Monday, August 30, 2010

Disebalik Secangkir Kasih 2

Assalamualaikum...

Banner Secangkir Kasih 2
Pada Sabtu lepas 28/8/2010 bersamaan 18 Ramadhan 2010, Sekretariat Rakan Muda Multimedia University telah mengadakan sebuah program bersama anak-anak yatim. Program ini bertujuan untuk mendekati dan menceriakan anak-anak ini pada bulan ramadhan dan juga berbuka/berterawih dan beramah mesra dengan mereka. Aku tidak ketinggalan untuk mengikuti program ini. Untuk pengetahun semua, program ini adalah kesinambungan bagi Secangkir Kasih 1 yang telah diadakan pada tahun lepas. Untuk program kali ini, Rumah Amal Kasih Bestari, Kg Melayu Subang.
Taklimat dari penjaga rumah

Seramai 44 orang mahasiswa dan mahasiswi telah mengikuti program ini. Kami berangkat dari MMU ke rumah amal tersebut pada jam 4ptg dan smpai jam 5 petang. Setibanya kami disana, kami disambut oleh tuan rumah dengan sedikit ucapan. Kemudian disusuli dengan solat asar berjemaah. Selepas solat asar dijalankan, program bersama anak-anak yatim dimulakan dengan suai kenal kemudian bermaian beberapa permainan yang dapat mencuri hati anak-anak kecil ini. Terlihat gelagat riang mereka. Apabila menyebut anak2 yatim, aku akan tersentuh apabila terkenangkan kepayahan hidup dan perjalanan hidup mereka. tiada ayah, dan mungkin tiada ibu. ada juga anak2 ini dari golongan fakir miskin. Hanya sedikit masa dan ruang yang aku berikan untuk mereka. 

Apa yang cuba disampaikan oleh adik ini...?
Permainan sedang dijalankan
Ini kumpulan kami...

Terdetik dihati ni untuk membantu mereka apabila sudah berjaya nanti. Apabila permainan tamat, sesi memberi sumbangan dan ucapan oleh director program, cik shaniza telah dijayakan dengan sempurnaya. Diharap sedikit sumbangan yang diberikan oleh pihak kami sedikit sebanyak dapat membantu anak-anak ini bagi meneruskan kehidupan mereka. Program diteruskan dengan berbuka puasa (kuih muih, kurma dan air), solat maghrib berjemaah dan kemudian makan-makan (nasi tomato yang sgt sedap). Kalau nk cakap bab makan untuk program kali ini, agak mewah dan agak byk kuantitinya. Memang superb dan sgt berpuas hati dengan makanan yang ditempah. Selepas menikmati hidangan, kami meneruskan program dengan solat isyak dan terawih berjemaah. Selesai sahaja solat terawih, moreh (bubur lambuk, coctail dan etc) pula disediakan. Kami menghabiskan masa berbual dan bergelak ketawa bersama rakan2 dan anak2 yatim yang ada. Pada malam itu, program tamat pada jam 11malam. Sebelum pualng, sempat bersalaman dengan anak-anak yatim disana. Diharap program sebegini dapat diteruskan dimasa akan datang. :) Wassalam.

Solat Berjemaah
Mendegar arahan dari penganjur
Adik yang baju orange tu pernah join Secangkir Kasih 1
di Puchong tahun lepas.
Semua yang menjayakan Secangkir Kasih 2 :)

Saturday, August 28, 2010

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita.
Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ‘ kan ? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.
Beware (berhati2) apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” .
Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya.. ~

Thursday, August 26, 2010

Secangkir Kasih 2

Assalamualaikum wbt muslimin & muslimah, 



In honour of Ramadhan, Sekretariat Rakan Muda is organizing Secangkir Kasih 2 -a trip event to an orphanage. This will be your chance to experience breaking fast with the orphans &to enjoy lots of activites planned! Don't miss this opportunity to mingle with the children! We will also perform Terawikh prayers together. 



The event details are as follow:




Date : 28th of August 2010 / 18 Ramadhan 1431 Hijrah
Time : 4.00 pm - 11.00 pm
Venue : Rumah Amal Kasih Bestari, Kg. Melayu Subang 
Fees : RM 10 for SRM members, and RM 15 for non-members
(include foods and donation for the orphans) 


If you are interested to join us, please do hurry to register yourself with your Full name and Id.

Seats are limited to 50 participants ONLY & are served in a first come first serve basis!

For those who are interested to make any charity or to give sincere donations either in cash or in any kind intended such as clothes, toys, books or unused items, do contact us. We appreciate your support. Thank You.

JOM BELI BARANG RAYA@PUTRAJAYA (JUALAN TERUS DARI KILANG)




Gambar sebagai hiasan. :)

Peluang baik kepada mereka yang masih belum melakukan persiapan untuk ‘shopping’ sempena hari raya nanti. Semasa semak email tadi sempat membaca satu email daripada kenalan yang diedarkan melalui Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan ini mengenai aktiviti warehouse sales sepanjang bulan ramadan ni. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Jom Beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang).

Pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa dan mampu menepati citarasa dan keperluan individu.

Antara jenama-jenama produk yang dijual dalam jualan terus dari kilang ni adalah Nike, Adidas, New Balance, Decellini, Arnold Palmer, Van Heusen, Polo Club, Snails, Jeep, Bebe Homes, Colours, Polka Dots, Disney Pooh, Baby looney Tunes, Panasonic, Bill Keith, Camel, Larrie, Crocodile, Nokia, Samsung, Nikon, Sony dan banyak lagi.

Jom Beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang) akan di adakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh            : 25 Ogos hingga 29 Ogos 2010 (Rabu hingga Ahad)
Masa             : 10 pagi hingga 10 malam
Tempat          : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadan)

Sehubungan dengan itu, dalam usaha menjayakan penganjuran acara ini  orang ramai  dijemput untuk berkunjung ke tapak program sepanjang tempoh berlangsungnya acara tersebut..
.
.
.
.
Mode shopping raya sudah datang, apa lagik...? haha. harap-harap sale ni tak mengecewakan macam Megajaya raya Sale kat PICC haritue. :)

Wednesday, August 25, 2010

Fiber Optic Communication for High Speed Broadband Technology

Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera

Fiber Optic Communication for High Speed Broadband Technology”, sebuah program yang akan dianjurkan oleh pihak Iskandar Region Development Authority (IRDA), khas bagi graduan – graduan dari Negeri Johor Darul Takzim. Butiran program adalah seperti berikut:

Penyertaan
Terbuka kepada anak JOHOR sahaja.
Yuran
PERCUMA
Elaun 
RM500.00 / BULAN
Tempoh masa
(1½ Bulan Kelas Teori + 1½ Bulan Praktikal)
Akan bermula  pada
20 September  2010
Lokasi Kelas
Senai (Tawakal Training Centre)
Sijil daripada
Fiber Optic Association (FOA) USA & Universiti Teknologi Malaysia

Lain-lain:
· Tenaga pengajar terdiri daripada indvidu mahir dari dalam industri
· Penginapan/Asrama disediakan
· Praktikal di sekitar  negeri  Johor
· Jaminan Pekerjaan selepas program. (Lebih 80% telah mendapat pekerjaan selepas latihan)
· Daftar sebelum 3 SEPTEMBER 2010.

Kepada sesiapa yang berminat, sila isi borang yang disediakan pada ruang “attachment”. Bagi pelajar Multimedia University yang berminat, borang boleh terus diserahkan kepada Nasrul (Pelatih di Significant Technologies Sdn Bhd) dan menghubungi beliau di 0132009871 atau ikh_one87@yahoo.com. Sila hubungi pihak Significant Technologies Sdn Bhd untuk maklumat lanjut. Terima Kasih.

Klik link ini untuk muat turun borang permohonan :
http://www.4shared.com/document/5mq1wgEG/iklan_IRDA.html
.
.
.
.
Greeting to all,

“Fiber Optic Communication for High Speed Broadband Technology”, one of the program organize by Iskandar Region Development Authority (IRDA). This program is special for all graduates from Negeri Johor Darul Takzim. Details of program:

Participation
Open to graduates from JOHOR only.
Fee
FREE
Allowance
RM 500.00 / MONTH
Time period
(1 ½ Month Class Theory + Practical 1 ½ month)
Will start on
20 September 2010
Class Location
Senai (Tawakal Training Centre)
Certificate from
Fiber Optic Association (FOA), USA & Universiti Teknologi Malaysia 

Others:
· Professional teachers from industrial.
· Accommodation / Hostel provided.
· Practical training around Johor.
· Guarantee after training. (More than 80% were employed after training)
· Register before 3rd September 2010.

For those who are interested, please fill out the form provided in the attachment column. Multimedia University Student can directly sent their form to Wan Nasrul Ikhwan (Trainee from Significant Technologies Sdn Bhd) and contact him at 0132009871 or ikh_one87@yahoo.com. Please contact Significant Technologies Sdn Bhd for more information. Thank you.

Click this link to download application form:
http://www.4shared.com/document/5mq1wgEG/iklan_IRDA.html

Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan

Alhamdulillah, hari ni dah pon masuk hari ke 14 Ramadhan untuk tahun ini. Semalam, semasa perjalanan dari hostel ke surau MMU, aku ada terfikir, tahun ni, dah tahun ke 3 aku berpuasa di bumi Cyberjaya ini. Rasenye macam baru semalam je masuk MMU untuk degree. Cepat gak la masa berlalu. Apa yang aku terfikir adalah kemungkinan tahun ni adalah Ramadhan terakhir aku sebagai seorang student dan terakhir di cyberjaya. Mungkin la. Insyaallah, jika semuanya berjalan lancar, May 2011 aku akan menamatkan pengajian aku dalam bidang kejuruteraan eletronik major microwave dan komunikasi. Perjalanan 3 tahun setengah aku untuk degree dah hampir berakhir, bermacam-macam liku yang aku perlu tempuh untuk menamatkan pengajian ni. Itu semua pengalaman yang takkan aku lupa. Jadi bagi ramadhan kali ni, aku sangat berharap aku dapat laksanakannya dengan sebaik mungkin. Aku juga berharap, aku dapat jadikan ramadhan kali ini antara ramadhan terbaek aku sepanjang aku bergelar mahasiswa di mmu. Itu yang aku harapkan. Kepada rakan-rakan yang memahami aku selama bersahabat dengan aku, terima kasih banyak-banyak. Untuk family tercinta, kalau takde aral melintang, tahun depan ramadhanku di terengganu, insyallah. Aku ni cakap macam aku duk kat overseas je kan, haha. Aku menulis hanyalah untuk meluahkan apa yang aku rasa. Itu sahaja. :P