Sunday, September 30, 2007

Update...!!

Setelah seminggu aku tak berkarya di laman blog ini, aku kembali lagi. Hehe. 21hb lepas, rasernye tamatlah sesi pembelajaran aku di peringkat diploma setelah membuat presentation industrial training. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar selama 2 tahun 3 bulan aku menuntut ilmu di peringkat diploma di Multimedia University, Melaka Campus. Tempoh 2 tahun 3 bulan bagaikan sekejap sahaja berlalu. Diam tak diam dah abis diploma dah… yepppeeeyy. November 2007, insyallah, aku akan menyambung pelajaran aku di peringkat degree pula. Aku mengambil keputusan untuk mengambil bidang Kejuruteraan Microwave dan teknologi ( Bachelor of Electronic Engineering Majoring in Microwave Technology) di Cyberjaya Campus. Tapi setelah difikirkan kembali, aku agak takut untuk ambil degree, coz ramai sgt yg cakap degree for engineering mmg tuff. Tak kisah la org cakap susah ke, senang ke, asalkan diri kita btol2 dah ready tuk belajar balik kan? Huhuh.. kalau orang laen boley berjaya, kenapa bukan kita kan? Hehe. Untuk degree nanti, aku tak bercadang untuk bergiat aktif dalam berpersatuan macam kat peringkat diploma dlo. Biar btol2 dah stable baru boley kot. Kot la. Wish me luck for my degree k…

Ni plak cerita perjalanan aku d melaka dan kuala Lumpur hari tue… (19-21sept). Aku rase cam best sgt2 coz dapat jumper balik member2 aku setelah 3bln lebey tak jumper. Aku bermalam di umah ex-rumate aku… syafeeq… thanks coz sewakan umah ko secara free.. hehe…jasamu amat ku kenang… untuk 1st day kat saner, aku berbuka puasa dengan bebudak src kat McD JJ. Agak meraiah jugak la dieorg tue. Hehehe. For the 2nd day plak, berbuka dengan classmate2 ku semua kat KFC batu berendam. Best gak coz dapat gather ramai2 kan. Huhuhu. Tapi aku agak terkilan sebab tak dapat nk lepak lama2 dengan org yang aku amat rindui, saper erk.. huhuhu. Jumper pown kejap jer kan. Tapi takper la, raya nanti kita jumper k. hari sabtu plak, aku, nafi, kak ct, mansur berangkat ke kl. Kiteorg gerak dalam kol 8 camtu kot. Actually kat kl nk duk umah pakcik kat bangi, tp dier ader hal plak, so nafi tumpangkan aku kat umahnyer. Hehe. Thanks hanafi. Hari sabtu tu takder buat aper pown kat kl, just ronda2 area umah nafi jek. Tp best gak ronda2. Ahadnyer plak baru la pegi jalan2… gerak pown dah tghari dah, just pegi times square, sungei wang. Pastu pegi the mall sebelom aku naek bas kat hentian putra. Huhuhu… itu jer la coretan percutian sekejap aku ke melaka dan kl di bulan puasa.

Al-fatihah… sedekahkan alfatihah kepada allahyarham adik nurin jazlin yang telah menginggal dunia baru2 ini. Tak perlulah diceritakan lagik kisah arwah, semua orang dah tahu rasenya. Aku agak tersentuh dengan berita kematian arwah, semuanya bagaikan mimpi ngeri oleh seluruh masyarakat Malaysia yang prihatin. Berita penangkapan 5 orang yang disyaki membunuh arwah agak mengembirakan kita semua. Diharap pembunuh yang tidak berperikemanusiaan itu cepat2 diketahui dan dihukum. Semoga arwah adik nurin dicucuri rahmat oleh-Nya. Amin.

Hari ini ( 30 Sept ) kemungkinan besar hari terakhir aku berkhidmat di Dynasty IT Services. Setelah 3 bulan membuat practical dan sebulan bekerja di company ni, dah byk yang aku tau pasal dunia IT. Hehe. Lagipown tinggal 12 hari jer lagik nak raya, so nk rehat2 kat umah, nk teman qimie kat hospital, nk tlng ma buat biskut raya dan macam2 lagik la… huhuhu…. Oke la… sampai sini jer kot aku nk berceloteh. Aper pendapat korang tentang banner blog terbaru aku nie? Oke x? huhuhu… okeyh… tata… bye2… wasaalam… selamat berpuasa….

No comments: