Wednesday, September 12, 2007

Ramadhan




Yeeeahaaa… aku berblog kembali. Target aku adalah untuk mencapai 50 post dalam masa terdekat. Untuk menyamai rekod Negara mencapai 50 tahun kemerdekaan. Haha. Coretan untuk kali ni adalah semperna bulan Ramadhan yang bakal kita sambut esok hari 13 September 2005. entah kenapa kat blog ni, kalau aku post 12hb, dier akan show 11hb. Mayb tersilap coding kot. Syaaban akan berganti Ramadhan. Ape yang diharapkan, ramadhan ni memberi aku sejuta erti. Insyaallah. Aku takkan sia2kan Ramadhan yang hanya dating setahun sekali. Insyallah nk mengekalkan rekod2 yang sedia ada berpuasa penuh, dengan izin Allah. Hehe.

Di samping Ramadhan yang bakal tiba nie, aku perlu bekerja keras untuk menyiapkan slode presentation industrial training yang sudah mencapai 70%. Alhamdulillah. Sesudah siap, nk study skit2 report yang dah siap. 19 september ini akan aku berangkat ke Negeri Melaka bersejarah. Negeri yang penuh dengan memori2 indah aku disana. Kenangan dua tahun di sana sangat bermakna buat aku. 20hb diikutkan jadual akan tiba di Melaka. Pada hari itu kalau diikutkan perancangan asal ingin selesaikan permasalahan yang belum selesai seperti fees dan lain2. Dan pada 21hb akan mempersembahkan hasil kerja aku di Dynasty IT Services. Hari2 selebihnya aku akan berangkat ke KL. Tak lama pown bercuti kali ni, sbb masih ada commitment kerja yang masih belum selesai.

Aku tersangat lah teruja untuk berpuasa kali ini. Mungkin disebbkan berpuasa dirumah. Hehe. Tapi…. Hmmm.. dalam kegembiraan aku, masih ada kesedihan yang aku perlu alami. Salah satunya apabila mengenangkan sabahat karib aku, Mohd Faqimi, sedang terlantar kat hospital. Beliau telah mengalami kemalangan pada 9 sept yang lepas. Aku difahamkan olehnya tulang pinggul dier retak/patah. Bahagian pinggang ke bawah langsung tak boleh bergerak kecuali hanyalah pergelangan kaki. Ya Allah, sembuhkanlah rakan baik aku, hanya kepada-Mu aku memohon. Amin. Aku difahamkan lagi tempoh masa yang akan diambil untuk mengubati kecederaan itu antara 2-4 minggu. Aku harapkan lebih awal dari itu. Aper yang aku dapat buat hanyalah doa supaya rakan baikku ini akan cepat sembuh. Dan insyallah, aku akan pegi melawat qimie tiap2 hari. Be strong bro, Iam always with u! Dah sembuh nanti bley r kita kuar jalan2 cam biasa yerk, jogging… Apa yang membuatkan aku agak tersentuh apabila dier memberitahu aku yang sebelum accident pagi 9hb tue, die ader niat nk pegi umah aku mlm tue, dan aku pown b4 pegi keje ada gak niat nk ajak dier kuar malam tue. Lepas jer sms dier pagi tue, akak dier call inform aku yang dier dah accident. Kita hanya merangcang, Tuhan yang menentukan segalanya. Kata akak aku, Setiap perancangan dari Allah tu adalah yang terbaik untuk kita. Saper erk org yang cakap tue? Huhu.

Oke la, sampai sini jer dapat aku taip kali ni, anyway… Happy Ramadhan to all of you!!! May this Ramadhan give u a thousand of happiness. Insyallah. Dan disini juga aku mengambil kesempatan untuk memohon seribu ampun kepada semua org jika diri ini telah melakukan kesilapan kepada kalin semua. Semoga kita semua diberkati olehnya sentiasa. Amin. Wassalam.


(ni gmbar time form 3, kem elit PMR kat kustem. kualiti xbraper elok sbb gmbar yg di scan)

2 comments:

Anonymous said...

eyh, shape ek ckp tu ek? 'perancangan ALLAH adalah yang terbaik buat kite'...

;-)

kite pn doakan moga membe rul tu cpt sembuh. insyaALLAH.

salam ramadhan al-mubarak. take care bro. cant wait 2 c u in melaka. mish u lotz! muah2~

Anonymous said...

1st) welcome back to Melaka

2nd) tentang masalah type 12 hb keluar 11 hb tu, cuba tengok kat setting time zone, make sure guna gmt KL bukan US sebab diorang kan lewat sehari dari kita.

3rd) nanti sampai melaka, make sure vote utk calon2 pilihan ye. HAhaha.