo. Banyak jugak la barang yang dibeli. Jam 2pm, kami bergegas ke Airport untuk pulang ke semenanjung. Flight kami pada jam 450ptg. Satu kejadian yang tak dapat aku lupa kat airport kk tu adalah waktu aku hampir2 kehilangan wallet yang dalam tu ada duit, atm, dan dokument2 penting yang lain, naseb baek flight tiket dan ic ada ngan aku. waktu tu aku nak buang air besar, faham2 la klau nk membuang tu kene la bukak sluar semua. aku kluarkan la wallet dan handfon kat luar. tgh2 membuang tue, announcement utk flight dah pown dipanggil. apa lagik, cam gelabah la kejap, pakai2 sluar, aku terlupa pasal wallet, sbb wallet tu aku letak kat atas tempat letak tisu. tinggalkan wallet camtu, then aku kluar cari member2 yang lain. tgh2 beratur tu, aku terperasan wallet aku takde, aku tinggalkan beg, then ke toilet, tgk wallet dah takde. perghhh. perasaan tu dah tak tau nak cakap pe, memang la aku boleh naek flight sbb tiket ngan ic ada ngan aku, tp byk bende2 penting dalam tue. aduh. aku terserempak ngan sorang abg nie, die tgk aku cam mennggelabah semacam je, then die tegor aku die tnye ada hilang wallet ke, aku pon ckp la ye. die cakap wallet aku ada kat pak gaurd yang check in masuk kat tempat berlepas tue. aku pown ke sana la terus. kene lak soal ngan pakgaurd tue, aku tak ckp byk kuarkan ic , terus die kasi wallet tue. pastu bergegas beratur balik kat pintu masuk. fuhh... legaaa... aduii... buat hal btol la time camnie. alhamdulillah semua selamat. Kami tiba di LCCT jam 7malam. Sampai je terus call driver mmu yang akan amik aku nnti, die ckp die dah 30minit tunggu aku. Aku pown terus la g tunggu beg. Beg plak lambat masuk, dalam 30minit jugak la kene tunggu waktu tue. Kesian plak kat pakcik yang amik aku tue. Apa bleh buat kan. Lepas amik beg, ada taklimat peserta untuk kali terakhir, then salam2 ngan semua. Serius, trip ni memang best, walaupun semua yang join ni semua kawan2 baru. Best satu lg sebab semuanye percuma. haha. Aku pon call skali lg pakcik yang amik aku tu, die ckp die akan amik aku btol2 kat entrance masuk. Aku dah terasa cam VIP plak time tue, die datang dengan perdana v6, kluar angkat beg sume. tp takde la aku duk belakang cam vip, cam kurang ajar plak kan. Sampai je MMU dalam kol 8... legaaa... semua dah selesai. Malam tu apa lagi, new year sudah..... Memori naik Gunung Kinabalu ni memang aku takkan lupa sepanjang hidup aku, dan aku dah berazam untuk naik lagi jika diberi peluang. Bagi aku Gng Kinabalu memang cantek yang amat, Allah Maha Besar, die cipta semua yang indah2 kat muka bumi ni.

Selamat menikmati gambar-gambar yang disediakan untuk tatapan anda sekalian.


Bersama Bendera MMU kebanggaan... Hehe
Bersama Nurul
Terbaek wok!
Lihatlah duniaa...
Tempat penginapan kami di Laban Rata
Sebelum meninggalkan Laban Rata
Selamat tiba di Timpohon Gate
Hotel tempat kami menginap
Restoran Kampung Nelayan
Makan-makan
Inilah bukti yang kami dah tawan Gunung Kinabalu


Wassalam....

Friday, February 05, 2010

Sabah Part 2

Perjalanan cerita Sabah part 2 bermula pada 27 Disember 2009, iaitu bermulanya persiapan terakhir sebelum ke KK. Dari segi fizikalnya, hari terakhir aku pusing2 hostel dan naik turun tangga entah berapa kali pon tak tahu. byk kali jugak la. Dari segi mentalnya hanya melihat komen-komen dari blog-blog yang menceritakan pengalaman ketika ke gunung kinabalu. kali ini aku pula terpanggil untuk menulis blog berkaitan perkara ini. :). Dari segi barang-barang pula, semuanya dah tersedia rapi. hanya tunggu untuk gerak sahaja.

Rom Ali dan Marol yang sudi menghantar
aku pepagi buta di LCCT
  
28 Disember 2009 - 2.00pagi, aku ditemani Shahrom, Kamarul dan ALi utk ke LCCT. Perjalanan hanya mengambil masa 20minit utk ke sana. Setibanya disana, aku menghubungi Safuan utk mengetahui lokasi berkumpul. Semuanya berkumpul di McD Lcct, aku rom marol dan ali mengambil kesempatan utk makan-makan dulu sebelum aku berlepas. borak punye borak time makan, masa macam lmbat je berlalu, kata penganjur flight jam 4pagi, tapi setahu aku mmg flight ke KK tiada jam 4pagi, paling awal hanyalah jam 650pagi. Aku rom marol dan ali ambik peluang tuk pusing2 lcct smbil2 ambik gambar. haha, mmg dah takde keje. Jam 400pagi, dieorg mahu pulang untuk rehat dan memandangkan waktu tu ktorg peserta program dah nk berkumpul tuk kumpulkan semua beg. Thanks korang sanggup antar dan bazirkan waktu tido tuk antar aku g sane. :). Sambil2 kumpulkan barang, aku ambik kesempatan tuk kenal-kenal dengan peserta lain. Tunggu punye tunggu, tiba lah masa tuk check in ke balai berlepas. aku dan yg lain-lain ambik kesempatan untuk tunaikan solat subuh dahulu sebelum berlepas. jam menunjukkan jam 650pagi, tiba lah waktu utk kami tinggalkan KL. 9.00pagi, tiba di Kota Kinabalu International Airport terminal 2. Settlekan urusan masuk ke negeri malaysia timur ni, dan pengurusan barang masing2. Kami dismbut oleh pihak API Tour yang diketuai oleh Mr.Jon, untuk menjadi tour guide kami sepanjang program. Kami menaiki bas untuk ke Warisan Square untuk bersarapan pagi. Setiba disana, dapat la lihat suasana yang agak berbeza semasa di semenanjung. Selepas sarapan, kami ke sebuah kedai outdoor untuk membeli apa2 barang lagi yang belum lengkap. agak terkejut aku ketika itu kerana barang-barang disana amat murah klau nk dibandingkan dengan disemenanjung. aku cuma beli touch light tambahan mana la tahu tak cukup cahaya ke. barang2 lain rasenye semua dah lengkap. peserta-peserta lain banyak jugak la borong barang. 12pm, kami bergerak ke Restoran Sutera Bayu, dalam perjalanan Mr.Jon tu banyak menceritakan sejarah dan bangunan2 yang terdapat di KK la. Dalam perjalanan, aku mencari-cari juga la mana la gunung yang aku bakal daki tu, rupe-rupenya gunung kinabalu mmg jauh lagik dari bandar kk, almost 2hours from kk. setibanya kami di restoran, apa lagik, makan laa... lauk disana cam berbeza skit la dari semenanjung, sedap2. dah tahu semua disponsor, apa lagi, rembat la apa yang ada. hehe. thanks kpt. selesai makan, kami terus ke kundasang, iaitu tempat penginapan bagi malam ini, Zen Garden Resort, Kundasang. Perjalanan mengambil masa 2 jam. Kawasan ini merupakan kawasan kaki gunung kinabalu. gambaran gunung kinabalu dah tergambar dalam ingatan aku ni, mmg tak sabar la nk tgk depan mata. dalam bas aku ambil peluang tuk menikmati panorama sepanjang perjalanan. last-last mata ni tertutup gak sebab mmg dah penat, tp Mr.Jon tu wat announcement la bila ada moment2 best yang takleh kami lepaskan contohnya ketika melalui Jambatan Tamparuli dan tempat-tempat lain yang menarik. 4.30petang, tiba kami di Zen Garden Resort, resort yang cantik dan suasana nyamannye mmg best abis la. sejuk tu jangan cakap la, mmg sejuk, macam dah kat cameron da. kami diberikan satu bilik untuk 2 org. aku dan safuan ditempatkan satu bilik. bilik agak luas dan selesa. view pown cantik je. sampai je kat bilik mmg taklepaskan peluang tuk tido la. haha. kami siap2, solat dan jam 7malam, semua dikehendaki ke restoran untuk menikmati makan malam. dinner pada malam tu adalah steamboat. mmg melantak la. selesai je makan, aku menikmati suasana nyaman dengan bersaksikan cahaya bulan yang memang menerangi gunung kinabalu tue. terbaeeekklah. itu baru dikaki gunung, tak tahu la klau dah smpai kat puncak nanti. kemudian, aku balik ke bilik untuk kemaskan barang-barang yang perlu dibawa ketika mendaki dan selebihnya tinggalkan dibawah. sambil2 tu tgk citer do re mi kat tv smpai tertido. haha.

29 Disember 2009 - Cerita hari ini bermula dengan bangun pagi yang amat awal iaitu jam 530pagi, agak liat, sebab udara nyaman die yang fresh tu mmg menusuk kalbu la. bangun je, terus siap2, solat dan last check barang2. kemudian bersarapan di restoran, makanan tuk breakfast sumenya mknan yang tinggi dengan protein dan yang bertenaga. 8.30pagi taklimat dimulakan dan 9.00pagi kami menaiki bas untuk ke Kinabalu Park. Setibanya di di Kinabalu Park, ketua kumpulan kami menguruskan hal-hal pendaftaran pendakian. semua diberikan tag masing-masing. Kami diiringi oleh 5 orang guide untuk guide kami ketika mendaki. gunung kinabalu dah pun didepan mata sekarang. hanya tunggu masa untuk memulakan pendakian. kemudian kami menaiki bas untuk ke timpohan gate, perjalanan mengambil masa 10minit. setibanya disana, kami mengambil gambar kenangan dahulu sebelum memulakan pendakian. taklimat diberi untuk pastikan semua dah pun bersedia. sebelum memulakan pendakian, kami lakukan sedikit regangan otot dan bacaan doa. berjalanan bermula dengan semangat yang membara dan kami dikenedaki melaporkan diri sebelum mula. sepanjang perjalanan mendaki gunung kinabalu, terdapat beberapa check point utk rehat. aku hanya mengambil waktu rehat ketika di pondok2 itu utk memastikan aku tak smpai lewat di laban rata nanti. langkah demi langkah yang aku tempuhi, tenaga pon dah byk hilang. bekalan yang diberi dinikmati bersama rakan-rakan lain, walaupun mood utk makan tiada, tp makan jugak utk berikan sedikit tenaga. cuaca sejuk makin lama makin menyelubungi diri. dari bertshirt sahaja, kemudian memakai sweater hinggalah ke sarung tangan. mmg dah sejuk sgt dah dan awan pown dah makin menebal. panorama indah sepanjang perjalanan mmg takleh dilupakan. makin tinggi dakian, makin cantik panorama. lupa plak nk cakap, sepanjang perjalanan naik aku ditemani oleh nurul dan beberapa rakan lain silih berganti. langkah punya langkah, akhirnya tepat jam 430ptg, aku tiba di laban rata. keseronokan mmg dah dirasai, kepuasan apatah lagi. setibanya di laban rata, aku ke dorm utk kami berehat dan jam 5ptg terus ke restoran laban rata utk menikmati makan malam. set buffet yang disajikan mmg terbaik. dah lapar, semua rembat makan je la. gunung kinabalu makin dekat jaraknya dengan aku. kecantikan die mmg takleh nk gambarkan. seriously. selesai makan, aku ambil peluang tuk ambil gambar dan mms kepada orang tersayang. hehe. kemudian balik ke dorm utk solat dan rehat. mandi? tak mungkin aku lakukan sbb suhu disana pada waktu itu adalah 1o darjah celcius. air bagaikan air batu yang cair tu, camne nk mandi? ambil air sembahyang pon dah terketar2. selesai semua bende, kami diberikan taklimat akhir sebelum memulakan pendakian pada pagi ini. berjalanan kami akan bermuala jam 1.30pagi. kemudian, taklimat berkaitan aktiviti Via Ferrata diberi kepada yang berminat, aku tak lepaskan peluang untuk belajar perkara2 yang diberi tunjk ajar. 10.30malam, time to sleep. ZzZzZ...

Thursday, January 14, 2010

Sabah Part 1


Assalamualaikum...

Aku disini cuma ingin menceritakan pengalaman yang pastinya aku takkan lupa sepanjang hidup aku iaitu mengikuti Program Pendakian Gunung Kinabalu Pemimpin 1Malaysia. Ceritanya bermula dapa 4 Disember 2009, pada waktu itu aku menerima panggilan dari En.Shafie, pada mulanya hanya bercerita berkaitan hal program yang sedang berjalan, kemudian beliau menyuruh aku untuk ke officenya pada petang hari itu. Katanya ada hal penting untuk dibincangkan. Petang tu, aku ke officenya tanpa memikirkan apa yang akan dibincangkan. Aku disoal macam dah kene interview, macam2 soalan diajukan antaranya apa yang dah aku buat selama aku berada d MMU ni, apa sumbangan aku dan pelbagai lagi. Kemudian diberinya aku sepucuk surat tawaran untuk mengikuti program ini. Tanpa berfikir panjang, aku isi borang yang ada pada surat itu untuk pengesahan penyertaan. My dream come true, aku akan mendaki gunung kinabalu. Impian yang dah lama aku tanam dalam diri untuk pendakian tersebut. Alhamdulillah. Hanya seorang sahaja terpilih untuk satu unversiti. Mungkin rezeki untuk aku kali ini, dan mungkin juga hadiah harijadi aku untuk kali ini. Ianya amat la bermakna untuk aku kerana semua perbelanjaan adalah ditanggung oleh KPT. Cuma barang2 peribadi je la kene beli. Hehe. Kemudian, bermulalah cerita-cerita dan nasihat dari En.Shafie berkaitan gng.kinabalu. Layankan sahaja.

Bermula dari malam tu, aku minta izin dari kedua parents aku untuk kesana. Mereka menggalakkan aku ke sana dan semuanya takde masalah, TQ. Kemudian mula memberitahu rakan-rakan yang ter-rapat berkaitan bende ini untuk berkongsi kegembiraan. Soalan demi soalan aku tujukan kepada yg dah berpengalaman ke sane untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Terima kasih ye abg azmir ngan abg zimin. Fitness! aspek yang paling penting antara byk2 bende yang penting. aku cuba yang sebaik mungkin untuk tingkatkan fitness walaupun terasa agak malas kerana petang2 waktu tu asyik hujan. haha. smpaikan aku dah kene sound dgn si rom tue. haha. apa yang aku buat adalah jogging pagi2 di track mmu, jogging pada waktu petang di cyberpark, main badminton, serta hari-hari terakhir tu ada la tawaf dan naek turun tangga hostel. rasanya itu je la persediaan aku dari segi fizikal untuk ke sane. dari segi mental juga penting, aku ada review beberapa blog dan video yang menceritakan pengalaman ketika di sane.

Ini sahaja yang dapat aku coretkan untuk kali ini. Ini hanya permulaan perjalanan aku untuk ke program tersebut. Sambungan akan menyusur kemudian. Wasalam

Wednesday, January 13, 2010

1st Post 2010

Assalamualaikum...

Akhirnya, aku tergerak untuk update balik blog ini setelah hampir 5 bulan tak update. Hehe. Kenapa? entah, mungkin takmo sia-siakan blog yang ada nie. Jika ada kelapangan, aku akan update selalu blog ini. Sekarang, Layout pown dah berubah, tapi banyak lagi info yang perlu ditambah, dah banyak link hilang dan perlu ada banyak penambahan.

2010 dah masuk hari ke 13. Terlalu banyak impian dan harapan yang perlu direalisasikan dalam tahun ini. Lebih ramai orang yang perlu aku gembirakan untuk tahun ini, tapi yang paling utama tentulah Parents dan Family. Tahun 2009 dah memberi aku banyak dugaan dan cabaran yang perlu diharungi. Alhamdulillah, 2009 merupakan salah satu tahun yang membuatkan aku lebih mengenali dunia ini. Cabaran dan dugaan bagi aku lebih mendewasakan aku sekarang. Pemikiran aku perlu lebih matang dan yang penting keputusan untuk menyelesaikan permasalahan menjadi lebih baik dan tepat. Wishlist dan impian 2009 alhamdulillah dah byk termakbul, tapi yang belum tu, akan dibawa ke 2010. Hehe.

Itu sahaja post untuk setakat ini. Ada masa kelapangan, akan diupdate lagi. Bye2. Wsalam.

Monday, August 03, 2009

the Red Devils~

Hye. Just a short story about Man Utd Asia tour 2009. I already bought a ticket RM98, 2 month before the games, thanks to Ali, bought me a ticketJ. I went to the Bukit Jalil’s stadium with Rome, Man, Ali and Ali’s brother. Wow, Jammed! Haha. Going to the stadium at 2.00pm and arrived around 4.00pm by using KL-Putra Highway. About the games, that’s was awesome because of Manchester United in front of my eyes. But I think that was a good game, Malaysia’s Team performing well for that game. The results, Man Utd was won 3-2 against Malaysia. Really hope that one day, I can watch the Man Utd games at Old Trafford. Insyallah.